Tuesday, March 8, 2011

Nostalgia KAE7742 (episod 2.5)

Ish... kenapa episod 2.5 ye? Sebabnyer hari ini kepala dok berserabut, idea tak banyak. Cuma teringatkan statement Bob semalam kat Facebook pasal aku basuh motor KAE ku tengah-tengah malam kat depan bilik hostel Perindu.

Memang betul pun statement tu. Punya la excited nak pergi dating dengan 'Z', tengah malam pun ok, dah la kat sebelah tu ada pokok besar, apa nak heran masa tu, layan je basuh motor, esok nak ronda-ronda dengan buah hati, budak SS. Yahooo....

Pagi-pagi lagi dah hilang. Kalau tak ada aktiviti confirm tengah hari baru bangun. Biasa la student. Hujung minggu le masa nak membuta sampai tengah hari. Hari yang indah bersaksikan KAE7742.

Satu lagi statement Bob yang agak lucu. Malam tu selepas habis kuliah Fluid Dynamic, kelas malam join dengan student part time (biasa la kantoi subject tu, kena repeat satu semester). Aku dengan Bob dengan penuh rasa konfiden dan nak cepat ikut jalan shortcut. Kami berdua redah KAE7742 aku dengan KAE3920 dia melawan arus meluncuri cerun jalan kat depan Kolej Seroja (kolej Maria dulu). Jalan tu sebenarnya jalan sehala.



Tiba-tiba... ada lembaga berbaju biru menunggu kami di simpang. Waduh... waduh... waduh... dong. Pak Guard dah standby nak cekop student yang ikut jalan shortcut. Kena la ceramah sekejap. Aku seperti biasa la, mengiakan sahaja depan Pak Guard tu. Dapat surat cinta. Terima kasih Pak Guard.

Okeylah episod 2.5 aku. Nanti sambung ye.

2 comments:

  1. Ada lagi motor tu ya...hehe..ingat lagi KAE ni sebab tuan dia selalu pinjam nota saya masa asasi um dulu

    ReplyDelete
  2. masih kukuh lagi sampai sekarang. sape ye? rasanya memang ada pinjam nota. tapi ingat-ingat lupa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...