Wednesday, April 6, 2011

Tolong Profesional Jangan Emosional Bila Bekerja

Salam sejahtera semua. Petang ini saya terfikir mengenai sikap sesetengah rakan sekerja kita yang terlalu emosi bila bekerja. Bukan apa, ada sesetengah dari kita bekerja mengikut jadual ataupun 'schedule'. Kita bekerja secara berpasukan, setiap jabatan mempunyai 'rule' dan tanggungjawap yang telah diamanahkan.



Kita bekerja bukan ala 'kongsi gelab', kalau minta hari ini, hendaknya hari ini juga, kalau tak siap, potong tangan. Oooo... tidak begitu ye. Mungkin ada diantara rakan sekerja kita yang menghadapi tekanan kerja. Tekanan ini merangkumi perlbagai aspek. Kekurangan staff, masalah peribadi, masalah rakan sekerja yang tidak memberi kerjasama dan ada diantaranya jenis memang suka 'bebal'. Itu den tak dapat nak tolong. Sendiri mau ingat.

Senang cerita la, sebenarnya ini cerita pengalaman aku kat tempat kerja. Kadang-kadang bila dia tak puas hati pasal kerja, siap hempas-hempas pintu tu bila lalu tepi kita. Podacit... Aku tak heran la. Aku buat kerja aku, bila sampai masa aku akan tetap follow up ye. Kalau tak siap, tugas aku cuma memberikan laporan terkini, dan semua ketua jabatan perlu tahu status setiap projek, terutama melibatkan situasi yang kritikal.

Kalau dah rasa kerja tu terlalu banyak untuk dilaksanakan, tunjuk perasaan bukan cara yang profesional ye. ingat tu.. Sekurang-kurangnyer 'be profesional', berbincang dengan ketua jabatan macam mana nak memperbaiki, bukan tunjuk perasaan macam budak-budak.

Just doing my job, thats all. No personal interest ok. Belajar tinggi-tinggi pun ada yang masih buat perangai macam budak-budak kan. Malu la. Tambah-tambah bila melibatkan urusan kerja.

Sekiranya ada yang terasa, saya minta maaf ye. Ini merupakan pandangan saya secara umum, mungkin perkara yang sama berlaku kepada anda juga.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...