Wednesday, June 15, 2011

Pendapat Peribadi Mengenai Misteri Yang Di Paparkan Mengenai Istana Billah

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca blog saya yang berminat dengan cerita Penunggu Istana. Hari ini saya ada bertemu dengan rakan-rakan yang sama-sama meminati kisah misteri yang dipaparkan di dalam filem Penunggu Istana. Kebanyakan di kalangan mereka bertanya kepada saya adakah footage yang dipaparkan di dalam filem ini adalah yang sebenarnya berlaku.

Bagi saya, apa yang telah diwar-warkan di dalam media dan banyak laman blog lain yang mengatakan footage yang dipaparkan adalah yang asal dari pelajar-pelajar berkenaan, hanya penerbit filem ini dapat menjawapnya. Mungkin itu adalah salah satu strategi marketing untuk melariskan filem ataupun cerita itu benar, dan banyak persoalan yang memerlukan penjelasan.



Berkemungkinan kes ini masih di dalam siasatan kerana melibatkan aktiviti ghaib, dan amat susah untuk mendapatkan bukti fizikal.

Pada pendapat saya, watak pelakon di dalam filem tersebut adalah lakonan semula berdasarkan kisah sebenar yang berlaku ke atas pelajar-pelajar tersebut. Cuma footage yang ditayangkan di dalam filem tersebut adalah yang original diperolehi selepas kes ini dilaporkan. Tetapi yang menjadi tanda tanya, bagaimana filem yang digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut boleh diperolehi oleh penerbit filem tersebut sekiranya ia masih dalam siasatan polis. Mmmmmm.... logik juga ye kalau kita katakan ia adalah rekaan semata-mata. Filem tersebut telah dijadikan barang kes untuk membantu siasatan. Bagaimana penerbit boleh memperolehinya wallahualam.

Sekiranya benar pelajar-pelajar tersebut telah 'tiada' maka sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Kemana Sarah??? Ada yang mengatakan dia telah mengalami gangguan mental dan masih dirawat. Yang itu saya pun tidak boleh mengesahkannya. Mungkin anda tahu...

Dari sumber yang saya baca, Istana Billah ada daulatnya dan ada penjaganya. Seperti yang ditayang pada awal cerita, Sarah ada menyatakan surau di sebelah istana ada kalanya azan berkumandang pada waktu subuh tetapi tiada jemaah. Itu menandakan ada makhluk yang beragama islam tinggal di kawasan itu. Dan ada yang mengatakan pernah ternampak kelibat misteri di kawasan istana tersebut.

Saya telah menonton filem ini sebanyak 3 kali. Kali yang ketiga baru saya boleh amati segala footage yang dipaparkan. Yang jelas sekali terdapat 3 penampakan yang jelas ditayangkan di dalam footage berkenaan yang betul-betul buat meremang bulu roma saya.

Scene 1
Semasa Mustaqim berada berseorangan di tingkat bawah, tiba-tiba beliau terdengar seperti ada benda jatuh atau ketukan yang berulang-ulang kalau tak silap saya. Beliau menjadi kelam kabut memanggil jika ada sesiapa yang berada di situ. Dan bergegas lari naik ke atas bertemu Sarah yang dalam keadaan ketakutan. Dalam pergelutan lari ke sana ke sini, Mustakim mengheret Sarah bersama sambil menyuluh ke ruang bilik sebelah dimana tiba-tiba ada wajah seperti wajah Amar muncul. Dan Sarah menjerit ketakutan kerana dia dan Mustaqim nampak kelibat tersebut, tetapi bila disuluh kali kedua, kelibat wajah hilang. Klik sini

Scene 2
Scene di mana Amar telah hilang, dalam keadaan kelam kabut Firah dan Sarah di tingkat bawah, topeng yang sebelum ini ada di bawah meja tiba-tiba berdiri tegak di atas meja di hadapan mereka.
Topeng ada di atas meja
Tiba-tiba tegak di atas almari sebelah kamera diletakkan
Topeng telah tiada di tempat asal
Scene 3
Scene dia mana Sarah cuba lari keluar di halaman istana. Sebelum Sarah menjerit dan jatuh, satu kelibat tubuh lelaki muncul di hadapanya. Klik sini.

    Yang bahagian tingkap terbuka dengan sendiri memang biasa kita tonton.

    Tetapi apa yang saya kesalkan, sekiranya cerita ini benar-benar berlaku, penggunaan darah haid sebagai medium untuk menyeru makhluk halus untuk keluar adalah salah. Cuba kita tengok, pad tersebut telah terbakar sengan sendirinya. Maksudnya makhluk tersebut sudah marah. Pengajarannya, sekiranya kita masuk ke kawasan orang atau kawasan yang telah lama tidak berpenghuni, hormatilah tempat tinggal 'mereka'. Kalau rumah kita sendiri pun, sekiranya ada orang lain yang buat tidak tentu hala mesti kita marah juga kan? Begitulah makhluk Allah yang lain.

