Sunday, March 27, 2011

Pagi Di Sik, Kedah

Selamat pagi semua. Kalau ada warga Sik yang sedang membaca blog saya ini, selamat pagi saya ucapkan. Nampaknya pagi ini cuaca agak cerah, sejuk je. Malam tadi hujan di sini.


Dari pandangan anjung rumah, nampak bukit berkabus. Nyaman je menyedut udara kampung pagi-pagi ini, pekena nasi lemak 50sen sebungkus. Kat KL minta maaf le nak dapat nasi lemak 50 sen.





Sambil ronda-ronda kawasan rumah teringat pulak nak kongsi pokok ubat yang ada kat keliling rumah ini.
Pokok daun mambu, kebiasaan untuk ubat campak kanak-kanak. Direbus buat air mandi.

Daun mambu
Ada satu pokok misai kucing kat tepi rumah. Kot-kot la terasa nak buat air dari pokok misai kucing boleh le petik, keringkan dan rendam buat minum.

Saturday, March 26, 2011

Akhirnya KPI Aku Tercapai Hari Ini 26 March 2011 Alexa Bawah 1 Juta


Bukan apa, cuma seronok bila boleh capai ranking bawah 1 juta. Kira ok la bagi aku yang masih baru dalam dunia blog ni. Aku pun sebenarnya bukan pandai sangat pasal ranking blog ni, cuma dengar-dengar, baca-baca je.

Yang penting KPI aku tercapai. Shabas betei... (bahasa hindustan da..)

Buah Rokam, Buah Manggis, Bunga Rambutan, Buah Kelapa Dan Buah Sawa

Salam semua. Hari ini aku dah sampai kampung, Sik, Kedah Darulaman. Ambil cuti panjang sikit sampai hari Rabu depan. Nak menyambut emak aku yang baru balik dari umrah hari ini. Bertolak pukul 10.00 malam tadi dari Tanjung Malim, sampai pukul 4.00 pagi tadi.

Tugasan pertama aku kat kampung, mengait buah kelapa untuk isteri aku buat lempeng kelapa ataupun orang utara panggil 'pek nge' petang ini. Anak perempuan aku suka makan.

Inilah rupa 'pek nge'
Keliling rumah ayah aku ada menanam pokok buah-buahan. Bila sampai musim, boleh le menikmati buah segar dari ladang.

Pokok buah manggis masih putik lagi, comel je buahnyer. Tak lama lagi boleh le kami sekeluarga makan.

Putik manggis
Pokok rambutan pun dah mula berbunga.


Pembaca semua pernah tengok dan merasa buah Rokam. Rasanya tak ramai yang tahu. Sedap dicicah dengan kuah rojak ataupun orang utara panggil 'garam belacan'. Kalau warna merah tu kira memang kaw-kaw punya masam, tapi bile mencicah memang 'power', menitik air peluh masuk mulut pun tak sedar.

Buah Rokam
Buah Rokam ni kalau masak berwarna kehitaman, masam tetap ada cuma lebih berjus la sikit, sebab dah masak ranum. Seedaapp...


Buah sawa pun dah banyak. Cuma ada le si tupai kecil yang menumpang rezeki juga.




Kat kampung aku sekarang ni tengah musim hujan. Aku sekarang tengah duduk di depan anjung rumah sambil mematuk keyboard. Ada la teringat nak berkongsi dengan pambaca semasa aku di kampung.

Nampak tak air hujan kat depan tu. Tak nampak ke? Kalau tak nampak boleh dimaafkan. Hehehe.. Memang betul tengah hujan lebat sekarang kat kampung.

Permata Yang Tidak Ternilai Harganya

Terbaca artikel mengenai seorang kanak-kanak yang berusia 13 bulan mati lemas di dalam keadaan yang amat menyayatkan hati. Tuhan lebih menyayanginya. Mungkin ada hikmah yang Tuhan ingin tunjukkan kepada kedua ibu bapanya. Hadapilah dugaan ini dengan tabah. Menitis air mata bila terbayangkan bagaimana dia seorang diri terkapai-kapai di halaman rumahnya. Kanak-kanak seusia 13 bulan, apalah yang dia tahu. Hendak memanggil pun dia tidak mampu, inikan pula bertarung nyawa ingin menyelamatkan diri.

Cuma ikhtibar yang boleh kita pelajari dari kejadian ini, ambillah langkah yang lebih berhati-hati dan lebih peka dengan keadaan persekitaran rumah kita. Yang pergi kita sedekahkan Al-Fatihah. Kita yang masih disini dan sentiasa menghirup nikmat Allah, haruslah sentiasa memohon perlindungan dan kesejahteraan dariNya. Semoga seluruh ahli keluarga kita dilindungi dari segala malapetaka dan musibah. Sekiranya kita diuji, bersabarlah, sesungguhnya Dia maha mengetahui.


