Friday, March 25, 2011

Bunuh Diri Di KB Mall Untuk Tiket Terus Ke Neraka

Kenapa masih ada diantara kita yang pendek akal fikiran. Bila hati telah terpadam, bila nafsu telah menguasai akal fikiran dan jiwa. Dimana letaknya iman dan taqwa. Kosongkah akal? Kosongkah jiwa? Dia masih disayangi oleh Allah, masih ada masa untuk bertaubat. Gunakanlah ruang yang ada untuk memperbetulkan akidah.


Kejadian yang berlaku di KB Mall baru-baru ini amat memilukan. Jika mampu cubalah membantu.



KOTA BHARU: Tindakan pantas orang awam menyediakan tilam berjaya menyelamat seorang gadis yang terjatuh dari tingkat tiga bangunan kompleks beli-belah KB Mall setinggi 30 meter, petang semalam.

Mangsa berusia 20-an yang dipercayai sebelum itu bergaduh dengan teman lelakinya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan.

Sebelum itu, jam 3.50 petang pengunjung KB Mall dikejutkan dengan tindakan gadis itu yang memakai baju putih lengan pendek dan berseluar jeans serta memegang pisau berdiri di tepi tingkat bangunan berkenaan.
Gadis itu berlegar di sudut bangunan sambil memegang pisau kemudian kelihatan bercakap melalui telefon selain menghantar SMS dan secara tiba-tiba cuba menggelar tangan serta lehernya.

Kira-kira 15 anggota Bomba dan Penyelamat dari Kota Bharu serta Pengkalan Chepa yang berada di bangunan itu memujuk gadis berkenaan selama 20 minit, namun gagal menyebabkan seorang anggota menghampirinya itu dalam usaha cuba memujuk mangsa.

Penguasa Bomba Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat, Shahrin Yusmal Mat Yusof, berkata anggota Bomba, Mohd Zaki Ismail kemudian turun ke tepi bangunan dan menangkap tangan mangsa.

“Mohd Zaki berjaya menangkap tangan mangsa, namun gadis itu meronta-ronta untuk dilepaskan sehingga separuh badan mangsa hampir terjatuh.
“Oleh sebab tangan mangsa yang licin dan meronta-ronta, pegangan Mohd Zaki terlepas sekali gus mangsa jatuh di atas tilam yang sudah dibentangkan orang awam,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online 25 March 2011

1 comment:

  1. nauzubillah
    nampak sangat pendidikan kita gagal memberi bekalan untuk remaja menempuh cabaran hidup

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...