Sunday, August 21, 2011

Proton Tanjung Malim Dalam Discovery Channel

Proses pembuatan kereta nasional yang pernah disiarkan untuk dikongsi terutama untuk warga Proton Tanjung Malim. Jadikan P3-21A model yang terbaik dan unggul. Our first Malaysian Global Car to be manufactured in Proton Tanjung Malim.

Friday, August 19, 2011

Penjelasan Mengenai Operasi Pemeriksaan Orang Islam Di Gereja DUMC

Maklumat di bawah saya perolehi dari email rakan-rakan saya. Sama-sama kita berkongsi maklumat dan ikhtibar.



PENDAHALUAN

Kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang Islam di gereja yang dijalankan pada 2 Ogos 2011 beralamat di Dewan 3, Damansara Utama Methodist Church (Dream Center) Jalan 13/1, Seksyen 13 ,46700 Petaling Jaya, Selangor DE.

LATAR BELAKANG

Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis Berbuka Puasa yang dinamakan 'Thanksgiving Diner Program Itenary' seperti alamat di atas.
Tindakan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1955 iaitu Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.
Siasatan juga dibuat mengikut Enakmen agama bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan orang Islam ) Negeri Selangor tahun 1988.
Program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan Thanksgiving.
Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Penguatkuasa Agama - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dibantu oleh sepasukan Polis Diraja Malaysia seramai 20 orang daripada IPD Petaling Jaya dan Sea Park.

PENJELASAN MENGENAI OPERASI PEMERIKSAAN ORANG ISLAM DI GEREJA DUMC
PERLAKSANAAN OPERASI


- Taklimat dibuat di pejabat JAIS pada jam 8.40 malam
- Bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.
- Tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke Dewan 3.
- Jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.

Semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir.
Anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'Sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.
Anggota PDRM dan JAIS yang telah memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.
Sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur.
Anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang Islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang Islam hadir di majlis tersebut.
Maklumat Pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. Anggota akhirnya memperolehi tentatif program. Terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'Alhamdulillah dan Allahuakbar'.
Terdapat juga satu borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.





Sementara itu, anggota yang menjaga pintu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.
Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari dewan.



12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI

1) Nadeane binti Che Mohd Salleh (Sofea) .
IC : 79xxxx-01-6094


2) Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah
IC : 69xxxx-08-6039


3) Ina Reima Fitriza binti Mahadzir
IC : 85xxxx-71-5018


4) Ade Andrian Putra bin Mahadzir
IC : 94xxxx-02-5609


5) Nea Reima Mareana binti Mahadzir
IC : 90xxxx-02-5778


6) Rasyidah binti Abd Razak
IC : 77xxxx-01-5908


7) Nur Umrah binti Abd Razak
IC : 95xxxx-01-6002


8) Mohd Haslan bin Bob Hasnan
IC : 80xxxx-10-5045


9) Faridah Binti Abdul Rahman
IC : 71xxxx-12-5478


10) Nur Al Ashikin bt Shaikh Dawood
IC : 72xxxx-10-5072


11) Faridah bt Abdul Latep
IC : 72xxxx-71-5256


12) Sahrunida bt Assad
IC : 81xxxx-08-6246


Nota : Terdapat ibu bapa yang beragama Islam membawa anak-anak kecil.

ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

Jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan Islam.
Peserta Islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap.
Nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).
Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.
Majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;
- Bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.
- Baju yang dipakai oleh bukan Islam adalah baju kebaya, kebangsaan dan kurung.
- Cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.
- Majlis diadakan di premis kristus.
- Malah seorang peserta (Melayu) yang ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung
agamanya.

Jawapan beliau adalah - 'I believe in God' (mengikut cara kristian dan gereja)


FAKTA TAMBAHAN

Tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan.
Adalah amat dikesalkan kerana terdapatnya segelintir pemimpin beragama Islam yang secara tergesa-gesa menyalahkan JAIS sebelum mendapat maklumat sebenar operasi menyelamatkan akidah umat Islam ini.

Wednesday, August 17, 2011

Video Serbuan JAIS Di Majlis Kristian Baru-Baru Ini

Tonton dan ambil ikhtibar. Semoga Allah melindungi seluruh umatNya dari hasutan syaitan laknatullah.


Friday, August 12, 2011

Basikal Tiga Generasi

Saje je nak kongsi dengan rakan-rakan blog dan pembaca sekalian. Sebelum ni aku bercerita mengenai motosikal kesayanganku KAE tu. Kali ni aku nak cerita sikit je pasal basikal aku dan anak-anak.

Yang paling besar ni aku beli masa aku bujang-bujang dulu. Masa tu aku tinggal di Kota Kemuning Sec 31, Shah Alam. Maklumlah balik kerja petang-petang tak ada kerja nak buat, ada duit lebih sikit aku beli la basikal ni. Lepas tu petang-petang mula la aku mengayuh sampai ke tasik di Kota Kemuning tu ulang alik.
Lepas aku berumahtangga je, bermulalah basikal aku ni rehat. Bukan rehat sekejap pulak tu, hampir 4 tahun juga le dok dalam stor. Baru-baru ni je aku ambil basuh, sekali-sekala je aku kayuh kat depan rumah aku kat Tanjung Malim ni.

Yang ni basikal anak-anak aku yang comel. Hehehe... macam ayah dia daa.....



 Yang untuk anak aku yang sulung tu pun rasanya nak kena beli yang lagi besar lepas ni. Adik dia ambil alih basikal abangnyer. Jimat... Cuma wife aku je takder basikal lagi.

Tuesday, August 9, 2011

Tanda-Tanda Hari Kematian Kita Sebagai Peringatan



TANDA 100 HARI SEBELUM MATI

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...