Saturday, March 5, 2011

Nostalgia KAE 7742


Hehehehe... nak tergelak la pulak bila teringatkan kenangan motorku ini. Ex-ex aweks yang pernah bersama KAE ni kalau terbaca blog ni, sure flash back punya. aiseh.... nak mula cerita tak boleh lagi sebab ada kerja nak buat. Panjang cerita ni, banyak kenangan. Tunggu ye... jeng...jeng...jeng...

Samb: 5 March 2011 @ 4.14pm

Aku mendapat motor kesayanganku dari ayahanda pada tahun 1992 semasa aku mendapat tawaran Asasi Sains di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Masa tu aku ditempatkan di kolej Za'ba. Jauh la jugak kalau jalan kaki, tapi ramai yang jalan kaki pun. Masa tu ayahanda aku nak belikan motor yamaha 80, adus... tak stylish la, nak melaram depan awek UM pun segan dah... aiceh... Tup, tup ayahanda aku belikan EX5, bukan main seronok aku beb.

Mula dari saat itulah aku ke kelas setiap hari bermotosikal EX5, kilat confirm seminggu sekali cuci. Kat UM ada seorang awek yang sama belajar dengan aku di Asasi Sains yang pernah merasa seat belakang EX5 aku, tapi jodoh tak panjang, keceper di tengah jalan. Puncanya dia merajuk. Aku ni jenis yang tak pandai nak pujuk. Dia merajuk aku buat dek je. Cun ke? hehehe...kira sedap mata memandang la. Kalau macam Lisa Surihani la, confirm aku ambil kursus pujuk memujuk. kuang...kuang...kuang... ade ke kursus tu kat Malaysia?

Berbalik kepada motor kesayangan aku ni, kesana-kemari aku heret motor aku ni. Selalu kalau hujung minggu mesti lesap keluar dengan kawan-kawan. Main game la, maklumlah masih belajar masa tu, so ikut kawan-lawan la keluar malam.

Motor aku ni ada special sikit. sticker Puma kat bawah no plate dan Kenwood kat atas lampu belakang. Perasan tak? Sticker tu sampai sekarang ada, bayangkanlah dari 1992 - 2011. Member aku masa kat traffic light kenal aku dengan sticker tu je.

Cerita pasal motor, dah jalan jauh beb, dari KL ke Kedah aku rasa masuk 3 kali kot. Macam citer Gila-Gila Remaja la pulak tapi versi kapcai. Waahh... pedih punggung tak boleh cakap, kematu. hahaha... Kat UM awek yang sempat merasa kemewahan motor aku sorang je. Tak sempat yang kedua aku dah kecebush... kantoi beb. Tu la, enjoy sangat, tak ingat nak belajar. Study last minute macam tu la.

Pendekkan cerita, balik la kampung. Aku cari kerja kat Sg Petani Kedah. Dapat la kat Parkson. Sangkut beb sorang awek dengan motor EX5 aku ni. Yang tak syoknyer, kantoi la pulak dengan ayahanda aku kat pekan. Confirm tak bawa awek lagi lepas tu. Awek tu pun tak lama, dirampas orang lain. No hal, relaks je.

Aku bersyukur sangat kerana sepanjang aku bawa EX5 ni, tak pernah accident yang teruk-teruk. Setakat jatuh sendiri masa nak turun bukit ada la sekali, siap aku lepas motor aku tu masa jatuh. Aku lihatlah dengan tragis sekali motor aku itu terseret sorang-sorang kat atas jalan.
sekadar gambar hiasan

Aku dah langkau episod ni, sepatutnya episod motor jatuh masa turun bukit episod aku dapat sambung belajar kat ITM Shah Alam. Fuyoo... kat sinilah beberapa orang awek telah berjaya ku pikat,vroom... dengan motor kesayanganku ini.

Nantilah sambung, kalau panjang-panjang nanti korang boring pulak nak baca. Pahamkan cerita ni dulu, nanti jumpa di episod 2. Nostalgia KAE7742. Kawabangga...

1 comment:

  1. hmmmm... mmg byk nostalgia motor EX5 ni masa study dulu.. satu roomate katakan.. pinjam-meminjam biasala tu kat Kolej Perindu tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...