Sunday, April 24, 2011

"Penunggu Istana" Bakal Di Haramkan Tayangan?

Petang-petang ini teringat pula pasal cerita Penunggu Istana yang telah mendapat maklumbalas dari keturunan Raja Billah sendiri. Pihak penerbit Penunggu Istana telah mendapat kenyataan rasmi dari pewaris Raja Billah sendiri. Saya petik petikan surat tersebut dari laman blog UncleSeekers.



___________________________________________________________________________

KEPADA: PRIMEWORKS STUDIO SDN BHD
(FORMERLY KNOWN AS GRAND BRILLIANCE SDN BHD)
3RD FLOOR NORTH WING, SRI PENTAS
NO 3 PERSIARAN BANDAR UTAMA, BANDAR UTAMA
Tel: 03 7726 6333
Fax: 03 7726 7324

Dan ALTERNATE STUDIOS

Buat perhatian:

1. Teuku Iskandar Teuku Alaudin – Penerbit Eksekutif

2. Ahmad Puad Onah – Penerbit Eksekutif

3. Rosihan Zain – Penerbit Eksekutif

4. Wan Hasliza – Pengarah & Lakon Layar

5. Intan Syafina Hassan – Film Support Executive intan.syafina@primeworks.com.my


FILEM “PENUNGGU ISTANA” TERBITAN PRIMEWORKS STUDIOS, GB & ALTERNATE STUDIOS

BismillahirRahmanirRahim.

Saya yang bernama diatas mewakili generasi ke-3 dan ke-4 keturunan Raja Bilah bin Raja Asal, ingin menyatakan hasrat dukacita atas penerbitan filem terbaru “PENUNGGU ISTANA” yang sedang hangat dipromosikan di media tempatan. Perkara ini hanya kami sedari baru baru ini apabila kami melihat trailer dan juga keratan akhbar yang merujuk kepada filem anda.

Dari pemerhatian kami, kami mendapati ada beberapa kemusykilan dan juga perkara yang pastinya akan disalah tafsirkan oleh masyarakat apabila mereka menonton filem ini. Antaranya:-

1. Tema filem yang mengenengahkan unsur khurafat, puaka dan pemujaan yang bertentangan dengan kesucian Islam dan iktikad ahli Sunnah wal-Jamaah.

2. Nilai estetik sejarahnya dan kepentingan Istana Papan itu sendiri tenggelam dalam jalan cerita filem itu, dan ia bercanggah langsung dengan sejarah perjuangan Raja Bilah di waktu pemerintahannya di situ.

3. Kebenaran untuk menjalankan penggambaran di situ tidak mendapat restu dari waris Raja Bilah lain yang masih hidup. Kebenaran juga pasti tidak akan diberikan jika kami mengatahui yang filem itu lebih menjurus kepada mempromosikan syirik dan khurafat. Ini jelas tidak menjaga sensitiviti pewaris Raja Bilah bin Raja Asal.

Oleh itu, kami dengan kerasnya menolak usaha anda ini dan jika ada kekhilafan dari pihak anda, kami mungkin akan merujuk perkara ini ke badan yang berkaitan untuk mengambil tindakan.

Semoga usaha anda yang taksub mempromosikan khurafat melalui filem ini, walhal anda sepatutnya meng'akbar'kan Allah, akan dilaknat olehNya dan dijauhi dari keberkatanNya.

Saya lampirkan juga carta salasilah pewaris Raja Bilah bin Raja Asal yang masih hidup.

Dengan izin Allah,
Mazlan bin Haji Mahdi
___________________________________________________________________________

Begitulah bunyinyer surat dari mereka. Dan salasilah keturunan mereka dilampirkan bersama.
petikan dari laman  blog Uncle Seekers

Untuk membaca kisah dengan lebih mendalam, sila ke laman blog Uncle Seekers. Dan anda boleh ikuti hasil dari minat saya dengan cerita mengenai Istana Billah dengan klik di sini.



2 comments:

  1. kalau shooting filem ni tak dapat kebenaran, shooting drama atau filem (tak pasti yang mana satu) yang sebelum ni ada minta kebenaran ke??

    ReplyDelete
  2. mungkin lepas ini keturunan Raja Billah akan terkenal kot. Kontroversi... Jangan minggu depan masuk Melodi sudah le.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...