Friday, November 11, 2011

Tergamak Insan Secomel Ini Ditinggalkan Sendirian

Pertama kali aku baca artikel ini di Metro sebak dada aku. Cuba korang semua bayangkan rupa budak yang comel berumur 1 setengah tahun, sebaya anak perempuan aku, yang ditinggalkan sorang-sorang di tepi tandas. Aku bayangkan rupa dia dalam ketakutan, menangis pandang sana-sini mencari orang yang tinggalkan dia di situ. Budak umur begitu apa yang dia boleh fikirkan. Dalam hatinya cuma perlukan seseorang yang dikenali untuk berpaut, didukung dan dibelai sahaja. Dengan mata yang sayu, air mata meleleh pandang sana-sini, meraung dengan bahasa budak-budak 1 setengah tahun, apa yang dia boleh raungkan. Fikirlah kawan!!! Mungkin ini bukan anak kau, kalau betul budak ini anak kau. memang nilai kau lebih rendah dari anjing dan babi (marah sangat ni!!!). Anjing dan babi (ish... tertulis lagi) pun kalau ada orang usik anak dia, jenuh dia pertahankan. Inikan kita manusia yang ada akal. Akal letak kat kepala lutut ka!!!



MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.



Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.
Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.

“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.

“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.

Sumber : myMetro

3 comments:

  1. mmg tak patut. kanak2 patut dijaga oleh ibu bapa/waris, bukannya dibuang...

    ReplyDelete
  2. saya geram betoi... kalau tertinggal tu boleh dimaafkan lagi. Ni tinggal terus. Bila ada kes-kes macam ni, saya terus terbayang wajah anak-anak saya.

    ReplyDelete
  3. salam..

    org yg tak waras saja yg buat mcm ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...