Sunday, November 25, 2012

Setting Low Light Camera Galaxy Note 2

Saja nak try malam tu. Boleh nampak perbezaan.

Gambar yang ini menggunakan low light setting

Gambar ini menggunakan setting standard (auto)
Kalau nak ambil gambar malam memang cantik dan jelas.

Saturday, November 24, 2012

Pandangan Banjaran Titiwangsa Selepas Hujan Dari Tg Malim



Petang tadi lepas aku balik dari gunting rambut kat pekan, lalu ikut jejantas nak balik ke rumah. Pandang ke arah Banjaran Titiwangsa, cerah betul pemandangan. Apa lagi berhenti sekajap kapcai aku terus ambil gambar.


Actually pagi tadi masa subuh hujan agak lebat kat sini. Sebab tu cuaca jadi cerah. Memang nampak cantik.


Ciptaan Allah yang Maha cantik. Bersyukur kita berada di bumi Malaysia yang aman dan damai.

Friday, November 2, 2012

Samsung Galaxy Note 2 Hands-On Tutorial Untuk Dikongsi

Nak berkongsi dengan rakan-rakan yang baru sahaja memiliki Samsung Galaxy Note 2. Smartphone yang banyak fungsi berguna.

Intro pengenalan


Siri pertama : Design, Performance & Display



Siri kedua : Multitasking



Siri ketiga : Expression Tools (1)



Siri keempat : Expression Tools (2)


Siri keempat : More Smart Features



Semua video tutorial memang terbaik. Asas penggunaan Samsung Galaxy Note 2.

S-Pen Lesson



Jumpa lagi ye...

Panduan Keselamatan Anak-Anak Di Rumah

Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan rumah anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat.
Sebahagian besar kecederaan yang berlaku berpunca daripada kemalangan yang berlaku di rumah. Kemalangan-kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah. Kemalangan-kemalangan pada kebiasaanya berlaku pada waktu lewat petang atau pada waktu malam apabila kanak-kanak keletihan dan mengantuk. Jenis kemalangan yang sering berlaku ialah: 

Friday, October 19, 2012

Ikhtiar Menghentikan Gangguan Jin Atau Iblis

Salam semua, saya ingin berkongsi masalah gangguan jin yang dihadapi oleh kakak ipar saya yang kini berada di Kedah. Beliau terpaksa mengharungi hari-hari yang sangat sukar disebabkan jin tersebut telah lama berada di dalam jasad beliau.

Pelbagai ikhtiar telah keluarga kami buat, namum belum menampakkan hasil yang positif. Saya amat bersimpati dengan nasibnya dan ingin memohon sekiranya ada diantara pembaca-pembaca di sini yang boleh membantu atau memberi cadangan.

Saya ada menghantar email kepada seorang Ustaz yang biasa keluar di kaca tv, iaitu Ustaz Shahran Shafie. Dan masih menunggu maklumbalas. Namum mungkin ada diantara rakan-rakan di sini yang boleh membantu, Alhamdulillah.

Email di bawah serba sedikit saya ceritakan pengalaman untuk dikongsi bersama:

Penawar Darah Tinggi, Kencing Manis & Berkaitan Jantung Dari Ustaz Sharhan Shafie

Nak kongsi dengan rakan-rakan ilmu penawar dari Ustaz Sharhan.



Semoga mendapat manfaat kepada semua.

Friday, October 12, 2012

Samsung Galaxy Note 2 Dah Release Di Malaysia


Pelancaran media telah diadakan semalam 11 Oct 2012 di Zebra Square, KL. Model ini akan mula berada di pasaran pada 19 Oct 2012 pada harga RM2299.00. Tiga syarikat telekomunikasi utama Malaysia akan mula menawarkan pakej untuk model ini.

Digi - RM1399
Celcom - RM1368
Maxis - RM1549

Maklumat yang diterima, batch yang pertama tiada aplikasi 'multi view' tetapi boleh dikemaskini melalui 'OTA software update'. Spesifikasi dan processor seperti yang diketahui, Galaxy Note II, ditawarkan dengan 1.6GHz quad core processor, 2GB of RAM, paparan 5.5" Super HD AMOLED, 3100mAh battery, NFC, an 8MP camera and Android 4.1 Jellybean out of the box.

