Thursday, March 10, 2011

Blog Yang Kena "Block"


Bunyi Yang Sama, Maksud Yang Berbeza

Hari ini aku terfikir kenapa blog aku kena "block". Berpuluh kali juga aku fikir, blog aku ada buat salah ke? Mmmm... Alah... tak kisah la, biasa la asam garam bila memasuki dunia blogger ni. Semuanya aku rasa bermula dengan gambar ini kot. Dan asal usul dari sini.
Terima kasih bro funtasticko. Lepas keluar je gambar tu, berduyun-duyun peminat kereta masuk blog aku. Mana la tahu ada surprise kat dalam blog aku. Maaf saudara dan saudari, saya sesekali tidak akan menyiarkan apa-apa gambar yang melibatkan model akan datang Proton sebelum ianya dilancarkan secara rasmi.

Setahu saya (sopan sikit bunyinyer), semua artikel atau gambar yang saya siarkan di blog ini semuanya memberi komentar yang positif dan kebaikan kepada Proton. Aktiviti blog saya tidak sedikitpun menjejaskan prestasi kerja saya di pejabat. Saya ingin sangat berkongsi kehebatan Proton dengan rakan-rakan di luar sana.

Rasanya bila gambar dari blog saya masuk blok funtasticko, mesti ada warga-warga Proton yang menerjah masuk nak tengok apa yang ada kan? Biasa saje, semua cerita berkisarkan maklumat terkini mengenai Proton. Dan yang lainnya cuma pendapat peribadi dan hal-hal keluarga. Ada diselitkan sikit perniagaan internet saya yang tak seberapa.

Bagi saya, tak kisahlah, blog saya ini pun bukannya sehebat Paul Tan's ataupun Funtasticko. Blog ini cuma untuk saya berkongsi pengalaman, cerita-cerita dan pendapat peribadi mengenai isu-isu semasa sahaja.

Kadang-kadang itulah hakikat hidup kan? Nak buat baik pun susah,nak buat jahat minta ampun tidak sama sekali. Saya menulis blog secara beretika dan profesional. Saya tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan kelebihan blog untuk kepentingan saya sendiri. Saya seorang yang bekerjaya, dunia blog ini cuma untuk mengisi masa lapang sebab saya tiada hobi khusus seperti orang lain.

Bersenandung sikit malam ni... Kepada pembaca-pembaca blog yang mengenali saya, terutama warga Proton, sama-samalah kita menaikkan nama Proton, janganlah kita seperti gunting dalam lipatan. Proton bergerak maju kerana kitalah hati dan jantungnya. Jika rosak keduanya atau salah satu daripadanya, akan terjejaslah masa depannya. Kita mampu pergi jauh setanding dengan gergasi automotif di luar sana.

3 comments:

  1. salam, maaf la bro kalau gambar yg saya letak kat blog tu mencetuskan sedikit masalah, tapi xde pe pun yg bro reveal, cuma gambar kereta yg berselimut..biasalah, ramai kat blog saya ni peminat Proton terutama sekali saya yg juga pemilik kereta Proton...semua tak sabar2 nak tengok rupa model akan datang Proton..tu yang mencari segenap info & gambar yang ada..apa2 pun nanti bro boleh berkongsi pendapat, info2 & lain2 berkaitan Proton di blog saya..pengikut blog saya amatlah berbesar hati & gembira..lagipun blog saya tu banyak bagi komen2 positif & membina serta idea2 baru untuk Proton pada masa akan datang..harap satu hari nanti saya dijemput untuk sesi pra tonton model akan datang & melawat rnd Proton..tq

    ReplyDelete
  2. tak jadi masalah pun. sikit punya hal je. Lagipun blog saya ni baru lagi, sekurangnyer ramai la sikit yang tahu blog saya ni wujud. Saya patut berterima kasih dengan blog saudara. Blog saudara pun banyak menyiarkan maklumat dari orang lain untuk peminat-peminat Proton. Sekurang-kurangnyer blog macam saudara boleh menaikkan dan mempromosikan semua model-model baru Proton akan datang. Proton pun memerlukan komen-komen yang membina untuk kemajuan bersama. Kalau ada maklumat terbaru, dan tidak menjadi halangan, insyaAllah saya akan kongsi di blog saudara.

    ReplyDelete
  3. wau tajuk yang menarik..emm tlg follow aku...nak menambah friend...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...