Kepiluan seorang ibu Norazilawati di tempat anaknya Nur Hasniatul Nabila ditemui terapung
KUALA TERENGGANU: “Apabila tengok anak bongsu tiada di sisi ketika bangun tidur, saya bingkas mencarinya dan hati mula berdebar. Sebaik membuka pintu depan, luluh hati saya apabila nampak dia terapung dalam air dengan sebelah tangannya memegang anak tangga.”
Demikian kata Norazilawati Ibrahim, 30, yang kematian anak bongsunya, Nur Hasniatul Nabila Zaidi, 13 bulan, yang lemas apabila pekarangan rumah mereka di Kampung Raja Baram, Chendering di sini, dinaiki air sedalam kira-kira 0.2 meter, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Norazilawati berkata, sebaik melihat anaknya dalam keadaan menyayat hati itu, dia terus mengangkat bayinya dan memanggil suami, namun usaha mereka menyelamatkan anak bongsu daripada dua beradik itu dengan memberi pertolongan cemas tidak berjaya.

“Kebiasaannya saya terjaga daripada tidur dengan dikejutkannya, tapi hari ini (semalam) hari paling malang kerana saya pula yang terkejut apabila mendapati dia tiada di sisi apabila bangun tidur,” katanya.


Menurutnya, mangsa sebelum ini bersikap pelik apabila kelihatan gembira malah selera makannya bertambah selain sempat bergurau dengan bapanya, Zaidi Mamat, 32, seorang nelayan kira-kira jam 10 malam sebelum tidur.

“Malam tadi (kelmarin) dia sempat bermain telefon bimbit bapanya. Biasanya suami menegur tetapi semalam (kelmarin) pelik apabila dia hanya tengok dan tidak cakap apa-apa.

“Sebelum ini, dia seperti tunjuk tanda pelik kerana mesra dengan semua ahli keluarga dan nak bersalam dengan mereka, sedangkan sebelum ini dia agak pemalu,” katanya.

Norazilawati berkata, sebelum kejadian dia bersama anak dan suami tidur di ruang tamu berhampiran pintu depan kerana khuatir air bertambah naik selepas perkarangan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang kelmarin.

Menurutnya, kira-kira jam 2 pagi dia terjaga dan mengalihkan Nur Hasniatul Nabila daripada buaian untuk tidur di sebelahnya sebelum anaknya itu merengek meminta susu kira-kira jam 4 pagi.

“Saya tidak sangka itu kali terakhir melihat wajah anak yang menangis mahukan susu sebelum menemuinya terapung dalam air pagi tadi (semalam),” katanya.

Datuk mangsa, Mamat @ Muhammad Muda, 62, membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Chendering dan jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Pandak, Chendering di sini, kira-kira jam 3 petang selepas solat Jumaat, semalam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Superintendan Khazahari Che Amat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Petikan dan gambar dari myMetro 26 March 2011

Friday, March 25, 2011

Bunuh Diri Di KB Mall Untuk Tiket Terus Ke Neraka

Kenapa masih ada diantara kita yang pendek akal fikiran. Bila hati telah terpadam, bila nafsu telah menguasai akal fikiran dan jiwa. Dimana letaknya iman dan taqwa. Kosongkah akal? Kosongkah jiwa? Dia masih disayangi oleh Allah, masih ada masa untuk bertaubat. Gunakanlah ruang yang ada untuk memperbetulkan akidah.


Kejadian yang berlaku di KB Mall baru-baru ini amat memilukan. Jika mampu cubalah membantu.



KOTA BHARU: Tindakan pantas orang awam menyediakan tilam berjaya menyelamat seorang gadis yang terjatuh dari tingkat tiga bangunan kompleks beli-belah KB Mall setinggi 30 meter, petang semalam.

Mangsa berusia 20-an yang dipercayai sebelum itu bergaduh dengan teman lelakinya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan.

Sebelum itu, jam 3.50 petang pengunjung KB Mall dikejutkan dengan tindakan gadis itu yang memakai baju putih lengan pendek dan berseluar jeans serta memegang pisau berdiri di tepi tingkat bangunan berkenaan.
Gadis itu berlegar di sudut bangunan sambil memegang pisau kemudian kelihatan bercakap melalui telefon selain menghantar SMS dan secara tiba-tiba cuba menggelar tangan serta lehernya.