"The Galaxy Note II will also be the first mobile phone in malaysia to come with Jellybean out of the box. Users will also get a 2 year 50GB dropbox subscription with the purchase of this phone. The Galaxy Note II will come in two colors Marble White and Titanium Gray".

sumber

Thursday, October 11, 2012

Kenapa Aku Sangat Berminat Dengan Samsung Galaxy Note 2

Review yang terbaru dari Youtube, rating 9/10. Kelebihan hampir sama dengan Galaxy S3 tetapi features dan software lebih kepada aplikasi note. So kepada pengguna yang suka mencatat nota ringkas dan perlu mendapat maklumat bergambar dengan komen memang amat sesuai.



Teringin nak join masa launcing kat Malaysia. Kalau ada peluang nak beli masa launcing tu.

Awas!!! Penculikan Di Stesen Minyak Dan Di Hadapan Bank

Saya ada sesuatu yang amat penting untuk dikongsikan bersama terutama kepada diri saya dan bapa-bapa yang memandu kereta bersama keluarga. Kes-kes yang serupa selalu kita dengar banyak berlaku di stesen-stesen minyak dan di hadapan bank. Kita jangkakan akan keluar sekejap ke mesin ATM atau membeli sesuatu untuk jangka masa yang pendek tetapi namum dalam beberapa saat itulah apa sahaja kemungkinan yang boleh memberi ancaman kepada keluarga boleh berlaku.

Perkara yang sama pernah saya dengar dari kawan-kawan di hadapan bank CIMB Tanjung Malim. Seorang ibu meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin yang masih hidup untuk masuk ke bank, di hadapan matanya sendiri kereta dilarikan bersama dengan anaknya. Apa lagi si ibu terus jatuh pengsan. Tapi alhamdulillah khabarnya anaknya selamat.

Ceritanya begini:

Monday, October 8, 2012

Aku Nak Samsung Galaxy Note 2 La....

Alamak bila aku tengok je Youtube Samsung Galaxy Note 2 terus jatuh hati. Alang-alang kalau aku sambar Galaxy S3 baik aku ambil Galaxy Note 2. Puas hati sebab aku selalu guna perisian yang dia tunjuk dalam video tu. Nak buat kerja pun senang. On the spot boleh buat terus email kat respective person. Zaman sekarang ni semua nak cepat. Keluar modal sikit untuk kepuasan diri sendiri apa salahnya. Bukan selalu. Ye dak kawan-kawan?



Apa-apa pun kena sabar ye. Dah capai target aku nanti, dapatlah apa yang aku inginkan. Amin...

Thursday, October 4, 2012

Diablo 3 Sistem Requirement

Sebelum install dalam PC, kena check dulu hardware dan software kita sesuai tak? Kalau tak sepadan jangan beli dulu. Tak boleh install nanti rugi. Check it out dulu...


Tuesday, October 2, 2012

Diablo, Game PC Yang Paling Aku Minat

Game PC yang paling aku suka masa belajar dulu. Aku pernah habiskan game Diablo yang pertama. Semua character dalam game tu memang ada kelebihan masing-masing. Aku suka pilih Barbarian, sebab ia lebih menggunakan kekuatan, accessory senjata dia aku suka.


Sekarang dah ada Diablo 3, rasanya dah lama CD game ni release. Cuma aku tak berpeluang nak mengikuti perkembangan.

Monday, September 24, 2012

Pasal Facebook Sesama Jiran Bermasam Muka


Bila update status di facebook tidak memikirkan perasaan orang lain terutama jiran-jiran. Kenapa perlu sampai macam tu. Dalam hal tolong menolong ni jiranlah keluarga kita yang paling dekat, kalau nak harapkan keluarga dan adik beradik memang la boleh, tapi ambil masa beb.

Kalau kes kecemasan, hang dok kat rumah sorang-sorang ataupun suami keluar outstation siapa yang boleh tolong kita kalau tak jiran kita. Berfikirlah sikit. Besar atau mewah sebanyak mana pun kita, satu masa nanti jiranlah terdekat la yang akan tolong kita.

Dalam facebook dah 'friend' dengan jiran, tiba-tiba ada rasa tak puas hati dengan 'friend' kita atas sebab yang tak berapa nak sesuai diluahkan di dalam facebook. Dah ada jiran yang kecik hati. Dari selalu bertegur sapa sebelah menyebelah pintu, dah jadi masam muka. Boleh juga diaorang hidup macam tu hari-hari. Aku confirm tak boleh. Bila tegur dalam facebook bukan saja jiran tu yang baca, habis semua saudara-mara dan kawan-kawan yang kita 'friend' pun tahu. Dunia tanpa sempadan pun kenalah berpada-pada bila melibatkan hati dan perasaan orang lain.