    11 comments:

    1. saya ada cadangan,,nape tak pg tanyer dgn uncle seekers tu sendiri...

      ReplyDelete
    2. saya setuju,,,
      penyelidik2 tersebut tidak mempunyai adab ketika memasuki tempat2 yang bukan milik mereka...mereka juga tidak tahu menghormati tuan punya tempat...mungkin jika cara dan tertib yang betul,perkara buruk x kan berlaku..

      ReplyDelete
    3. cite tu rekaan je.. tapi tetap best!! mcm tol2... sarah ali seorang pelakon.. mustaqim plakon gak... amar pelakon de aq nmpak die blakon kat tv 9 arituh....

      ReplyDelete
    4. saya setuju. rasanya komersial strategi je nak lariskan filem.

      ReplyDelete
    5. korg suma...mmg tu semua strategi nk melariskan filem tu je...sbb yg blakon semuanye tlbih over... dan yg pling jelas sekali bnda tu palsu adalah bila amar bunuh kedua-dua kwan dia..nmpak sgt pukul tipu2 je...sbb slow je tindakan dia...so, jgn la pcaya suma ni..semua nye nk tiru cerita paranormal activity...tp ceritu paranormal activity tu mmg best...siap ada 3 jenis ending lg..time dalam wayang, mati-mati percaya citer tu citer betul...rupenyer lakonan je...sma la dengan kes ni...mungkin diadaptasi sahaja drpd kisah benar...sekian....

      ReplyDelete
    6. kita smua xth per yg t'jd hnya owng mengalami n owng yg p'tma smpai kt sn jer...kowng msti th kn spe owng petama yg smpai klu bkn uncle...dh tnt2 dia ade rakaman asal pas 2 copy bg kt polis..kan sara kol uncle minta tlg...cb dgr btl2...ms kt halaman kn srh ade kol uncle...polis xth diowng de kt si2...so polis bkn owng petama smpai,video ni mmg asal tpi diowng edit skit yela kn nk msuk panggung xkn nk bg owng tgk htam ptih n glap gulita ya...klu bab pelakon lak aye xth la yg asal ke x,bab pkul 2 bkn slow sbnrnyer,kt yg nmpk cm slow coz camera 2 kn x m'hala ke arah mangsa...aye rskn video asal ade pe gmbr mangsa kn bnuh cm scene 2 fmly n plis x bg kbnrn,mukin de sbbnyer...yang bab OVER plak sbnrnyer bkn diowng over cb kowng kt tmpt diaowng?pe kowng buat?xkn ko nyanyi lgu isabela @ wat modeling kt si2 kot?klu kowng kn kjar dgn anjing pn pgr yg tggl 2 tingkat pn kowng leh lompat...klu tkt muka cam taik pn xksh n prasan...tgk srah nangis smpai kuar hingus...g la pjuk uncle bg th hal sbnr...AKU NK BUAT PENUNGGU ISTANA 2 PELAKON DIA KOWNG YG KT XTKT NIH...5 OWNG D PILIH...SIAPA CPT DIA DPT IKOT...NK?TKT LA 2...

      ReplyDelete
    7. ni aku nk habaq kt korng klu bnda xbetui depa mana boleh libat nama waris dan polis...nk mampuih bnyk la pulak nak bayaq saman?ada akai ka xdak hampa ni

      ReplyDelete
    8. Bagi Nia, Nia pilih untuk percaya ni cerita sebenar. Dorang lakonkan semula kisah benar. Xmungkin la ni betul2 mangsa-mangsanya kan sbb ade yang mati kot. n Nia ade korek kat intenet pas balik dr tgk wayang ni aritu cari pasal Istana Billah dan nama-nama mereka yang terlibat cm amar sarah mus firah sume. dan apa yang Nia dpt ialah mereka ni pelakon. so kemungkinan dorang lakonkan semula berdasarkan footage yang ditemui dalam istana tu lepas kematian dan kehilangan pelajar2 terbabit. Wallahualam

      ReplyDelete
    9. To : Smaller Smiley1989

      LU poyo lah bader..lu jgn igt lu bgus sgt nak kondem2 org lain..lu tu sapa?? lu xtaw papep psl seni lu diam jelah

      ReplyDelete
    10. perkara ini mungking benar.tapi mereka hanya melakonkan ape yang telah terjadi di masa lalu.tempat itu memang sangat berhantu .boleh dikatakan semasa pengambaran kru mereka telah dirasuk.kepada mereka ,janganlah terlalu percaya sangat,mungking mereka hanya nak lariskan filem ni je,ko.

      ReplyDelete
    11. pn1puuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.hahahahahahahahaha....cuba buka l1njk n1.....https://www.facebook.com/photo.php?fbid=477499385595427&set=a.164599713552064.42451.100000061103157&type=1&theater

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...