Kira-kira 15 anggota Bomba dan Penyelamat dari Kota Bharu serta Pengkalan Chepa yang berada di bangunan itu memujuk gadis berkenaan selama 20 minit, namun gagal menyebabkan seorang anggota menghampirinya itu dalam usaha cuba memujuk mangsa.

Penguasa Bomba Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat, Shahrin Yusmal Mat Yusof, berkata anggota Bomba, Mohd Zaki Ismail kemudian turun ke tepi bangunan dan menangkap tangan mangsa.

“Mohd Zaki berjaya menangkap tangan mangsa, namun gadis itu meronta-ronta untuk dilepaskan sehingga separuh badan mangsa hampir terjatuh.
“Oleh sebab tangan mangsa yang licin dan meronta-ronta, pegangan Mohd Zaki terlepas sekali gus mangsa jatuh di atas tilam yang sudah dibentangkan orang awam,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online 25 March 2011

Kelebihan Minyak Pure Oil Series 1 Dari Secretleaf

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Mungkin tidak semua mengetahui tentang adanya produk minyak argan di Malaysia. Minyak ini dipek semula oleh Secretleaf International untuk diedarkan di Malaysia.

Saudara dan saudari boleh melayari Facebook Secretleaf untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai testimoni dan maklumat terkini aktiviti Secretleaf.

Di dalam lamanweb jualan saya, saudara dan saudari boleh mengetahui dengan lebih mendalam tentang khasiat dan kelebihan produk ini. Dan pembelian online boleh dibuat terus melalui laman ini.

Saya juga ada menyediakan video testimoni untuk meyakinkan saudara dan saudari mengenai maklumbalas pengguna Produk Pure Oil Series 1

Harga cuma RM75.00. Untuk mendapat keterangan lebih mendalam boleh klik di sini.

Saya juga ada menjual pek untuk percubaan 3ml. Tetapi stok adalah terhad. Boleh klik di sini jika nak mencuba dahulu.

Thursday, March 24, 2011

Fakta Penting: Bumi Berubah Akibat Gempa 9 Skala Ritcher Di Jepun

Gempa Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru



BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus sepenuhnya, kita dikejutkan sekali lagi kehadiran bencana yang melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata, minggu lalu.

Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter.

Malah ketika rencana ini ditulis, selain berdepan ancaman gempa susulan, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.

Namun, hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan kelima terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini.

Di Jepun saja, gempa itu menyebabkan Kepulauan Honshu, yang juga bahagian paling besar di negara itu, berganjak sehingga 2.4 meter.

Tidak cukup itu, paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.

Perubahan lain termasuk sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam retakan atau rekahan sepanjang 402 kilometer yang membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik. Impak ini seperti diakui saintis Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi yang melanda Sumatera, sebelum ini.
Pakar fizik di City College of New York di Amerika Syarikat, Michio Kaku, pula melontarkan andaian kemungkinan gempa kuat yang mengubah paksi bumi boleh menjadi punca berlakunya Zaman Ais.

“Impak gempa bumi 9.0 dalam kategori mega itu turut menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan.

“Namun, ketika kepantasan putaran bumi dijangka tidak memberi kesan jangka sederhana atau panjang, perubahan paksi mungkin ada impaknya, termasuk menjadi punca pembentukan Zaman Ais.

“Masih ada perdebatan saintifik mengenai apa yang menyebabkan zaman itu tetapi teori utama ialah gangguan kecil pada paksi bumi ketika ia mengelilingi matahari. Perubahan kecil ini yang menggoyangkan paksi dan mungkin menyebabkan Zaman Ais,” kata Kaku yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.

Zaman Ais atau tempoh glasier ini berlaku secara tidak tetap sejak lebih dua bilion tahun. Pada zaman Ais, lapisan ais terbentuk di sebahagian besar benua atau muka bumi ini dan biarpun punca sebenar perubahan dunia itu tidak diketahui, ada saintis yang mengaitkannya dengan perubahan putaran bumi.

Selain itu, pakar geofizik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Richard Goss, pula berkata, perubahan yang menyebabkan putaran bumi pada kadar 1.8 juta setiap saat atau 1.8 mikrosaat, adalah satu isu kekal yang perlu dihadapi manusia sejagat.

Saintis Britain, Bethan Harris, sebaliknya menyifatkan impak itu sememangnya ada tetapi amat minimum.

“Ia kedengaran banyak tetapi kecil berbanding saiz bumi. Perubahan satu darjah paksi bumi bermakna ia bergerak kira-kira 110 kilometer.

“Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ. Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter. Selepas gempa bumi itu, berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.

