Monday, August 27, 2012

SchoolTrac Dan M-Attendance Satu Aplikasi Yang Sangat Membantu

Tahniah kepada syarikat ABRA Corp Sdn. Bhd. Jika dibandingkan dengan cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, saya rasa teknologi ini lebih praktikal. Sistem ini akan lebih efektif jika boleh dipertingkatkan dengan sistem GPS.

Tetapi bagi budak-budak sekolah terutamanya sekolah rendah mungkin kad tersebut perlu diubahsuai supaya lebih sesuai bagi saiz kanak-kanak yang lebih kecil. Bagi kita orang dewasa memanglah sesuai. Kalau budak darjah satu yang memakainya, disangkut pulak di leher, kesian tengok nanti. Dah la beg sekolah berat diheret, ditambah pula yang bergantung kat leher, buatnyer tersangkut. hehehehe... satu hal pulak.

Mungkin kad tersebut boleh dikecilkan saiznya atau cara gantung ditukar kepada jenis klip. Rasanya klip di tali pinggang lebih sesuai, kalau klip di baju takut tertanggal pulak.

Adakah kad ini boleh disalahguna? Bila difikirkan boleh juga. Budak-budak zaman sekarang cerdik belaka. Dia bagi kad tu kat kawan-kawan dia tolong bawakan boleh jadi juga. Yang dia pergi cyber cafe. Bila mak ayah dapat sms, anak dia dah masuk sekolah.

Ruang untuk penambahbaikan tetap ada. sekurang-kurangnyer ada usaha dari pihak tertentu yang mahir. Teruskan usaha.

Sumber




Update 28 Aug 2012

Terima kasih saudara/saudari "orac-arec" dengan perkongsian terbaru. Kita boleh perbagaikan aplikasi yang sesuai dengan keperluan. Mungkin penggunaan Ipad lebih efektif dan agak 'user friendly'. Banyak cara mungkin kita boleh perkembangkan. Semua ini perlukan permulaan dan kemudian ada penambahbaikan.

Aplikasi ini dinamakan M-Attendance, dan telah digunapakai oleh SMK Kijal. Harap ianya masih diperaktikkan sehingga kini. Mula-mula mungkin agak susah ataupun remeh. Practice will make perfect.

   

End

2 comments:

  1. Bagaimana pula jika di bawah ini dijadikan sebagai alternatif yang lain?

    http://m.youtube.com/watch?v=DJKjv8f1xjM

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudara. satu alternatif yang amat baik untuk dikongsikan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...