Monday, February 28, 2011

Pakej Mini Pure Oil Series 1 (3ml)

 Kalau ada sesiapa yang ingin mendapatkan pek mini untuk percubaan sila hubungi saya dengan klik contact me di sebelah kiri laman blog saya.

Stok yang ada terhad, Jadi kepada anda yang ingin mencuba dahulu boleh terus hubungi saya.

Harga RM15 + kos penghantaran Pos Laju (Sem/Sabah/Sarawak)

Sunday, February 27, 2011

Harapan Kepada Semua Internet Marketer Malaysia

Nampak gayanya, belum sempat seminggu saya berehat. Saya terpaksa kongsikan artikel ini untuk renungan dan ikhtibar. Saya tak boleh simpan lama-lama, nanti idea hilang untuk menulis.

Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya artikel saya ini akan menyentuh hati sesetengah pihak. Tapi inilah hakikat yang perlu ditelan biarpun pahit.

Saya berasa amat bangga kerana di negara kita ini ramai IM yang berjaya dan berkaliber. Ada yang sudah bergelar jutawan pun. Memang seronok menjalankan perniagaan secara online ini jika betul cara kerja dan beretika.

Di dalam perniaggan online ini kita tidak perlu bertemu muka dengan pelanggan kita, tetapi janganlah disebabkan kekurangan atau kelebihan ini, ada di antara kita yang terlepas pandang mengenai etika dalam sesuatu perniagaan.

Kerana adanya pelangganlah kita boleh menjalankan perniagaan ini, tetapi bukan semua pelanggan akan bersikap pasif sekiranya mereka terasa tertipu ataupun maklumbalas mereka tidak dihiraukan oleh pengusaha perniagaan internet.

Jangan terlalu ghairah untuk mengejar keuntungan yang cepat dalam jangkamasa yang singkat. Ye... saya akui ada sesetengah servis yang ditawarkan mempunyai prospek yang besar di masa hadapan, tetapi uruskanlah mengikut kemampuan bukan mengikut nafsu. Bila tempahan sudah terlalu banyak sehinggakan janji kepada pelanggan untuk siapkan dalam jangkamasa tertentu akan jadi tertangguh lama.

Dalam apa jua perniagaan, kepuasan pelanggan adalah ditempat yang teratas. Saya faham sekiranya anda mengalami masalah sila berterus terang dengan pelanggan anda, bukan susah pun. Mungkin pelanggan anda boleh terima, ataupun sebaliknya. Walauapapun itulah kuasa pelanggan. Pelanggan membuat pindahan wang bayaran melalui bank online, pengusaha menerima bayaran. Dan produk perlu disiapkan seperti yang dijanjikan. Jika gagal, tolong feedback kepada pelanggan anda. Itu etika kerja yang betul.

Saya bukannya pandai pun dalam perniagaan internet ini, baru je menjenguk dan mula hendak belajar. Mungkin ada diantara saudara di sini yang telah berjaya walaupun masih muda.

Di dalam kita berurusan dengan pelanggan kita, janji amat penting. Saya telah hampir 10 tahun bergelumang dengan pengurusan projek, menguruskan kehendak pelanggan dan sentiasa terikat dengan jadual yang amat ketat. Etika kerja dan pengurusan masa amat penting. Tenaga kerja perlu cekap dan berdedikasi. Jujur dalam menjalankan tugas akan menentukan masa depan sesuatu projek itu.

Sama juga di dalam perniagaan internet ini, pelanggan adalah Raja. Kita mencari rezeki di bumi Allah ini biarlah dengan cara yang halal. Duit itu juga akan digunakan untuk makan minum anak dan isteri kita. Jangan nak disalahkan orang lain sekiranya anak kita nakal dan susah untuk menerima nasihat. Cuba kita muhasabah diri, dari mana datangnya rezeki yang kita makan dan belanja seharian, adakah dari sumber yang beretika atau sebaliknya.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua IM yang telah berjaya dan menjalankan perniagaan dengan cara beretika dan jujur. Semoga anda akan menjadi ikon kepada IM yang masih baru. Perniagaan internet mempunyai prospek yang amat besar, kerana tiada sempadan yang boleh menghalangnya, tetapi harus diingat negara kita ada undang-undang bagi penyalahgunaan cyber.

