Wednesday, February 16, 2011

Electronic Cigarette Trend Perokok Zaman Sekarang



Waahhh... lebih trendy, lebih ada gaya, mutu dan keunggulan perokok-perokok kita zaman sekarang.

Rasanya rokok ini lebih mesra alam dan bersih dari rokok yang dihisap sekarang dimana tidak ada puntung dan habuk rokok lagi yang akan bersepah di merata-rata kawasan.


Nampak trendy

Lebih bersih

Nampaknya gaya menghisap rokok akan bertukar la ye? Tetapi tetap menghisap asap masuk ke paru-paru juga. Setakat ini saya belum lagi berkesempatan membuat research mengenai kebaikan dan keburukan menghisap rokok elektronik ni. Setakat ini di Malaysia pasarannya agak terhad, masih agak susah untuk melihat di mana-mana store atau kedai menjualnya. Cuma untuk belian online banyak, di laman web lelong.com.my pun sudah ada yang jual di Malaysia.

Tetapi bila kita gunakan rokok elektronik ini, catridge yang kita guna untuk titiskan bahan perasa rokok tadi tidak ada dijual di kedai-kedai biasa lagi, masih kena mendapatkannya melalui online atau pengedar yang tertentu. Jadi susah la juga untuk masa sekarang ni.

Contoh-contoh refill yang dijual di pasaran.





Salah satu contoh catridge

Tapi teknologi ini akan berkembang dengan cepat, tak lama lagi senang la nak memperolehi stok di Malaysia. Konsep rokok elektronik ni simple je. Anda boleh rujuk gambarajah di bawah ini.



Ada pelbagai jenis dan design rokok elektronik ni.



Nampak cantik dan bergaya

 Mmmmm... bagaimana pendapat anda? Tepuk dada tanya selera. Entah teknologi apa pula yang bakal kita temui lagi pada masa akan datang. Harap-harap jangan la ada yang buat refill perasa daun ketum pulak nanti. Maklumlah zaman dah canggih. Hahahaha...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...