“Kita dapat melihat perubahan itu dalam purata panjang hari disebabkan perubahan lain di bumi dan atmosfera,” katanya.

Seorang lagi pakar geofizik Barat, Richard Gross, pula berkata paksi Bumi tidak sama dengan paksi utara-selatan di ruang angkasa yang berputar sekali sehari pada kelajuan kira-kira 1,604 kilometer sejam.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama gempa bumi besar mengubah tempoh sehari bumi iaitu 24 jam. Malah ia semakin pendek disebabkan gegaran kuat sebelum ini. Buktinya, gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile tahun lalu turut meningkatkan putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikrosaat manakala gempa bumi 9.1 pada skala Richter di Sumatera pada tahun 2004 memendekkan hari kepada 6.8 mikrosaat.

Apa yang membimbangkan, ada kalangan saintis ini turut mendakwa impak gempa bumi di Jepun itu mungkin belum lengkap sepenuhnya kerana gegaran susulan yang lemah turut berupaya mengubah panjang hari. Sekurang-kurangnya 20 gegaran susulan berukuran antara 6.0 pada skala Richter atau lebih dilaporkan berlaku.

Pakar gempa bumi Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, Dr Daniel McNamara, juga memberi amaran gegaran itu menenggelamkan paras bentuk muka bumi Jepun dan menjadikan sebahagian negara itu kekal di bawah paras laut.

Lima bandar zon gempa

Gempa bumi Jepun minggu lalu turut mendedahkan risiko yang boleh dialami bandar berpenduduk padat terutama di kawasan berisiko tinggi seperti di sepanjang garisan gelinciran.

Berikut lima bandar raya paling berisiko dilanda musibah dahsyat disebabkan kedudukannya yang mana tiga daripadanya di Amerika Syarikat.

Tokyo, Jepun
Wujud betul-betul di persimpangan tiga plat tektonik iatu Plat Amerika Utara, Plat Filipina dan Plat Pasifik. Sejarah panjang ibu negara Jepun itu dan biasa dilanda gempa bumi mendorong bandar raya berkenaan membina perlindungan tektonik ke paras maksimum. Ia juga dikatakan bandar raya paling bersedia di dunia untuk berdepan musibah gempa bumi.

Istanbul, Turki
Gelinciran Anatolian Utara adalah terpanjang di dunia tetapi bandar raya yang menempatkan prasarana lama dan moden itu mendedahkan 13 juta penduduknya dalam risiko tinggi.
Gegaran berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda Izmit, 101 kilometer dari Istanbul pada 1999 menjadikan bangunan abad ke-20 yang selalunya dibina dengan konkrit bercampur air masin selain tidak menghiraukan kod bangunan, rebah menyembah bumi yang meragut kira-kira 18,000 nyawa.

Seattle, Amerika Syarikat
Berdepan ancaman gempa bumi besar dan letusan gunung berapi Rainier. Ia terletak di atas sempadan tektonik aktif di sepanjang Plat Amerika Utara, Plat Pasifik dan Plat Juan de Fuca. Pemandangan menakjubkan Gunung Rainier sekadar memberi peringatan yang ia adalah gunung berapi ‘tidur’ atau senyap yang boleh mengatasi Gunung St Helen pada bila-bila masa.

Los Angeles, Amerika Syarikat
Sejak lebih 700 tahun lalu, gempa bumi kuat melanda wilayah berkenaan setiap 45 hingga 144 tahun. Gempa bumi besar terakhir berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku 153 tahun lalu. Dalam erti kata lain, Los Angeles cuma menanti masa untuk digegarkan dengan satu lagi gempa besar. Gempa bumi seterusnya akan memberi impak buruk, termasuk memberi kesan kepada keseluruhan California Selatan yang didiami penduduk sekitar 37 juta. Bencana alam besar boleh membunuh antara 2,000 dan 50,000 penduduk dan menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion dolar.

San Francisco, Amerika
Mempunyai cuma 800,000 penduduk, San Francisco ialah satu lagi bandar raya besar di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat yang boleh musnah akibat gempa bumi dan tsunami besar. Ia terletak berhampiran bahagian utara Gelinciran San Andreas. Ada beberapa gelinciran kecil yang terletak di seluruh bandar raya itu, meningkatkan kemungkinan gempa bumi dahsyat akan berlaku.

INFO: Definisi


Gempa bumi: Fenomena gegaran bumi yang berlaku akibat gerakan bumi yang mengalami gelinciran di garis sesaran bumi ataupun disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.