Salam kemaafan sekiranya artikel saya menyentuh hati saudara dan saudari. Yang pahit harus ditelan, yang pahit itulah pengubat.

Wednesday, February 23, 2011

Berehat Sebentar



Nampak gayanya kena berehat seminggu. Blog ini akan berehat sama. Harap berjumpa kembali dengan cerita baru di minggu hadapan.

Tuesday, February 22, 2011

Facebook - Statistik


Bila kita memperkatakan mengenai facebook, jangan kata orang dewasa sahaja yang tahu, anak-anak kita pun kalau yang sudah pandai main klik-klik di komputer pun kenal apa itu facebook.

Menurut statistic yang saya perolehi di 'facebook press room' jumlah pengguna yang aktif sudah melebihi 500 juta orang dimana 50% daripada sentiasa aktif tidak mengira masa.

Kebanyakan pengguna sekurang-kurangnya mempunyai purata 130 'friends'. Dan fakta yang agak menarik bagi saya, pengguna facebook menghabiskan masa dengan facebook selama 700 billion minit sebulan. Fenomena yang lebih hebat dari Tsunami telah melanda dunia.

Saya letakkan dalam bentuk mudah untuk pembaca memahaminya:

  1. Jumlah Pengguna Aktif Lebih 500 juta
  2. Aktif sepenuh masa, 50%
  3. Purata 'friends' dalam facebook, 130 orang
  4. Masa yang dihabiskan dalam sebulan, 700 billion minit
Pelbagai aktiviti yang dan aplikasi yang menarik di laman facebook yang melibatkan laman web, groups, event dan laman komuniti yang melibatkan 900 juta interaksi.

Aplikasi facebook melalui telefon bimbit pula telah membantu merancakkan lagi penggunaan laman web sosial ini. Lebih 200 juta pengguna yang aktif menggunakan aplikasi facebook di telefon bimbit mereka.
Yang menariknya pengguna facebook melalui telefon bimbit 2 kali lebih aktif dari pengguna yang menggunakan komputer.

Terdapat lebih daripada 200 syarikat telekomunikasi mobile mempromosikan produk mereka bersama dengan aplikasi facebook. Memang hebat pengaruh facebook dalam kehidupan kita seharian.

Sebenarnya banyak lagi statistik yang saya boleh huraikan disini, tetapi anda semua mungkin lebih tahu besarnya pengaruh facebook sekarang sehinggakan pengedar dadah pun menggunakan facebook untuk menjalankan kerja keji mereka di merata dunia.

Sunday, February 20, 2011

Adegan Yang Ingin Anda Lihat Dan Baca


Adegan ini tidak menyentuh peribadi sesiapa. Cuma terjadi pada semut tersebut sahaja. Sekiranya anda rasa seolah-olah andalah semut itu, itulah lumrah kehidupan di dunia ini.
Bersabar dan banyakkanlah berdoa. Good luck semua.
Sekadar berkongsi maklumat untuk ikhtibar kita semua.

Wednesday, February 16, 2011

Electronic Cigarette Trend Perokok Zaman Sekarang



Waahhh... lebih trendy, lebih ada gaya, mutu dan keunggulan perokok-perokok kita zaman sekarang.

Rasanya rokok ini lebih mesra alam dan bersih dari rokok yang dihisap sekarang dimana tidak ada puntung dan habuk rokok lagi yang akan bersepah di merata-rata kawasan.


