Thursday, April 21, 2011

Bila Waris Keturunan Raja Billah Bersuara Mengenai Filem Penunggu Istana

Terkejut saya malam ini bila saya balik sahaja ke rumah dah buka laman blog saya. Terdapat update dari blog Uncleseekers yang amat mengejutkan. Uncle Seekers menerima email dari saudara Luqman Ahmad Rangkuti, iaitu waris dari keturunan Raja Billah. Iaitu hari yang sama tayangan filem Penunggu Istana mula ditayangkan di pawagam.

Saya petik sebahagian dari email yang Uncleseekers terima.

"Assalammualaikum. Nama saya Luqman Ahmad Rangkuti,saya salah seorang pewaris Istana Raja Bilah.Saya email ni tuk meluahkan rasa tidak puas hati.Saya di fahamkan filem ni pasal jumpa paranormal dekat istana ni?

Mintak maaf la,nak buat cerita macam ni tak fikir ke waris-waris istana ni masih hidup dan bersepah je dalam malaysia ni?Saya marah sebab filem ni tayang benda bodoh dan tak boleh terima.Istana ni sejarah dunia,Sultan Perak pun penah datang melawat istana ni.Jadi jangan suka-suka hati buat jalan cerita filem macam ni.


Kalau ada pihak lain datang rumah uncle dan tak hormat rumah uncle,sure uncle marah.Tu la yang saya rasa.Darah saya darah muda dan darah keturunan Mandailing ni kuat uncle.Saya memang pantang ada manusia yang buta sejarah pasal istana ni,pandai-pandai nak buat andian sendiri.Lain kali selidik dulu istana tu asal dari mana.

Entah-entah keturunan Mandailing pun uncle tak tau.Datang tempat orang,kene hormat.Selidik latar belakang.Buta sejarah,search dekat google atau jumpa waris-waris istana.Saya tak kesah kalau uncle nak guna istana ni sebagai lokasi drama atau filem,tapi jangan burukkan nama istana ni dengan filemkan benda karut macam ni.

Saya selalu datang istana ni dengan ayah dan nenek saya.Sini la bermula nya tok nenek saya mulakan hidup baru selepas berpindah dari tanah Sumatra akibat perang dengan belanda.Mungkin bagi uncle,sejarah kami ni tak penting.Tapi ingat,dah datang tempat orang,kene hormat.Saya nak mintak penyelesaian elok,saya dan waris-waris lain nak berjumpa dengan uncle dah krew-krew yang buat filem ni.

Kami tak makan orang,kami nak talk.Nak tau apa punca dan selesai masalah ni.Sebab bukan keturunan kami yang dekat sini je tau dan marah,tapi keturunan kami dari tanah Sumatra pun tau dah marah.Kami ada connection dengan mereka di sana.Kami ada society kami.Jadi jangan bakar kemarahan kami.

Kalau uncle seorang yang gentle,tolong balas email ni dan datang ke Istana Raja Bilah tu balik tuk berjumpa dengan kami.Bagi penjelasan dekat kami yang masing-masing rasa tak puas hati ni.Ingat la,kami memang tak boleh buat apa sekarang ni tapi tak bermakna kami biarkan benda tu jadi macam tu je.Kami mintak uncle gentle la dengan kami.

Tanggung la risiko.Datang balik berjumpa dengan kami je.Tu je.Mintak maaf terkasar bahasa dalam email ni,hati tengah marah.Mintak maaf sekali lagi.Tapi tolong bekerjasama dengan kami waris-waris Istana Raja Bilah."


Untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan apa yang berlaku seterusnya diantara saudara Luqman dengan Uncle Seekers, boleh klik di sini.

10 comments:

  1. dah makin serius hal ni.. kalau istana tu betul2 bermakna pada waris2 keturunan berkenaan, kenapa tak dijaga dengan baik istana tu?? pastikan ianya berjaga dan dikawal agar tidak ada yang menceroboh masuk dan berbuat perkara yang tak sepatutnya..

    ReplyDelete
  2. saya pun setuju dengan pendapat Wahida. Tak sangka pula sampai jadi macam ini pula. Harap dapat selesai dengan baik.

    ReplyDelete
  3. saya dah tengok cerita nie semalam ... komen saya n kawan2 yg tengok sarah 2 chomel n kitaorang suka dia... after habis saya n kawan saya say sorry kat sorang lagi kawan kitaorang pasal malam semalam 2 la first tym dia gi tengok movie tapi last2 cerita yg diharapkan menarik cuma ala2 jer.... aper pon ini cuma pendapat kami ber 3 sahaja

    ReplyDelete
  4. saya masih belum berkesempatan menonton cerita ini lagi. setiap dari kita ada pandangan masing-masing. Lepas saya sendiri menonton, insyaallah saya akan share dengan anda semua.

    ReplyDelete
  5. saya akan bangunkan istana billah.jika sampai masa nanti....saya maafkan pd yang telah buat filem....tapi marilah duduk semeja...saya antara waris yg akan bangunkan sejarah keturunan saya..mungkin tahun depan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya juga cucu cicit keturunan bilah. sy bru tahu.hrp dpt kenal.

      Delete
  6. sekarang pun boleh kite bangunkn...jom kete cari balik keluarga kita [ALIFF RAJA BILLAH IPOH TAMBUN,CHEMOR PERAK.....

    ReplyDelete
  7. jom kite bangunkan sekarang jugak... tapi ade masalah sikit je.... sultan azlan shah ke36 sultan perak yg sekarang ade lah keluarga raja billah jugak kalau semua nk tahu lah... [aliff raja billah ipoh tambun,chemor perak...]

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...