Tsunami: Perkataan Jepun bermaksud ‘ombak pelabuhan.’ Ia adalah satu fenomena ombak besar yang melanda pantai disebabkan kejadian gempa bumi di dasar laut. Aktiviti di dasar laut seperti tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan serta hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami.


Sumber fakta dan gambar:
Berita Harian Online dari Hazirah Che Sab

Wednesday, March 23, 2011

Seks Boleh Membunuh??

Terkejut juga terbaca petikan ini. Tapi apapun senaman itulah yang terbaik. Jom senaman. (ajak saya la tu)

Gambar dari google search
CHICAGO: Perubahan mendadak aktiviti fizikal daripada tahap sederhana kepada tinggi seperti berjoging dan melakukan hubungan seks, meningkatkan risiko serangan jantung terutama kepada mereka yang jarang bersenam, menurut penyelidik Amerika Syarikat.

Doktor sudah lama mengetahui bahawa aktiviti fizikal boleh menyebabkan masalah serius jantung tetapi penyelidikan terbaru itu membantu mengukur risiko itu, kata Dr Issa Dahabreh daripada Pusat Perubatan Tufts di Boston.
Penyelidikan beliau disiarkan dalam Journal of the American Medical Association.
Kumpulan penyelidik itu menganalisis data daripada 14 penyelidikan yang mencari kaitan di anatara senaman, seks dan risiko serangan jantung atau kematian kardiaologi secara tiba-tiba - ritma jantung berbahaya yang menyebabkan jantung berhenti mengepam darah.

Mereka mendapati individu adalah 3.5 kali ganda berkemungkinan mengalami serangan jantung atau kematian kardiologi secara tiba-tiba jika mereka bersenam berbanding mereka yang tidak bersenam.

Individu juga 2.7 kali ganda berkemungkinan mengalami serangan jantung ketika mengadakan hubungan seks atau sejurus kemudian berbanding mereka yang tidak melakukannya. - Reuters

Petikan dari Berita Harian Online

Saturday, March 19, 2011

Kebenaran Panggilan Dari 'Golden Takaful' Boleh Dipersoal Dan Pemanggil Yang Cukup Kurang Ajar!!!

Inilah salah satu daripada kegunaan laman blog aku, untuk meluahkan isi hati dan perasaan.

Pagi ini pukul 12.40 tgh hari aku menerima satu panggilan telefon dari seorang 'perempuan' yang sungguh bersopan santun memberi salam dan memperkenalkan dirinya sebagai wakil dari syarikat 'Golden Takaful'. Saya cuba search dalam internet, tak wujud pun. Takaful lain banyak la.


Dialog saya dengan dia

Gambaran perempaun tadi (gambar dari google)
"Perempuan kurang ajar' : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan encik ................(saya la tu)

"Saya" : Yer saya bercakap

"Perempuan kurang ajar" : saya membuat panggilan dari syarikat 'Golden Takaful' dari Kuala Lumpur ingin menghantar sijil perlindungan untuk kemalangan dan penyakit kritikal kepada encik dengan bayaran sebanyak RM290+ setahun. Encik akan mendapat perlindungan sehingga RM100,000 dengan hanya dengan bayaran tersebut. Encik boleh membuat claim kepada syarikat kami dengan menyertakan salinan bil hospital kepada kami, duit claim tersebuat akan dibank in kedalam akaun bank encik selepas ianya diproses. Polisi akan dihantar selepas 7 hari ye encik sekali dengan resit pembayaran. Encik faham?

"Saya" : Ye

"Perempuan kurang ajar" : Ini adalah polisi yang istimewa kami tawarkan. Encik ada apa-apa soalan mengenai pembayaran?

"Saya" : Minta maaf saya tidak berminat sebab saya telah banyak menerima panggilan telefon dari Golden Takaful Kuala Lumpur ini banyak kali dan saya tolak kesemuanya.

"Perempuan kurang ajar" : Mana ada 'Golden Takaful Kuala Lumpur encik!!

"Saya" : Yelah, apa-apa jelah yang ada Golden Takaful.

"Perempuan kurang ajar" : Ini tawaran pengenalan untuk setahun encik!!

"Saya" : Maaf saya tak berminat.

"Perempuan melampau kurang ajar" : Lantak kaulah!!

Terus dia letak, tak sempat aku nak maki dia balik.

Macam tulah lebih kurang dialog aku dengan dia sebentar tadi. Fuuhhh... menyirap darah aku, nasib baik no hp dia tak keluar dalam hp aku, cuma keluar 'private number', kalau tak aku sembur balik aku letak no hp dia dalam blog aku ni.