Nampak trendy

Lebih bersih

Nampaknya gaya menghisap rokok akan bertukar la ye? Tetapi tetap menghisap asap masuk ke paru-paru juga. Setakat ini saya belum lagi berkesempatan membuat research mengenai kebaikan dan keburukan menghisap rokok elektronik ni. Setakat ini di Malaysia pasarannya agak terhad, masih agak susah untuk melihat di mana-mana store atau kedai menjualnya. Cuma untuk belian online banyak, di laman web lelong.com.my pun sudah ada yang jual di Malaysia.

Tetapi bila kita gunakan rokok elektronik ini, catridge yang kita guna untuk titiskan bahan perasa rokok tadi tidak ada dijual di kedai-kedai biasa lagi, masih kena mendapatkannya melalui online atau pengedar yang tertentu. Jadi susah la juga untuk masa sekarang ni.

Contoh-contoh refill yang dijual di pasaran.





Salah satu contoh catridge

Tapi teknologi ini akan berkembang dengan cepat, tak lama lagi senang la nak memperolehi stok di Malaysia. Konsep rokok elektronik ni simple je. Anda boleh rujuk gambarajah di bawah ini.



Ada pelbagai jenis dan design rokok elektronik ni.



Nampak cantik dan bergaya

 Mmmmm... bagaimana pendapat anda? Tepuk dada tanya selera. Entah teknologi apa pula yang bakal kita temui lagi pada masa akan datang. Harap-harap jangan la ada yang buat refill perasa daun ketum pulak nanti. Maklumlah zaman dah canggih. Hahahaha...

Automated Profit Package - Agak Menarik, Tapi...

Baru dapat pop-up window pasal pakej ni. Boleh percaya ke? Macam-macam orang boleh buat sekarang nak dapatkan duit kita. Kalau ada sesiapa nak buat rujukan lanjut boleh klik link ini

http://www.news11today.net/money-news/in-breaking-news.php?ex=012





Ish... kalau iklan ni betul pun, aku tak berani la nak mencuba. kalau orang Malaysia ada yang join, boleh la kongsi kot. 

Untuk mereka di luar sana yang dah dapat duit banyak, bagus la. zaman sekarang ni bukan apa, banyak cara orang boleh ambil duit kita, tambah-tambah iklan dari luar negara.

Sekarang ni pun kalau aku ada terima panggilan telefon pasal insuran, kredit kad center, offer kad vip pakej percutian ka, semua aku reject awal-awal lagi.

Jaga-jaga la rakan-rakan sekalian, terutamanya yang ada kad kredit. Ambil tindakan yang rasional bukan emosional.

Monday, February 14, 2011

Saturday, February 12, 2011

Aku Kena "Ban" Dalam Ruangan Forum!!!! GERAMNYER...

Salam sejahtera pembaca blog saya. Petang ni saya nak luah secukup-cukupnya cara sepatutnya seseorang moderator berkerja. Bukan semua ye.. jangan terasa pulak moderator-moderator yang profesional di luar sana. I bukan nak buat kecoh tapi if you wannna ban somebody inside any forum please be profesional. I am not budak sekolah yang tak tahu apa-apa beb. Walaupun i ni buta IT (ye ke??) i tahu macam mana berkerja secara profesional.

Di dalam dunia cyber ni bermacam-macam jenis manusia ada di dalamnya, ada penjenayah, perogol, pembunuh upahan, ada yang baik, pemurah, penderma, penasihat, ahli koperat, ahli JKK kampung, dan bermacam-macam lagilah... Sendiri Mau Ingat..

Ni sampai ke ayat yang sopan sikit.

There should be a PROFESIONAL WAY to ban somebody inside the forum even though there is a terms to do that such thing.

Bagi yang fresh macam saya ni dalam dunia IT ni pun mesti setuju, jangan sangka fresh dalam dunia IT ni tidak ada MASTER dalam Business atau Engineering. Maybe better than them. Ok, i will give you the scenario, so you can imagine what i am talking about.

