Wednesday, May 11, 2011

Jenis-Jenis Pelaris Dan Cara Mengetahuinya

Baru-baru ini ada seorang rakan saya bertanya mengenai salah sebuah restoran yang boleh dikatakan sentiasa ramai pengunjungnya dan terkenal dengan Char Kue Teow. Orang kata memang sedap. Tapi saya tak pernah terasa nak cuba pun sebab setakat Char Kue Teow tu saya dah biasa makan. Tak kisah la sedap ke tak sedap ke. Kalau nak makan saya beli kat pasar malam Sabtu je. Ada pakcik yang letak gerai dia betul-betul kat simpang 4 pasar malam.

Bukan apa, dia tanya pasal pelaris. Sebelum ini ada rakan saya memberitahu yang dia ada mendengar dari mulut salah seorang ustaz di sini, dia ada nampak 'sesuatu' di restoran tersebut. Ntah la, dalam dunia perniagaan makanan ini boleh dikatakan kebanyakan menggunakan pelaris. Cuma bezanya, samada diaorang menggunakan pelaris yang elok ataupun tak elok.

Monday, May 9, 2011

Betul Ke Minta Derma Cara Begini?

Sejak kebelakangan ini aku lihat di mana-mana aje pasar malam atau tempat yang menjadi tumpuan ramai mesti ada bekas seperti ini.
Tidak salah untuk memohon derma, tetapi bila difikirkan peluang yang sebegini boleh disalahgunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap. Kalau anda semua perasan, di kawasan Tg Malim ini, sudah jarang ditemui pemuda-pemuda yang dikatakan berasal dari negara seberang memohon derma untuk membina surau ataupun pusat-pusat pengajian agama yang kadang-kadang memang boleh dipertikaikan kebenarannya. Sebelum ini pihak jabatan agama telah membuat serbuan terhadap semua pemohon-pemohon derma yang sering berkeliaran di hadapan masjid di ibu kota.

Letak sahaja bakul kosong atau bekas plastik yang dilabel derma untuk sekolah agama atau pusat anak-anak yatim, sudah tentu tanpa fikir panjang diseluk poket, seringgit pun jadi, terus je masuk. Kalau benar alhamdulillah, kalau sindiket, mmmm... banyak tu. Setiap lorong pasar malam ada diletakkan satu bekas. Bayangkan kalau ada 4 atau 5 lorong. Busuk-busuk katakan semalam sahaja dapat kutip RM100 x 5 lorong. Jumlah RM500 sehari. kalau setiap hari di parking di setiap pasar malam. Bayangkan sebulan, 30 hari jumlahnya RM15,000.00 beb. Gaji Manager kilang pun tak sampai banyak tu.

Jadi renungkanlah dan selamat beramal. Kepada pihak berwajib terutama di kawasan Tg Malim, Perak. Rajin-rajinlah turun tengok ye. Kalau betul ok la, kalau tak betul. Pok cik kayooo....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...