Kalau syarikat ini wujud pun, janganlah sampai kurang ajar macam tu, kau tu perempuan ooiii... Kalau pelanggan menolak dengan baik, terima ajelah, jangan nak menyalak macam anjing sebab kau tak dapat duit dari aku.






Watch out!!! gambar hiasan (sumber google)
Katakanlah ini salah satu daripada sindiket untuk penipuan melalui kad kredit, harap-harap rakan pembaca sekalian berhati-hatilah.

Kalau nak membeli insurans, gunakanlah saluran yang betul. Jangan dengan hanya menerima panggilan ntah dari syarikat mana. Tiba-tiba nak no kad kredit kita. Amboi.... senang betul ye sekarang kalau nak menipu,

Adakah ini salah satu daripada SPAM melalui telefon. Awas...

Friday, March 18, 2011

Tahniah...Man Juara Raja Lawak 5


Tahniah Man. Lawak u memang menjadi malam ni. Kongsi gelab memang mantap, mat rempit memang menghiburkan.

Tempat ke-2 R2
Tempat ke-3 Balas

Ucapan 30 Saat Bryan Dyson

Terpandang kata-kata seorang bekas CEO Coca Cola, Bryan Dyson yang saya lekatkan di bahagian depan meja di pejabat saya. Bila termenung aje kat pejabat, sesekali boleh baca buat semangat.

Cuba kita bayangkan hidup kita ini seperti bola 'juggling'. Ada 5 biji kesemuanya.

  • Kerja
  • Keluarga
  • Kesihatan
  • Kawan-kawan
  • Semangat
Kelima-lima bola tersebut bermain-main di ruang udara tanpa mengetahui untung nasibnya samada jatuh ke lantai ataupun tidak.

Cuba fikirkan bola pertama sebagai "kerja", dibuat daripada getah. Sekiranya terleps dan jatuh maka ia akan melantun balik bukan? Tetapi bola lain diperbuat daripada kaca, jika salah satu daripadanya terlepas dan jatuh, maka ia akan rosak ataupun pecah berderai. Bola tersebut tidak akan kembali ke bentuk yang asal lagi.

Cuba fahami secara mendalam maksudnya.

Pengajaran daripadanya:

BEKERJA SECARA 'EFFICIENT' DAN BALIK KE RUMAH TEPAT PADA MASANYA. BERILAH TUMPUAN KEPADA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN. REHAT YANG CUKUP.

ps: Nasihat untuk saya tu... sekarang pun masih kat pejabat. I Love My Family and Friends.

Family First

Laporan Yang Efektif Menggunakan Kaedah SMART & SPEED

Salam sejahtera semua, hari ini saya ingin berkongsi dengan saudara dan saudari sekalian mengenai kaedah untuk menyediakan laporan yang boleh memberi impak yang baik kepada pembaca ataupun boss kita. Penulisan laporan amat penting bagi sesebuah jabatan atau organisasi, daripada laporan tersebutlah segala maklumat terperinci boleh diperolehi dan langkah tindakan jika berlakunya sebarang krisis ataupun isu.

Laporan yang ingin saya ketengahkan ini mungkin lebih berat kepada bidang kejuruteraan. Tetapi kita jangan menyempitkan pemikiran kerana asasnya adalah sama bagi sebarang bidang sekalipun, cuma olahannya sahaja mungkin berbeza.

Ada 2 kategori laporan:

  1. Laporan yang berbentuk KPI (Key Performance Indicator) - amat penting untuk semua organisasi. Laporan inilah yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi atau individu. Laporan ini biasanya disediakan setahun sekali. Pada akhir tahun, laporan KPI inilah akan digunakan untuk menilai prestasi sesebuah organisasi atau individu.
  2. Laporan untuk aktiviti harian, mingguan ataupun terdapat sebarang isu penting yang memerlukan penjelasan lengkap - lebih kepada laporan kepada orang atasan ataupun rujukan untuk sebarang kes ataupun isu yang berbangkit.
Untuk laporan berbentu KPI, perlu ada 4 ciri utama:

SMART

  • Simple - Clearly define and easily understood
  • Measurable - Can be visualize in number or mass
  • Achievable - Can get it
  • Realistic - Definite and possible to achieve
  • Timely - Reasonable time frame or target
 Untuk laporan kategori kedua terdapat 5 ciri utama:

SPEED

  • Simple - Easy and not complicated to understand
  • Precise - Sharply exact or accurate or delimited
  • Engineering - The discipline dealing with the art of or science of applying scientific knowledge to practical problem.
  • Engagement - The act of sharing the activities of a group. Dealing with organization or individual.
  • Date - Day specified as the time something happen or going to happen (deadline)

Maaf sekiranya panduan diberi dalam bahasa inggeris. Bagi saya, bahasa yang digunakan amat mudah difahami. Harap semua pembaca boleh mendapat manfaat dari perkongsian tips saya hari ini.