I admit that i have done a mistake inside that forum. But the way he/she ban me is not profesional.
He/she give me 3 warning in the row

First warning on 6.06 PM
Second warning on 6.08 PM
Third warning on 6.09 PM

All those warning are in the same day, is it fare??? And i notice it about 8.00 PM the same day. Wow... Panas membara hati ni beb... Lagipun masa tu saya tak online pun, kalau saya online, dia kasi warning pertama saya buat juga, dia kasi warning kedua saya degil juga, kasi warning ketiga terus 'ban', saya boleh terima dengan senang hati. Kalau dalam kes ini, kalau saya moderator pun saya 'ban' juga.

Kalau cara dia buat tu, masuk mahkamah ni rasanya saya menang kes ni. Siap boleh saman lagi, 1juta kot. Kan trend sekarang ni suka saman menyaman.

Bagi saya la. untuk ketiga-tiga kesalahan tu sepatutnya saya diberi warning yang pertama. Saya bukannya B**O* sangat. Saya boleh terima kalau dia buat macam tu. Ini tak sempat bernafas terus celup muka saya dalam baldi. Saya kena BAN sampai 30 hari pulak tu. Laman forum tu tak disangkal lagi memang popular seantero dunia (ye ke??) betul la...

Geramnyer

Pesanan dari seorang Juru**ra yang tak pandai dalam IT ni. JADILAH MODERATOR YANG PROFESIONAL JANGAN JADI MODERATOR YANG EMOSIONAL.

Bila kita mempunyai kuasa, gunakanlah dengan cara yang paling bijaksana. Saya terima bila saya di'ban' di dalam laman forum tersebut. Terima kasih kepada Moderator tersebut kerana memberi AMARAN dengan cara yang "AMAT PROFESIONAL". Seronok ye bila ada KUASA. Rezeki Allah ada di mana-mana. Jumpa lagi saya di dalam laman forum tu 30 hari dari sekarang iaitu pada 13 March 2011.

Sebelun dia 'ban' pun aku dah rasa macam cara aku tu tak betul, so semalam aku cubalah nak menggunakan saluran yang betul untuk membuat promosi perniagaan aku. Tiba-tiba dia "ban" aku dengan warning 3 times in the row, selang seminit pulak tu.

Ingat nak sambung lagi panjang geram aku ni, tapi mungkin setakat ini dulu kot. kalau aku rasa masih tak puas hati lagi, tunggulah ye...

Friday, February 11, 2011

Terapi Rambut Moroccanoil Aktress Terkenal Scarlett Johannson

Scarlett Johannson
Anda kenal artis ini? Saya pun tak kenal... hehehe... jangan marah.
Ini cerita mengenai stail rambut artis ini yang bernama Scarlett Johannson.











Selebriti stylish, Robert Vetica

Gambar yang sebelah ni la yang selalu menggayakan selebriti-selebriti terkenal Hollywood. Kalau sesiapa yang berminat dengan fesyen tahulah. Saya tak pandai bab-bab fesyen ni. Kalau bab-bab mesin tahu la.

Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal diorang pun. Yang paling penting saya nak beritahu kepada pembaca-pembaca blog saya, Robert Vetica pun menggunakan produk dari Minyak Argan untuk menggayakan rambut artis-artisnya. Hebat...hebat... minyak ni kan?








Saya ceduk sedikit cerita dari lama web ini pasal staylish ni menggunakan minyak Argan untuk rekaan rambut Scarlett Johannson ni.

Kalau ada sesiapa yang pandai baca "omputih" boleh la klik kat web ni Cerita Fesyen Scarlett Johannson
Bukan apa, dalam web ni diaorang buat temuramah dengan Robert Vetica ni, bagaimana dia boleh membentuk rambut Scarlett ni sebegitu unik.

Robert ada memberi pendapatnya mengenai keistimewaan Moroccanoil (Minyak Argan), khasiat minyak ini amat baik untuk rambut. Saya ambil petikan sikit dari sessi temuramah tersebut. Saya translate sikit, kalau salah tu harap bersabar ye...