Bertimbang rasa la sikit hidup berjiran. Dah la berkongsi dinding pulak tu, nasib baik tak berkongsi lantai dengan syiling siling, kalau tak lagi haru. Harap-harap diaorang sedar la, keharmonian dalam hidup berjiran ni amat penting, terutama sesama islam. Kalau nak menegur pun biarlah cara yang amat berhemah bagai menarik rambut di dalam tepung.

Friday, September 21, 2012

Cara Terbaik Untuk Tingkatkan Semula Keupayaan Bateri Laptop Anda

Good information to share.

First, the basics
Most laptops use batteries that can last for 3-5 years, or about 1000 charges. (A premium laptop's battery might last longer.) Every time you charge your battery, the total capacity of the battery is diminished.

 Originally it may have had a run time of 3.5 hours, but after a year it'll run out of juice at 3 hours, even on a full charge.

If your battery capacity has diminished, there are a few things you can do about it. First, you have to correctly gauge how much capacity has been lost. There are free downloads to do this job, like Battery Bar (for Windows PCs) or Coconut Battery (for Macs). These will compare your battery's current maximum capacity to how long it lasted when it was new.

(UPDATE- we originally recommended Battery Eater and while the program works great, their download site has been compromised and we are recommending an alternate program, Battery Bar downloadable from CNET.)

Isteri Memandikan Jenazah Suami

Terharu bila saya membaca. Menjadi idaman para suami dan isteri. Besarnya pengorbadan seorang suami yang bertanggungjawap dan taat kepada ajaran Allah. Ketaatan seorang isteri yang insyaAllah akan menjanjikan syurga di akhirat kelak. Semoga menjadi taladan ke atas diri saya dan sahabat-sahabat sekalian.

Begini ceritanya...

seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 

Iklan Kekosongan Jawatan Di Proton


Monday, September 17, 2012

E-Cigarette Rokok Yang Sihat?

Nampaknya perokok-perokok tegar sudah ada alternatif lain untuk mengurangkan ketagihan. Kandungan di dalamnya juga tidak mengandungi bahan-bahan kima yang merbahaya seperti rokok biasa. Siap ada pelbagai perasa lagi. Informasi yang boleh kita kongsikan di sini.



Terima kasih

Friday, September 14, 2012

Samsung Galaxy S3 atau S2 ?


Dah lama dok pikiaq ni. Kalau ikut keperluan untuk senang manage kerja atau ambil gambar S2 pun dah cukup. Kalau nak ikut kehendak confirm sambar S3. Kat rumah aku selalu check email dan kadang-kadang buka facebook dan twitter. Setakat ambil gambar dan video keluarga tu biasa la. Rasanya tak perlu sampai resolution HD pun.

Kat tempat kerja aku memang selalu guna kamera dan video untuk buat paperwork dan study. Setakat 8MP dah cukup terang dah. WhatsApp dan email kompeni yang gunakan microsoft exchange selalu la pakai. Satu lagi function yang aku selalu juga la guna, task reminder.

Satu lagi yang paling penting.... Budget... S2 dah murah sekarang berbanding S3. Kita berbaloi la kalau pakai S2 je. Nak tunggu S3 murah, bila S4 keluar la...



end

Phenomena Gangnam Style Di Seluruh Dunia

Fuhhh... penangan Korea. Kita mungkin sudah agak familiar dengan KIA, Hyundai, Daewoo, Samsung, LG dan lain-lain lagi. Bidang automotive dan telekomunikasi memang jadi makanan Korea sekarang. Apple saman Samsung pun selamber je Samsung bayar.. hehehe...

K-Pop, kegilaan dari perbagai generasi dari yang muda (kanak-kanak) sampailah lewat dewasa (tak kata 'tua'...), bukan apa takut ada yang sensitif nanti. Bukan apa, cewek lawa dan seksi, yang lelaki pun jambu. Sekarang lagu Gangnam Style macam sudah jadi phenomena baru di seluruh dunia. Malaysia pun apa kurangnya, bermacam-macam versi ada.

Yang ni di Time Square, New York. Respect la lu Korea...



