Friday, April 15, 2011

Mandailing Mansion Adalah Istana Billah Di Papan Perak

Saya baru terjumpa bila search di Google petang ni, satu informasi yang boleh dikongsikan di sini. terima kasih kepada jellymerah. Dari sana saya mendapat link informasi di laman ini. Rupa-rupanya istana ini dibina menggunakan konsep binaan Mandailing atau lebih dikenali sebagai Mandailing Mansion. Gambar-gambar di bawah dipetik dari laman ini.







Mandailing merupakan nama keturunan bangsawan yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Istana Billah siap dibina pada tahun 1896 dan merupakan villa 2 tingkat terbesar di Papan, dimana Raja Billah merupakan penghulu pada masa itu. Menurut Abdur-Razzaq Lubis, pakar mengenai sejarah Mandailing, Raja Billah dan pengikutnya telah membuat keputusan untuk menetap di Perak namum pada akhir 1890an ramai dari keturunannya meninggalkan Papan.

Menurutnya juga binaan Istana Billah ini menyerupai rumah bangsawan-bangsawan melayu pada masa itu. Tetapi mempunyai rekaan dalaman yang berbeza.

Di tingkat bawah terdapat sebuah dewan yang mempunyai 8 penjuru besar dan sebuah pangkin. Manakala di tingkah atas merupakan ruang bilik tetamu dan dewan yang agak besar. Menurut sejarah, istana ini digunakan oleh Raja Billah untuk meraikan majlis kahwin, keramaian ataupun apa-apa sambutan penduduk di sekitarnya.

Yang paling utama, istana ini merupakan platform untuk penduduk disekitarnya bertemu dengan Raja Billah bagi membincangkan masalah dan bertukar pendapat. Dan biasanya penduduk akan mengunjunginya selepas sembahyang jumaat di masjid Papan.


Saadiah Kamaruddin, salah seorang dari keturunan Raja Billah ada diceritakan oleh ibunya bahawa dewan besar ditingkat bawah digunakan untuk majlis keramaian ataupun mensyuarat pada masa itu. Dan juga tempat beliau bermain semasa zaman kanak-kanak.

Untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam dan terperinci mengenai sejarah istana ini dan cerita disebaliknya. Anda boleh mengunjungi laman web ini (ditulis di dalam bahasa inggeris)


Mohon maaf sekiranya maklumat yang ditulis agak tidak tepat kerana saya cuba menterjemahkannya dari laman web tersebut.

Kisah seram mengenai istana ini telah difilemkan bertajuk Penunggu Istana. Maklumat sebelum ini sebagai pelangkap cerita dan cerita daripada keturunan Mandailing sendiri. Cerita 1 dan Cerita 2



19 comments:

  1. wowww, ni istna yg dlm filem serm bru tu kan?pe tah tjuk nye,lupa lana,tq for the info. nmpk seram~~~ (T_T)

    ReplyDelete
  2. tajuk cerita tu Penunggu Istana

    ReplyDelete
  3. cerita tengah top sekarang ni...pasni mau masuk net geo

    ReplyDelete
  4. ha, tngri tdi lana ade tgk the making of filem tuh.. cam best,cam xbest, 50-50,heehe

    ReplyDelete
  5. nampak gaya kena tengok baru tahu. kadang-kadang preview je gempak

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita yg kat tv tu >>>>>> penunggu istana<<<<<<<< rakaman tu betul ke tak eh???

      Delete
  6. Mandailing?? Saya pun Mandailing juga.. Marga yang mana satu??

    ReplyDelete
  7. saya pun tak tahu Wahida. Saya cuma dapatkan maklumat je.

    ReplyDelete
  8. rasa cm besh jer...nama + citer sal istana 2....menarik sgt....t'ign nk p sne...huhu..

    ReplyDelete
  9. MUSTAQIM BIN MOHAMED ZAKI
    -------------------------
    http://rumahanakteater.blogspot.com/2010/01/teater-kolaborasi-projek-koken-vol-3.html

    SARA ALI
    --------
    http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Lima_Filem_Harapan_Buat_Sara_Ali.html

    renung2 kan dan selamat beramal.

    ReplyDelete
  10. cantik la istana ni...apasal lepas raja dia pegi dh xde org tnggal kt situ...syg tau biar kosong cam tu...

    ReplyDelete
  11. Celaka betul uncle seekers ni. Istana moyang aku tu oii...Sedap sedap je dia nak buat cerita pasal hantu kat tempat tu. Mana dia keturunan penjaga rumah yang mengaku ada hubungan darah dengan tuan punya rumah tu??? apsal korang tak saman uncle seekers??? Itu la...sibuk sangat nak mengaku ada hubungan darah.Sekarang ni apa cerita?apa pun tarak.Last sekali dapat kat gomen je bangunan tu.

    ReplyDelete
  12. wakaka. makin ramai klaim tu istana bapak korang la atok korang la, wakaka. kesimpulannye, perangai korang mmg sebijik macam indon. kaki klaim. ye la DNA pon sm mcm indon ye tak. Bpk aku Malayu Pattani, mak aku Melayu Siam. aku pon boleh klaim raja siam tu atok aku, istana bangkok tu tempat aku main guli ms kecik2. Bdohnye perangai !

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum ..

      wah baik kau punya ayat..
      kau bangga apa dengan darah ko 2?
      darah yg mengalir dalam badan ko 2 same merah je ngan indon..
      keturunan kau ngan semua kat dunia nie semua dtg daripada benih nabi adam a.s..kau lahir kat dunia nie pun di pinjamkan zat-zat daripada ALLAH S.W.T so x baik la menhina sesama kita even kita berlainan puak !

      kalau ko still bangga sgt lah dgn siam ko 2 pegi lah berjuang dkt sane...jgn duduk je !aku boleh rekemen dkt ko jd askar kat sane :)

      Delete
  13. agak musykil.... mangsa yg kena bunuh x nmpak pun btul2 kena bunuh... just percik darah ja... pastu nape sembunyi dari camera??

    ReplyDelete
  14. mnade sembunyi lah -.- klau dh mmg camera tu fix tmpat dye kne ltak. takkan camera tu tau2x jea nk g fokus time dye bunuh tu -.-

    ReplyDelete
  15. bgus flm nie krn kisa kn crite yg mbuat org tkut dh seram tapi kisa ini leh mnujukn maklut halus itu huju jgn lh sekali mmcuba benda ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...