Wednesday, March 9, 2011

Lagi Mengenai Tun Dr Mahathir


Mahathir Yang Rasis : Antara Melayu dan Bukan Melayu

Pagi-pagi dah terbaca artikel dari laman web ini. Saya dapat info dari laman facebook. Nampak macam dah panas diaorang memperdebatkan di dalam facebook. 


Kenapa kita masih hendak membangkitkan isu perkauman lagi. Sanggupkah kita berhadapan dengan suasana huru hara seperti di Mesir dan Libya. Beratus-ratus rakyat kehilangan keluarga yang tersayang, beribu-ribu yang cedera. Rakyat hidup dalam ketakutan. Ekonomi negara jatuh, semua pelabur-pelabur lari meninggalkan negara kita, rakyat hilang pekerjaan, dan pelbagai lagi rentetan akan menyusul hasil dari hasutan yang melibatkan isu perkauman.

Tidak bersyukur kah kita dengan nikmat yang ada sekarang? Kenapa masih ada yang suka memperlagakan kita antara kaum. Tolonglah fikir, jangan hanya untuk memuaskan hawa nafsu sendiri keamanan negara menjadi taruhan.

Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah negara kami dari segala bala bencana. Sesunggunya kami hambaMu yang sentiasa melakukan kesilapan, ampunkanlah dosa kami. Permudahkanlah urusan pemimpin-pemimpin kami untuk mentadbir negara Malaysia yang tercinta ini. Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...