End


Tuesday, September 11, 2012

Barut Bayi Baru Lahir Buatan Tangan Berkualiti Dan Selesa

Salam semua. Wife aku ada buat barut untuk bayi-bayi yang baru lahir. Semua dijahit sendiri di rumah. Kain yang digunakan jenis cotton, selesa bagi bayi anda yang baru lahir.


Selamat Maju Jaya Zulfahmi Mat Shokeri

Dari kiri Zulfahmi, aku dan boss


Student kedua yang telah tamat praktikal di Proton Tanjung Malim. Sekarang masih ada lagi beberapa student yang sedang manjalani latihan praktikal di sini. Pelajar sebelum ini dari Universiti Malaysia Pahang. Terima kasih kepada Zulfahmi, walaupun menjalani latihan selama 3 bulan sahaja, banyak pengalaman yang telah beliau pelajari dari aktiviti yang melibatkan engineering di sini.

Lirik Gangnam Style Disertakan Makna Sekali

Mungkin ada diantara kita yang terbaca di mana-mana laman blog yang mengatakan lirik lagu popular dari Korea ini ada berunsurkan penghinaan kepada agama Islam. Mungkin anda semua boleh membuat penilaian sendiri. Lirik ini saya petik dari laman ini.

Original      : 오빤 강남스타일
Pronounce : O Pan Gang Nam Style
Translation : I (have my own style.. It’s) Gangnam style (* ‘I’ = ‘Oppa’)
Original      : 강남스타일
Pronounce : Gangnam style
Translation : Gangnam style

Thursday, August 30, 2012

Gangnam Style Versi Korea Dan Malaysia

Memang menghiburkan.

Versi Malaysia






Versi Korea



Layan beb...

World Champion Team Rally Global USA 2006 Johnson Controls Automotive Malaysia

Rakan saya Jamilah baru je update facebook dia. Thanks Aaron sebab dah masukkan video dalam Youtube. Saat kegemilangan JCI Malaysia dengan Team Rally. Sebelum ni ada diantara peserta dalam pertandingan tu tak tahu pun  Malaysia kat mana, yang diaorang tahu Singapore dengan Thailand. Bila group dari team Malaysia menang. Bangga teramat sangat masa tu.

Pertandingan di jalankan di Walt Disney Florida, enjoy sakan la kami dapat pi melancong free. Anyway this is the best moment i ever had in my life.



Cik Jamilah ada coretkan semua aktiviti kami dari mula sehingga akhir di laman ini. Lagu 'Gemilang' dari Jaclyn Victor menjadi pembakar semangat kami.

Monday, August 27, 2012

SchoolTrac Dan M-Attendance Satu Aplikasi Yang Sangat Membantu

Tahniah kepada syarikat ABRA Corp Sdn. Bhd. Jika dibandingkan dengan cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, saya rasa teknologi ini lebih praktikal. Sistem ini akan lebih efektif jika boleh dipertingkatkan dengan sistem GPS.

Tetapi bagi budak-budak sekolah terutamanya sekolah rendah mungkin kad tersebut perlu diubahsuai supaya lebih sesuai bagi saiz kanak-kanak yang lebih kecil. Bagi kita orang dewasa memanglah sesuai. Kalau budak darjah satu yang memakainya, disangkut pulak di leher, kesian tengok nanti. Dah la beg sekolah berat diheret, ditambah pula yang bergantung kat leher, buatnyer tersangkut. hehehehe... satu hal pulak.

Mungkin kad tersebut boleh dikecilkan saiznya atau cara gantung ditukar kepada jenis klip. Rasanya klip di tali pinggang lebih sesuai, kalau klip di baju takut tertanggal pulak.

Adakah kad ini boleh disalahguna? Bila difikirkan boleh juga. Budak-budak zaman sekarang cerdik belaka. Dia bagi kad tu kat kawan-kawan dia tolong bawakan boleh jadi juga. Yang dia pergi cyber cafe. Bila mak ayah dapat sms, anak dia dah masuk sekolah.

Ruang untuk penambahbaikan tetap ada. sekurang-kurangnyer ada usaha dari pihak tertentu yang mahir. Teruskan usaha.

Sumber




Update 28 Aug 2012

Terima kasih saudara/saudari "orac-arec" dengan perkongsian terbaru. Kita boleh perbagaikan aplikasi yang sesuai dengan keperluan. Mungkin penggunaan Ipad lebih efektif dan agak 'user friendly'. Banyak cara mungkin kita boleh perkembangkan. Semua ini perlukan permulaan dan kemudian ada penambahbaikan.

