Tuesday, March 15, 2011

Hottest Blog!! Secukup Rasa Ada Ummmphh... Ye Ke?

Petang tadi saya terlihat entry dari saudara Faisal bertajuk Segmen Rakan Blog. Nampak menarik bagi blog baru seperti saya ini. Cubaan kali pertama agak mengelirukan, tapi cubaan kedua insyaallah saudara Faisal akan teruja.

Segmen tajaan 2DayBlogger
Bukan nak membangga diri ye, tapi saya rasa kan blog saya ini cukup rencah, perasa, asam dan garam. Bak kata Pok Cik Astro "Macam-Macam Ada"

Semasa baru menceburi penulisan blog  ini, saya banyak berguru secara tidak rasmi dengan beberapa blogger-blogger yang agak otai la, salah seorang daripadanya ialah saudari Imabiz (kredit percuma untuk saudari). Terima kasih bebanyak, selepas saya dapatkan tips-tips yang disiarkan dari blognya, dalam masa 2-3 hari trafik blog saya meningkat, walaupun tak banyak, ada peningkatan.

Inilah blog saya Bila Jurutera Belajar Menulis (bagi besar sikit font)

Satu lagi kejutan yang saya dapat ialah klik kat sini. Memang saya tak sangka langsung, blog yang menjadi pujaan ramai blogger-blogger muda,kaum ibu dan bapa telah memilih blog saya sebagai Blog Baru Pilihan Ben Ashaari. Syukur alhamdulillah, terus naik trafik saya sejak hari itu.

Pemilik 2DayBlogger
Sejak mendapat tips-tips dari rakan blogger yang sudah berpengalaman, saya terus menjelajah sehinggalah terjumpa satu blog yang agak menarik, iaitu 2DayBlogger. Bila ditelaah betul-betul, banyak betul tips dari brother kita yang hendsome ni.

Apa tunggu lagi, korek ilmu sampai kering (perumpamaan je Faisal), Anyway thanks a lot bro.

Berbalik kepada blog saya yang secukup rasa ni, kalau tak percaya cuba klik kat bawah ini:
Resepi Ketawa
Resepi Seram
Resepi Nostalgia
Resepi Semasa
Resepi Ilmu
Resepi Keluarga
Sambal Perniagaan

Banyak lagilah, rugi kalau saudara-saudari tidak menjengah blog saya yang secukup rasa ni.

Mari-mari... jangan tunggu lagi. Marilah menjadi ahli (follower blog saya beramai-ramai). Ringan-ringankan tangan anda, klik je button FOLLOW kat sebelah kanan tu. Promosi tak tahu malu punyer.

Akhir kata segmen RakanBlog ini memang berbaloi. Jangan tunggu lagi. Klik aje kat sini kalau nak join.

5 comments:

  1. amboi en hafeezan..tak tido lagi ke..?
    takpe..nak buat promosi tak perlu malu ^^ kalau bukan kita yg promosi sapa lagi kan..
    hebat!semoga terus maju

    ReplyDelete
  2. hehehe... adegan tak tahu malu punyer. Kejap lagi nak tidur dah. Baru habis buat entry.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih..lepas ini awk boleh share apa sahaja entri di 2dayblogger.Jika entri menarik,saya akan letakkan didalam kategori yang lain contohnya berita semasa,blogging atau lain-lain,bergantung kepada sesuaian entri =)

    ReplyDelete
  4. wahh, dah ada macam-macam segmen sekarang..

    ReplyDelete
  5. saja je luang masa lapang. bagi meriah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...