Saturday, March 19, 2011

Kebenaran Panggilan Dari 'Golden Takaful' Boleh Dipersoal Dan Pemanggil Yang Cukup Kurang Ajar!!!

Inilah salah satu daripada kegunaan laman blog aku, untuk meluahkan isi hati dan perasaan.

Pagi ini pukul 12.40 tgh hari aku menerima satu panggilan telefon dari seorang 'perempuan' yang sungguh bersopan santun memberi salam dan memperkenalkan dirinya sebagai wakil dari syarikat 'Golden Takaful'. Saya cuba search dalam internet, tak wujud pun. Takaful lain banyak la.


Dialog saya dengan dia

Gambaran perempaun tadi (gambar dari google)
"Perempuan kurang ajar' : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan encik ................(saya la tu)

"Saya" : Yer saya bercakap

"Perempuan kurang ajar" : saya membuat panggilan dari syarikat 'Golden Takaful' dari Kuala Lumpur ingin menghantar sijil perlindungan untuk kemalangan dan penyakit kritikal kepada encik dengan bayaran sebanyak RM290+ setahun. Encik akan mendapat perlindungan sehingga RM100,000 dengan hanya dengan bayaran tersebut. Encik boleh membuat claim kepada syarikat kami dengan menyertakan salinan bil hospital kepada kami, duit claim tersebuat akan dibank in kedalam akaun bank encik selepas ianya diproses. Polisi akan dihantar selepas 7 hari ye encik sekali dengan resit pembayaran. Encik faham?

"Saya" : Ye

"Perempuan kurang ajar" : Ini adalah polisi yang istimewa kami tawarkan. Encik ada apa-apa soalan mengenai pembayaran?

"Saya" : Minta maaf saya tidak berminat sebab saya telah banyak menerima panggilan telefon dari Golden Takaful Kuala Lumpur ini banyak kali dan saya tolak kesemuanya.

"Perempuan kurang ajar" : Mana ada 'Golden Takaful Kuala Lumpur encik!!

"Saya" : Yelah, apa-apa jelah yang ada Golden Takaful.

"Perempuan kurang ajar" : Ini tawaran pengenalan untuk setahun encik!!

"Saya" : Maaf saya tak berminat.

"Perempuan melampau kurang ajar" : Lantak kaulah!!

Terus dia letak, tak sempat aku nak maki dia balik.

Macam tulah lebih kurang dialog aku dengan dia sebentar tadi. Fuuhhh... menyirap darah aku, nasib baik no hp dia tak keluar dalam hp aku, cuma keluar 'private number', kalau tak aku sembur balik aku letak no hp dia dalam blog aku ni.



Kalau syarikat ini wujud pun, janganlah sampai kurang ajar macam tu, kau tu perempuan ooiii... Kalau pelanggan menolak dengan baik, terima ajelah, jangan nak menyalak macam anjing sebab kau tak dapat duit dari aku.






Watch out!!! gambar hiasan (sumber google)
Katakanlah ini salah satu daripada sindiket untuk penipuan melalui kad kredit, harap-harap rakan pembaca sekalian berhati-hatilah.

Kalau nak membeli insurans, gunakanlah saluran yang betul. Jangan dengan hanya menerima panggilan ntah dari syarikat mana. Tiba-tiba nak no kad kredit kita. Amboi.... senang betul ye sekarang kalau nak menipu,

Adakah ini salah satu daripada SPAM melalui telefon. Awas...

2 comments:

  1. assalamualaikum..td saya search citer psl golden takaful di google then terjumpa page awak ni..mmg betull ..operator golden takaful mm kurang ajar dan menyakitkan hati..ni nak share citer td diaorg call sy guna nombor 03-23326613..mcm kes awak juga...tak berminat..then bila saya ckp mcm tu..duia terus letak telefon..sy tk puas hati saya call balik nombor tu..bile sy call rupanya nombor tu nombor telefon kompeni security..huh.juz skang ni saya nak check betul wujud ke tidak syarikat tu..coz saya google mmg tak jumpa website diaorg

    ReplyDelete
  2. Salam. memang tak ada website kompeni tu. Sejak dari kes saya tu. Semua telefon yang melibatkan insuran saya tolak dengan baik. sebab saya menerima nasihat dari pihak bank supaya tidak mendedahkan no kad kredit melalui telefon. Kad kredit saya pernah digunakan oleh orang lain sebelum ini melalui Facebook. Syukur selepas pihak bank membuat siasatan, duit saya dipulangkan kembali dan kad kredit saya ditukar. Hati-hatilah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...