Pertanyaan Wartawan:
Sebagai seorang pakar dalam bidang ini, apakah cara yang terbaik untuk menggunakan produk yang boleh memberikan hasil yang optimum?
 

Jawapan Robert:
Lembabkan rambut dan ratakan dengan Moroccanoil Treatment. Tuang minyak Argan sebesar duit syiling di tapak tangan dan ratakan pada rambut bersama urutan sehingga ke kulit kepala. Selepas itu, berus rambut menggunakan berus yang sesuai (saya lebih suka berus Boar).

Begitulah agaknya bunyi temubual mereka berdua. Kita di Malaysia pun ada minyak Argan ni, jangan risau. Anda pun boleh jadi macam artis Hollywood ni... hehehe...

Thursday, February 10, 2011

Terkini !!! Testimoni Pure Oil Series 01 Argan Oil

Pelanggan yang mempunyai masalah kulit badan dan muka.


Untuk tempahan boleh terus ke laman web Rahsiaterapidotcom. Pelbagai maklumat boleh anda perolehi di laman tersebut.

Akhir kata... saya ambil ayat ini dari pelanggan Pure Oil Series 1 di ruangan forum  
"selamat berARGAN". Seronok je bunyinyer

Wednesday, February 9, 2011

Ilham Untuk Menulis Mengenai Keunikan Minyak Argan Untuk Kecantikan Luaran Dan Dalaman

Semalam bila saya membaca blog-blog mengenai niche. Saya terfikir mengenai Minyak Argan. Minyak yang sedang hangat diperkatakan di laman facebook dan boleh dikatakan hampir setiap minggu terpampang di akhbar Metro, dan baru-baru ini di Utusan Malaysia kalau tidak silap saya.

Produk yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2009. Syarikat Secretleaf merupakan pelopor kepada produk yang amat istimewa ini iaitu Pure Oil Series 1.


Pelbagai promosi telah dijalankan dan dilancarkan. Sambutan yang amat menggalakkan dari para pengguna. Dan produk ini telah mendapat maklumbalas yang amat positif kerana kesannya boleh dilihat dalam jangkamasa yang agak singkat. Testimoni produk ini anda boleh lihat di sini.

Minyak ini adalah 100% asli dari minyak Argan. Anda boleh mengatahui apa itu minyak Argan dia bahagian page Minyak Argan di bahagian atas blog ini.

Promosi yang lebih agresif telahpun dirancang oleh pihak syarikat, dimana lebih banyak pendedahan mengenai kelebihan produk ini akan disalurkan melalui perbagai media di negara ini. Malah produk ini akan berada di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Maklumat yang boleh meyakinkan pengguna dan bakal pengguna produk Pure Oil Series 1. Anda boleh mendengarnya di link yang disertakan. Rugi kalau anda tidak meluangkan sedikit masa untuk mendengarnya.

Pure Oil Series 1 Di Radio


Check this out on Chirbit

Saturday, February 5, 2011

Kuasa Allah... Jangan Disangka Air Yang Tenang...

Untuk renungan dan ikhtibar. Sesungguhnya kita ni insan kerdil di sisiNya. Rasanya banjir ni kat luar negara, mungkin Australia kot. Dah macam Tsunami pulak.

Thursday, February 3, 2011

Ejakulasi Pra-Matang Ada Penyelesaiannya Tapi Kena Sabar...

Salam sejahtera semua, baru-baru ini saya ada menerima maklumbalas dari pelanggan Secretleaf saya dimana beliau menyatakan bahawa produk yang dibeli tidak berkesan seperti yang diharapkan. Bagi saya semua itu adalah lumrah bagi sebarang perniagaan yang dijalankan samada kecil atau besar.

Tetapi apa yang menjadi persoalan saya sekarang ialah perspektif pelanggan yang agak keterlaluan terhadap sesuatu produk dimana ada diantaranya yang terlalu obses dengan produk kesihatan dan mahukan kesan serta merta..