Thursday, March 17, 2011

Sambungan Cerita Seram Di Shah Alam

Seperti cerita yang saya telah khabarnya pada entry saya yang lepas. Cerita tersebut hanya mengenai sebuah sahaja rumah lot corner di Sec 2 Shah Alam. Saya ni jenis yang berminat dengan cerita-cerita yang berbentuk paranormal ni meskipun saya ni sebenarnya tak ada la berani sangat pun. Silap-silap kalau muncul depan mata, mahunya demam 2-3 hari. Minta simpang la.

Ok, berbalik kepada bandaraya Shah Alam. Kawasan yang boleh dikatakan peratusan penduduk berketurunan Melayu lebih ramai dari kaum lain. Semasa mula-mula kawasan Shah Alam ini dibangunkan, dengarnya kawasan ini dulunya adalah kawasan ladang dan hutan berbukit bukau. Diantara penempatan yang mula-mula dibangunkan ialah kawasan di Sec 2.

Jadi banyaklah cerita-cerita paranormal yang saya perolehi dari pembacaan di ruangan-ruangan forum dan rakan blog.

Rumah di bawah ini terletak di Sec 9, dan ditinggalkan terbengkalai. Setakat ini saya masih belum mendapat maklumat mengenai aktiviti paranormal di rumah ini. Mungkin ada diantara pembaca yang tahu mengenai cerita rumah ini bolehlah berkongsi.

Ini pula rumah banglo di Sec 12 (gambar bawah), terletak betul-betul di tepi jalan besar. Diberitakan anak perempuan penghuni rumah ini meninggal di atas buaian. Dan ada rakan kita yang cuba mengambil gambar buaian tersebut tiba-tiba angin kuat melintas. Ada yang menceritakan terdengar suara budak perempuan ketawa sambil buaian bergoyang.



Ada nampak apa-apa? Cuba perhati betul-betul


Yang ini pula kalau tidak silap saya di kawasan Sec 2 juga (gambar bawah). Saya petik dari cerita rakan kita di ruangan forum:

"haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK"
Jln Bunga Melati 2/2



Rumah yang di bawah ini pula kalau tidak silap saya pernah masuk rancangan di Astro Pemburu Hantu. Dimana imej nenek bongkok sedang berjalan dapat dirakamkan secara tidak sengaja.
Sec 2, Jln Bunga Cempaka 2/11

 Rumah ini rasanya sudah dirobohkan, tetapi tidak semudah ABC, hampir 6 bulan baru selesai. Apa cerita disebaliknya saya tak berapa pasti. Ini gambar proses merobohkan rumah tersebut yang saya perolehi di laman forum tersebut.



Selesai dirobohkan

Ini pula ada yang mengelarkan rumah Piramid


Petikan maklumat saudara afiqehsan87

"ok umah kedua ni rumah banglo aka rumah piramid... bila kat rumah ni rasa seram timbul sbb sunyi gila keadaan kat situ walaupun sebelah jalan... walaupun azharif kata umah ni clear tapi umah ni pun ada berkongsi lagenda dgn umah belakang die yg jalan 2/2 tu...

ok pic pertama mmg biasa je tapi bila masuk pic 2 tanpa enhance or photoshop korg leh tgk kat kanan pic ada penampakan tubuh seorg perempuan(kanak2 rasanye) sedang bermain ditepi pagar.... n penampakan seperti lembaga putih diatas bumbung yg pada awal afi sngka piring astro.. tapi jakaan jauh meleset...."


Apa yang anda boleh nampak dari gambar di atas? Cuba tengok betul-betul gambar di bawah, Imej sumbangan.

Percaya atau tidak, terpulang kepada saudara sekalian. Kalau anda berminat tak mengetahui dengan lebih mendalam lagi cerita pengalaman kawan-kawan kita, klik sini.

Ini adalah sebahagian dari hasil yang saya olah dari laman forum berkenaan. Sebenarnya terlalu banyak cerita yang dikongsi oleh sahabat-sahabat forum kita di sana. Jadi saya cuma ceduk serba sedikit dari sana untuk dikongsi dengan pembaca blog saya yang berminat dengan cerita seram, terutama di Shah Alam.