Aplikasi ini dinamakan M-Attendance, dan telah digunapakai oleh SMK Kijal. Harap ianya masih diperaktikkan sehingga kini. Mula-mula mungkin agak susah ataupun remeh. Practice will make perfect.

   

End

Friday, August 17, 2012

Jasrina Jasni, Model Video Clip Sesaat Kau Datang

Aku saja nak layan lagu petang-petang macam ni. Maklumlah dah mood raya. Aku sebenarnya suka rentak lagu Sesaat Kau Datang dari Ramlah Ram feat Sleeq. Bila aku buka je Youtube, ternampak MTV lagu ni, apa lagi terus buka.

Mula-mula tengok, nampak Kak Ramlah Ram dah berisi, hehehe... yang kedua nampak model pengantin, mmmm... lawa juga. hehehe... kalau wife aku tahu ni dia ok je, cuma mungkin dia kata aku gatal la...

Permandangan cantik mestilah kita tengok kan? Bila aku tengok je model camerawomen tu, ish... macam ada satu daya penarik la pulak. aku rasa bibir dia kot. hehehe... Jasni i nak mohon izin pinjam gambar you kejap ye? Promosi tak berbayar punyer.


PROFIL:

Nama Penuh : Jasrina Binti Jasni
Umur : 26 tahun (15 Julai 1985)
Tempat lahir : Lahad Datu
Email : jazrinawr@gmail.com
Tinggi : 168cm

Kalau nak tengok gambar dia lagi klik je Jasrina. Nak tengok MTV ke? Jom...

Jangan dok perati bibir je pulak.. hehehe... Gaya penyampaian Sleeq pun aku suka.



Tuesday, May 8, 2012

Luahan Hati Anak Polis

Petikan ini saya ambil dari email rakan-rakan saya. Agak menyentuh perasaan. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Pengorbanan polis dalam menjaga keamanan negara memang tiada tolok bandingnya. Sanggup membahayakan diri demi sebuah keamanan yang telah lama kita semai, baja dan kecapi. Bapa kepada saudara kita ini adalah salah seorang pegawai polis yang boleh kita jadikan contoh yang amat baik. Memahami penuh tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga dan tanggungjawabnya kepada negara.

Memang tidak dinafikankan, dalam setandan pisang kadang-kadang ada satu atau dua yang busuk. Yang busuk itulah seharusnya kita perlu buang. Manusia dijadikan mempunyai akal dan nafsu, jika nafsu menguasai akal maka macam-macamlah gejala negatif berlaku.

Walau apapun sama-samalah kita menjaga dan mengekalkan keamanan negara kita yang tercinta ini. Sama-samalah kita menjaga keBERSIHan diri dari segi jasmani dan rohani. Amin...

Petikan:

Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy...

Wednesday, March 21, 2012

Bateri ALAM Dari H2E Power Bakal Selamatkan Bumi Kita

Rakan-rakan blogger sekalian. Dunia sekarang berdepan dengan pencemaran yang boleh dikatakan amat kritikal. Apa yang boleh kita sumbangkan untuk alam sekitar kita di Malaysia? Menarik juga kalau kita boleh standby satu dalam kereta lebih-lebih lagi yang pakai notebook dan selalu outstation. Kalau lupa charge, tarik je barang ni, charge je. Selamat... hehehe...

Kalau rakan-rakan kita yang berniaga di pasar malam gunakan module ni, confirm pasar malam lepas ni aman damai, tak ada lagi bau carbon monoksida, makanan yang dijual pun takde la tercemar walaupun kita tak berapa peduli hal-hal yang remeh macam tu. Nampak je macam tak ada apa-apa, long term effect beb...

Sama-sama la kita baca informasi yang boleh dijadikan panduan. Harap-harap ada la yang terbuka hati.


KEJADIAN yang berlaku pada Februari 2010 tatkala membawa rombongan peserta persidangan teknologi dari Korea Selatan ke bandar raya Shah Alam benar-benar berbekas di hati Azhar Ngah, 40.
Cuaca panas pada pukul 12 tengah hari itu mencetuskan idea dalam fikiran lelaki tersebut. Dia mahu mengajak mereka menikmati cendol yang terkenal di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...