Tuesday, April 19, 2011

Lagi Misteri Istana Billah Disingkap Satu Persatu...

Maklumat terkini dari saudara Luckman. Untuk makluman semua, beliau adalah salah seorang dari keturunan Mandailing, cicit kepada Raja Mahmud. Di mana makam Raja Mahmud terdapat di dalam istana tersebut. Beginilah cerita dari beliau yang saya petik dari laman forum.


"Pada pendapat aku la, kalau korang x percaya dengan Uncle Seekers tu ok la..tapi aku cadangkan korang gi tempat tu sendiri. Dari Batu Gajah nak ke Ipoh akan melalui pekan Pusing, lepas pekan Pusing tu, korang akan nampak signboard PAPAN. Masuk jalan tu..korang akan lalui 2 Jirat Cina di sebelah kanan, pastu akan lalui deret kedai-kedai fesyen lama..Istana ni terletak di belakang deretan kedai- kedai cina.  


Tapi kalau nak masuk dalam istana tu, boleh minta kunci kat penjaga dia. Tapi kene ingat sebelum masuk bagi salam. Tapi kalau kene muntah darah ke, meracau ker, cepat2 cari Bomoh Diraja Perak. Dalam tu ada 2 tingkat, kat tingkat bawah ada tempat duduk, dan kat tingkat atas, ada kawasan macam balairong seri. Pastu ada, bilik beradu diraja, bilik simpan pinggan mangkuk dan 1 bilik lagi ada tempat simpan peralatan diraja. Kalau nasib tak baik, pintu bilik simpanan peralatan diraja tu akan terbuka sendiri, macam2 suruh masuk...kalau masuk..he he he..sendiri mau ingat la..

Dalam bilik beradu tu ada katil tempat raja beradu, x ada apa pun. Cuma Tilam dan bantal lama. kat situ ada pintu yang terus ke dapur...Tapi kalau korang nak tengok benda-benda halus, tunggu malam sikit...he he he..macam-macam ada.....Best tau....Owh ya. dalam tu pun ada gambar-gambar lama...


Dalam tu, daulat nya masih kuat lagi....so, banyak amalkan ayat-ayat suci al-quran....Badan tak boleh kotor...ok...itu saja info yang saya boleh bagi.."

Untuk cerita-cerita sebelum ini, sila klik di sini. 

Terima kasih saudara Luckman 

Saudara dan saudari suka membaca segala informasi di blog saya? Sebagai tanda sokongan sudilah kiranya klik gambar di bawah dan 'vote' sebagai tanda sokongan.

1 comment:

  1. istana raja bilah belakang kedai2 cina lame tue,mmg angker pun istana tue...kalau jln terus smpai ke dlm di kaki bukit,ada waterfall papan...tempat tu mmg org tak tau kecuali org tempatan(papan,pusing,batu gajah,seputeh).....try tgk bekas kilang papan kat situ ,mnana tau kot2 ada kisah misteri disebalik tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...