Minyak Argan

Minyak Argan dan Pokok Argan - Liquid Gold Of Morocco

Pokok Argan

Pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa ialah sejenis pokok yang tergolong di dalam keluarga Sapotaceae. Ia berasal dari era Tertiary dan merangkumi sebahagian besar kawasan Morocco dan kemudian telah kembali ke barat daya pada zaman ais. Dari sinilah bermulanya penempatan manusia di seluruh Maghribi. Pokok-pokok Argan hidup di kawasan yang agak kering di kawasan barat daya Maghribi.

Kawasan yang agak kering
Pohon Argan adalah pohon hutan khusus dan mempunyai buah yang luar biasa. Ia mewakili 65% (700,000 ha) kawasan hutan di barat daya Maghribi.

Kawasan ini telah diwartakan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, dan Argan dengan sendirinya mewakili ekologi dan sosio-ekonomi bagi kawasan tersebut.

Kawasan yang tandus kering telah menjadi sumber pendapatan utama bagi hampir 3 juta penduduk di kawasan ini.

Pohon Argan mempunyai manafaat yang banyak, kayunya dijadikan kayu api ataupun arang, daun, sisa kulit dan buah Amandons menjadi sumber kepada haiwan terutama kambing.


Kambing di atas pohon Argan


 Proses Mengekstrak Minyak Argan



Buah Argan muda

Buah-buah yang telah dikumpulkan
untuk proses seterusnya. Buah-buah ini
dituai dari bulan July-August. Proses pengeringan
akan memudahkan proses membuang kulit. Tetapi
sekarang proses ini dilakukan oleh mesin.

Lesung tradisional untuk memecahkan buah Argan
Wanita bersama buah-buah argan
yang sedia untuk di proses
Argan yang kering akan dibuang
kulitnya dan hasilnya



Proses menghancurkan buah-buah argan

Proses dibawah ini adalah proses untuk mengekstrak minyak dari buah Argan yang telah siap. Biji almond Argan akan dipanggang untuk memudahkan proses mengekstrak minyak yang seterusnya.

Pekerja-pekerja wanitanya menggunkan mesin pengisar tradisional. Buah Argan yang telah dikisar sehingga halus (berbentuk krim), kemudian akan dicampur dengan air suam dan diramas menggunakan tangan.



Selepas dikisar halus


Proses menggaul dan meramas

Minyak terbentuk

Mengumpul minyak
Proses untuk mengekstrak 1 liter minyak Argan memerlukan masa sehingga 10 jam. Jadi tidak hairanlah kenapa minyak ini begitu berharga dan agak mahal dipasaran.

Keistimewaan Minyak Argan

Minyak Argan kaya dengan nutrisi semulajadi yang boleh membantu dalam pembaharuan sel-sel yang rosak. Kebanyakan wanita-wanita Morocco mengamalkan minyak Argan untuk kulit badan mereka kerana faktor geografi yang agak panas di Morocco.


Minyak Argan memainkan peranan dalam melindungi kulit dari panas cahaya matahari. Dan ia amat sesuai untuk menghilangkan ketegangan kulit (stretch mark), terutama bagi wanita yang sedang mengandung atau selepas melahirkan anak.

Minyak ini juga amat berkesan untuk merawat kuku yang bermasalah dan sesuai untuk rawatan rambut.

Dari segi penjagaan kesihatan, minyak ini dapat menstabilkan kandungan kolesterol dalam darah dimana ia dapat mengurangkan kolesterol 'jahat' dan meningkatkan kolesterol 'baik' di dalam darah.


Argan juga dapat mengurangkan tekanan, menpunyai unsur 'anti-obesity' dimana ia bertindak sebagai pengganti makanan (perlukan maklumat lanjut). Minyak ini juga amat baik untuk fungsi buah hati kita. Ia meneutralkan radikal bebas dan melindungi tisu-tisu.

Dengan komponen esensialnya, minyak argan memiliki manfaat memulihkan struktur kulit yang mengalami proses penuaan dan juga dapat memulihkan keanjalan dan kelembapan kulit.

Minyak ini berfungsi sebagai rawatan semulajadi dan organik untuk masalah dermatologis seperti jerawat pada usia remaja dan eczema. Wanita yang memiliki stretch mark semasa kehamilan juga menggunakan minyak ini untuk menghilangkan tanda.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa minyak argan adalah penyelesaian semulajadi yang boleh digunakan untuk melindungi kulit yang terdedah dengan pancaran UV yang berbahaya yang diketahui penyebab kepada kanser kulit.

Minyak ini juga kaya vitamin E. Vitamin ini memberikan minyak kekuatan untuk menjadi anti-oksidan. Jumlah quality tokoferol yang hadir dalam minyak argan membantu melindungi kulit terhadap pengoksidaan dan aktiviti radikal bebas yang dikaitkan dengan penuaan kulit dan kanser.

Sebahagian panduan penggunaan minyak Argan

Rawatan kuku:
Penggunaan lemon untuk rawatan kuku

Campurkan perahan lemon dengan beberapa titis minyak argan. Rendamkan jari kuku ke dalamnya lebih kurang 15 minit. Urut kuku anda dalam posisi bulatan. Amalkan 2 kali seminggu.

Urutan badan:



Rawatan rambut:

Minyak argan boleh mengembalikan sinar rambut yang kusam dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga membantu menghilangkan kelemumur dan mengurangkan keguguran rambut.

Asid lemak juga mengandungi omage-6, amat berkesan dalam meningkatkan kesihatan rambut. Antioksidan yang terkandung dalam minyak ini membantu memelihara sel membran kulit kepala. Secara keseluruhannya, kulit kepala akan dilindungi dan akan dipelihara.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk Minyak Argan di Malaysia. Anda boleh klik ke laman web ini http://www.rahsiaterapi.com/



sumber rujukan :
http://morocco-argan.blogspot.com/
http://www.arganoilmalaysia.com/


4 comments:

  1. Hi Jurutera,
    I interested sangat in the minyak argan..cewah..campur aduk nyer bahasa i macam rojak..btw link utk mengetahui mana boleh dapat minyak argan tak leh continue..so bole tak bagitau mane i boleh purchase minyak argan nie..thks..


    val

    ReplyDelete
  2. u boleh order melalui facebook/secretleaf atau melalui laman web www.secretleaf.com.my

    ReplyDelete
  3. Just Info!
    Untuk para pembaca yang budiman
    bila anda mencari minyak argan asli marocco kami sedia
    di www.agengrosir. com
    Trimakasih

    ReplyDelete
  4. senang je pg kat kedai2 yg jual jamu ke..tanya ada jual ke tak...
    sy dah dpt satu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...