Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya Tewas Juga Di Tangan Singa Selatan.


Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan kita. Kesungguhan yang boleh dipuji. Gol keeper malam ini memang cemerlang. Tahniah Khairul Fahmi kerana banyak kali menjadi penyelamat pintu gol negara. Tetapi aku rasa meluat la dengan aksi pasukan lawan yang nampak sangat pura-pura cedera. Nasib baik aku ni bukan peminat fanatik bolasepak. Sekali-sekala bila pasukan kita dah sampai tahap ini, memang seronok dan semangat lain macam je.

Tapi itulah bolasepak, 22 orang di atas padang merebut sebiji bola untuk disumbatkan ke dalam gawang lawan masing-masing. Apa pun tahniah kepada Singapura, lakonan mantop...


Kalau ada sesiapa yang mengira jumlah lakonan kecederaan malam ni memang menarik. Jumlah kecederaan tertinggi. Takkan pemain lawan kita tak fit kot...ishhh... tidak mungkin. Pasukan kita relaks je. Sepak tanah sendiri pun sakit ya ampun....

Tengok ulang tayang pun menyakitkan hati je. Harimau kita ada yang tak sentuh pun, dia punya berlakon, boleh dapat oscar.... berbulu ketiak aku tengok game diaorang. Apa-apa pun pendapat peribadi aku ye.

Gol yang dijaringkan oleh ............. (ish... tak ingat nama la, maklumlah bukan kaki bola), memang cantik. Semangat gila aku mengadap TV tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...