Monday, March 14, 2011

Impak Letupan Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi Kepada Negara Lain

Imej dari google
Saya terpanggil untuk menulis mengenai impak kepada Malaysia sekiranya ditakdirkan loji tersebut meletup. Semua warga dunia sedang dalam situasi berjaga-jaga bila diberitakan loji tersebut berada di dalam situasi yang amat kritikal. Adakah impak dari letupan tersebut akan menyamai impak seperti yang pernah berlaku di Bandar Chernobyl atau sebaliknya.

imej dari google
Sama-samalah kita berdoa semoga semuanya selamat. Malaysia ada memberi penjelasan mengenai impak dari letupan tersebut yang saya perolehi dari Bernama.


Agensi Nuklear Malaysia Beri Penjelasan Impak Letupan Loji Nuklear Di Jepun

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, akan memberikan penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.

Beliau berkata rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain.

“Saya yakin agensi ini akan berikan penjelasan yang cukup dan jelas tentang apa yang berlaku di negara itu. Bukan sahaja kerajaan Jepun yang ambil perhatian malah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa setiap hari perhatikan apa yang berlaku di Jepun kerana ini adalah soal besar.

“Bukan sahaja di Jepun tetapi di rantau Asia juga, China yang terdekat, Rusia dan Amerika Syarikat…semua hendak tahu apa yang berlaku di Jepun, kita tunggulah, jangan buat spekulasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Selepas dilanda gempa bumi dan tsunami terburuk pada Jumaat lalu yang dilaporkan mengorbankan kira-kira 1,300 orang, keadaan di Jepun semakin buruk apabila loji nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi meletup semalam.

Jika tekanan gagal dikawal, terdapat kemungkinan loji itu melebur atau meletup akibat kepanasan bahan bakar nuklear yang boleh mencetuskan pencemaran debu radioaktif yang teruk serta boleh merebak ke negara lain.

Mengenai rancangan Malaysia membina loji janakuasa nuklear bertujuan untuk menjana kuasa elektrik, Chin berkata Malaysia Nuclear Power Corporation sedang membuka tender kepada pakar dan konsultan antarabangsa untuk mengkaji tentang beberapa aspek seperti lokasi, kesesuaian dan keselamatan lokasi, jenis teknologi dan penerimaan rakyat mengenai cadangan tersebut.

“Semua ini akan diambil kira sebelum kita buat keputusan terakhir…ini program rancangan jangka panjang, kalaulah kita tetapkan bahawa kita akan bina loji elektrik yang menggunakan nuklear ini akan hanya boleh digunapakai pada tahun 2021, maka kita ada 10 tahun lagi.

“Jadi kita ada masa untuk menjalankan kajian sedalam-dalamnya, ia akan mengambil masa untuk menjalankan kajian dan saya pasti kerajaan tidak akan berbuat sesuatu secara rahsia tanpa memaklumkan kepada orang ramai,” katanya. – BERNAMA

3 comments:

  1. secara peribadi saya lebih suka kerajaan menjurus kajian ke arah penggunaan tenaga solar atau angin untuk menjana elektrik
    rasanya lebih selamat

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju dengan saudara. Di Proton sekarang pun kami dalam proses menjurus kepada kereta yang lebih mesra alam ataupun Green Technology. Kuasa nuklear memang bagus, tetapi bila terjadi bencana sebegini, akibatnya amat buruk. Dunia kita pun dah tua.

    ReplyDelete
  3. harap tak melarat sampai ke malaysia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...