Ok, perbincangan saya pada malam ini saya khususkan kepada produk kesihatan lelaki. Mungkin anda selalu mendengar produk-produk yang dijual yang menjanjikan keberkesanan dalam jangka masa yang singkat.

AWAS, produk tersebut mungkin akan memberikan kesan yang tidak baik untuk jangka masa yang panjang.


Saya fokus kepada produk Secretleaf iaitu Performa (untuk lagi detail saudara boleh layari http://www.sayangisteri.com/). Produk ini berasaskan 100% herba dimana ianya diekstrak dari cengkih, kulit kayu manis dan pelbagai herba yang lain. Sebelum anda mencuba sebarang produk untuk menguatkan kelakian saudara, perlu diingat produk yang berasaskan herba boleh membantu, tetapi tidak semua orang boleh mendapat kesan serta merta, dan ianya bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Dan yang paling penting SABAR.

Maklumat yang penting untuk saudara baca sebelum membeli sebarang produk kelakian yang berada di pasaran amnya dan khususnya bagi Performa dari Secretleaf.

  1. Untuk saiz biasa ( org malaysia = size standard 4-5 inci ) guna dlm 3 titik.kalau size besar dan panjang dlm 4-5 titik.Kalau pakai lebih sikit akan rasa panas sikit sebab kulit bahagian zakar ada tebal atau nipis. biasanya nipis sebab selalu basuh guna sabun mandi  yang ph nya tinggi. Ia akan hakis lapisan kulit dan menipiskan. sebab itu kena guna pembersih khas alat sulit yang kadar ph nya rendah @ < 5 kebawah. Ada kemungkinan kulit nipis dan perlu kurangkan penggunaan ( Kurang dari 3 titik kalau terasa panas)
  2.  Untuk performance selepas guna performa ni bergantung kepada tahap masalah yang dihadapi. Sebagai contoh
    • masalah ejakulasi pra-matang.
    • masalah lemah tenaga batin    
    • masalah kencing manis. 
  3.  Setiap masalah itu ada peringkat masing-masing yang kita sedar dan tidak sedar. Biasanya bila kita guna performa pada mlm pertama ada kemungkinan kita akan dapat rasa improvement pada setengah orang. Pada yang lain mungkin dlm masa  1 minggu (2-7 hari)  dan mungkin lebih daripada itu bergantung kepada tahap dan masalah yang di hadapi samada sedar atau tidak sedar ( Tidak mengetahui masalah alat kelamin )
  4. Cara guna 2x sehari untuk maintain performance dan meningkatkan performance bagi kes masalah ejakulasi pra-matang.
  5. Bagi masalah lemah tenaga batin dan masalah kencing manis guna 2x sehari juga tetapi kesan perubahan akan mengambil masa mengikut tahap masalah. Mungkin sebulan atau lebih.Yang penting guna berterusan atau rujuk kepada dr sakit tuan untuk mengenali masalah penyakit yang sebenar. 
  6. Bagi kes berat kena merawat secara khusus sebab performa ini untuk masalah yang ringan seperti cepat keluar dan masalah lemah tenaga batin peringkat awal.Bagi yang tahap pertengahan dan berat akan ambil masa yang lebih lama (kena bersabar ) dan merujuk kpd dr sakit tuan untuk rawatan khusus.
  7. Jangan lupa goncang dahulu botol performa sebelum guna untuk pastikan ramuan herba tu bercampur gaul dan sebati sebelum guna.
Itulah sebagian panduan yang penting untuk saudara ketahui. Setiap penyakit di dunia ini ada ubatnya, cuma kita sahaja kena berusaha dan jangan putus asa. Setakat ini maklumbalas yang saya terima dari pelanggan amat menggalakkan bila mereka menggunakannya dengan cara yang betul, berterusan dan bersabar. Malah saya sendiri mengamalkannya dan kesannya alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...