Friday, November 11, 2011

Tergamak Insan Secomel Ini Ditinggalkan Sendirian

Pertama kali aku baca artikel ini di Metro sebak dada aku. Cuba korang semua bayangkan rupa budak yang comel berumur 1 setengah tahun, sebaya anak perempuan aku, yang ditinggalkan sorang-sorang di tepi tandas. Aku bayangkan rupa dia dalam ketakutan, menangis pandang sana-sini mencari orang yang tinggalkan dia di situ. Budak umur begitu apa yang dia boleh fikirkan. Dalam hatinya cuma perlukan seseorang yang dikenali untuk berpaut, didukung dan dibelai sahaja. Dengan mata yang sayu, air mata meleleh pandang sana-sini, meraung dengan bahasa budak-budak 1 setengah tahun, apa yang dia boleh raungkan. Fikirlah kawan!!! Mungkin ini bukan anak kau, kalau betul budak ini anak kau. memang nilai kau lebih rendah dari anjing dan babi (marah sangat ni!!!). Anjing dan babi (ish... tertulis lagi) pun kalau ada orang usik anak dia, jenuh dia pertahankan. Inikan kita manusia yang ada akal. Akal letak kat kepala lutut ka!!!



MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Thursday, November 3, 2011

Tips-Tips Untuk Berjaya Dalam Business MLM... Memang Terbaeeek...

Sekarang ni memang banyak betoi kita dengar, baca dan sekali sekala terserempak dengan geng-geng yang buat business ni di kedai makan terutama kedai mamak la. Siap dengan laptop, pamplet macam-macam gambar keratan akhbar report klinikal dan testimoni. Kalau kena macam ni face to face memang boleh cair. Rakan kita ada memberi beberapa tips supaya anda boleh jadi jutawan seperti di dalam fliers yang korang selalu jumpa dalam raga motor, selit kat wiper depan kereta dan selit celah pagar rumah. Gambor diaorang bergambor depan Mercedes, BMW, Jaguar dan lelain lagi la. Ini tipsnyer... Memang klassss bro...

Wednesday, November 2, 2011

Rupa-Rupanya Kita Sedang Dijajah Dalam Separa Sedar

Hari-hari aku dok pikir pasal penjajahan ni. Sebenarnya ada diantara kita sendiri yang mengundang atau membawa masuk penjajah-penjajah ni semua. Ada diantara kita yang menyanjung penjajah-penjajah ini bila berada di Malaysia sedangkan di negara mereka sendiri, entah-entah level bawahan je. Mereka dilayan bak raja bila di sini. Bangsat sangat ke rakyat kita, atau lebih khusus lagi orang Melayu. Ramai anak-anak bangsa kita yang jauh lebih pakar dari mereka semua kenapa negara itu yang dipilih. Ish...ish...ish...

Kita tahu, Germany, Jepun dan Korea adalah diantara negara yang amat maju dalam industri berat terutama automotif, kenapa dari negara itu yang kita sanjung-sanjung sangat. Kalau bab-bab filem memang tak dapat nak disangkal lagi, memang top. Tapi bab industri ni, aku tak nampak pun apa yang menyerlah. Kalau menyerlah pun takder la sampai kita nak mula buat kampen "pandang ke 'sana'". Dah le kat Malaysia ni ramai pekerja asing yang bekerja di restoren, stesen minyak, kontrak binaan dan pembantu rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...