Tuesday, February 22, 2011

Facebook - Statistik


Bila kita memperkatakan mengenai facebook, jangan kata orang dewasa sahaja yang tahu, anak-anak kita pun kalau yang sudah pandai main klik-klik di komputer pun kenal apa itu facebook.

Menurut statistic yang saya perolehi di 'facebook press room' jumlah pengguna yang aktif sudah melebihi 500 juta orang dimana 50% daripada sentiasa aktif tidak mengira masa.

Kebanyakan pengguna sekurang-kurangnya mempunyai purata 130 'friends'. Dan fakta yang agak menarik bagi saya, pengguna facebook menghabiskan masa dengan facebook selama 700 billion minit sebulan. Fenomena yang lebih hebat dari Tsunami telah melanda dunia.

Saya letakkan dalam bentuk mudah untuk pembaca memahaminya:

  1. Jumlah Pengguna Aktif Lebih 500 juta
  2. Aktif sepenuh masa, 50%
  3. Purata 'friends' dalam facebook, 130 orang
  4. Masa yang dihabiskan dalam sebulan, 700 billion minit
Pelbagai aktiviti yang dan aplikasi yang menarik di laman facebook yang melibatkan laman web, groups, event dan laman komuniti yang melibatkan 900 juta interaksi.

Aplikasi facebook melalui telefon bimbit pula telah membantu merancakkan lagi penggunaan laman web sosial ini. Lebih 200 juta pengguna yang aktif menggunakan aplikasi facebook di telefon bimbit mereka.
Yang menariknya pengguna facebook melalui telefon bimbit 2 kali lebih aktif dari pengguna yang menggunakan komputer.

Terdapat lebih daripada 200 syarikat telekomunikasi mobile mempromosikan produk mereka bersama dengan aplikasi facebook. Memang hebat pengaruh facebook dalam kehidupan kita seharian.

Sebenarnya banyak lagi statistik yang saya boleh huraikan disini, tetapi anda semua mungkin lebih tahu besarnya pengaruh facebook sekarang sehinggakan pengedar dadah pun menggunakan facebook untuk menjalankan kerja keji mereka di merata dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...