Terbaru Seram Dari YouTube Rumah Sec 2 Shah Alam

Group berani terjah ni. AWAS! Bahasa yang digunakan oleh budak-budak ini tidak sesuai didengar oleh kanak-kanak bawah umur. Oleh itu perlahankan suara PC anda bila menonton.


Percubaan yang tak menjadi. Kalau berani pergi la 2-3 orang je. Ni masuk satu batalion, hantu pun malas nak layan. Ini salah satu cerita yang boleh kita kongsikan.

Wednesday, March 16, 2011

Sekadar Gambaran : Kiamat Itu Makin Hampir

Untuk renungan sejenak. Berfikir tentang kejadian yang menimpa kita sejak akhir-akhir ini. Ujian dari Allah dan sebagai peringatan.

Ular Mati Patuk Wanita???

Macam-macam hal dunia sekarang ini. Yang pelik-pelik pulak tu. Tapi bagi kita sebagai umat Islam. Semua itu tidaklah menjadi sesuatu yang menakjubkan sangat, sebab semua itu berlaku atas kehendakNya.

Ok, berbalik kepada cerita yang boleh dikatakan sensasi bagi seekor ular yang tidak tahu apa-apa ni. Cerita ini berlaku di Tel Aviv, Israel. Dimana seorang model dari negara yahudi Orit Fox mengadakan sessi pengambaran sambil memegang ular. "Ular pun tahu orang Yahudi Jahat", tapi ular pulak tidak bernasib baik. Ular tersebut mati disebabkan keracunan silikon. Kesian ular itu.

Gambar dari Kosmo Online
Diberitakan, model tersebut baru sahaja menjalani pembedahan kosmetik membesarkan payudara dengan memasukkan payu dara silikon ke dalam badannya. Nak dijadikan cerita, ular itu menghembuskan nafas terakhir hasil patukan di payudara model tersebut. Ular tu geram sangat kot.

Begitulah rencah alam. Petikan dari Kosmo Online

Tuesday, March 15, 2011

Hottest Blog!! Secukup Rasa Ada Ummmphh... Ye Ke?

Petang tadi saya terlihat entry dari saudara Faisal bertajuk Segmen Rakan Blog. Nampak menarik bagi blog baru seperti saya ini. Cubaan kali pertama agak mengelirukan, tapi cubaan kedua insyaallah saudara Faisal akan teruja.

Segmen tajaan 2DayBlogger
Bukan nak membangga diri ye, tapi saya rasa kan blog saya ini cukup rencah, perasa, asam dan garam. Bak kata Pok Cik Astro "Macam-Macam Ada"

Semasa baru menceburi penulisan blog  ini, saya banyak berguru secara tidak rasmi dengan beberapa blogger-blogger yang agak otai la, salah seorang daripadanya ialah saudari Imabiz (kredit percuma untuk saudari). Terima kasih bebanyak, selepas saya dapatkan tips-tips yang disiarkan dari blognya, dalam masa 2-3 hari trafik blog saya meningkat, walaupun tak banyak, ada peningkatan.

Inilah blog saya Bila Jurutera Belajar Menulis (bagi besar sikit font)

Satu lagi kejutan yang saya dapat ialah klik kat sini. Memang saya tak sangka langsung, blog yang menjadi pujaan ramai blogger-blogger muda,kaum ibu dan bapa telah memilih blog saya sebagai Blog Baru Pilihan Ben Ashaari. Syukur alhamdulillah, terus naik trafik saya sejak hari itu.

Pemilik 2DayBlogger
Sejak mendapat tips-tips dari rakan blogger yang sudah berpengalaman, saya terus menjelajah sehinggalah terjumpa satu blog yang agak menarik, iaitu 2DayBlogger. Bila ditelaah betul-betul, banyak betul tips dari brother kita yang hendsome ni.

Apa tunggu lagi, korek ilmu sampai kering (perumpamaan je Faisal), Anyway thanks a lot bro.

Berbalik kepada blog saya yang secukup rasa ni, kalau tak percaya cuba klik kat bawah ini:
Resepi Ketawa
Resepi Seram
Resepi Nostalgia
Resepi Semasa
Resepi Ilmu
Resepi Keluarga
Sambal Perniagaan

Banyak lagilah, rugi kalau saudara-saudari tidak menjengah blog saya yang secukup rasa ni.

Mari-mari... jangan tunggu lagi. Marilah menjadi ahli (follower blog saya beramai-ramai). Ringan-ringankan tangan anda, klik je button FOLLOW kat sebelah kanan tu. Promosi tak tahu malu punyer.

Akhir kata segmen RakanBlog ini memang berbaloi. Jangan tunggu lagi. Klik aje kat sini kalau nak join.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...