Wednesday, November 2, 2011

Rupa-Rupanya Kita Sedang Dijajah Dalam Separa Sedar

Hari-hari aku dok pikir pasal penjajahan ni. Sebenarnya ada diantara kita sendiri yang mengundang atau membawa masuk penjajah-penjajah ni semua. Ada diantara kita yang menyanjung penjajah-penjajah ini bila berada di Malaysia sedangkan di negara mereka sendiri, entah-entah level bawahan je. Mereka dilayan bak raja bila di sini. Bangsat sangat ke rakyat kita, atau lebih khusus lagi orang Melayu. Ramai anak-anak bangsa kita yang jauh lebih pakar dari mereka semua kenapa negara itu yang dipilih. Ish...ish...ish...

Kita tahu, Germany, Jepun dan Korea adalah diantara negara yang amat maju dalam industri berat terutama automotif, kenapa dari negara itu yang kita sanjung-sanjung sangat. Kalau bab-bab filem memang tak dapat nak disangkal lagi, memang top. Tapi bab industri ni, aku tak nampak pun apa yang menyerlah. Kalau menyerlah pun takder la sampai kita nak mula buat kampen "pandang ke 'sana'". Dah le kat Malaysia ni ramai pekerja asing yang bekerja di restoren, stesen minyak, kontrak binaan dan pembantu rumah.



Yang tu semua bila kita berfikiran sedikit negatif, tetapi bila kita cuba berfikiran positif mungkin perlu juga rang dari luar ini untuk menjadi 'penasihat' sahaja, yang jadi masalah sekarang bukan penasihat tapi dah masuk campur urusan rumah tangga orang!!! Alamak terlajak la pulak... emosi tengah terganggu sekarang... hehehe... apa pun yang penting kita buat kerja kita.

Tapi bila difikirkan untuk merubah sesuatu amalan ataupun tabiat yang telah kita amalkan bertahun-tahun memang teramatlah susah. Perlu juga orang asing yang tiada apa-apa kepentingan untuk masuk campur dan buat perubahan yang agak drastik tetapi secara berhemah la, jangan ada 'udang di sebalik batu' sudah la....

Perubahan itu perlu, berhijrah dari baik kepada yang lebih baik, cuma atas diri masing-masing samada bersedia untuk menerima perubahan atau tidak.

Pendapat yang ikhlas. Cuma yang merasainya dan perihatin sahaja yang memahami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...