Wednesday, May 11, 2011

Jenis-Jenis Pelaris Dan Cara Mengetahuinya

Baru-baru ini ada seorang rakan saya bertanya mengenai salah sebuah restoran yang boleh dikatakan sentiasa ramai pengunjungnya dan terkenal dengan Char Kue Teow. Orang kata memang sedap. Tapi saya tak pernah terasa nak cuba pun sebab setakat Char Kue Teow tu saya dah biasa makan. Tak kisah la sedap ke tak sedap ke. Kalau nak makan saya beli kat pasar malam Sabtu je. Ada pakcik yang letak gerai dia betul-betul kat simpang 4 pasar malam.

Bukan apa, dia tanya pasal pelaris. Sebelum ini ada rakan saya memberitahu yang dia ada mendengar dari mulut salah seorang ustaz di sini, dia ada nampak 'sesuatu' di restoran tersebut. Ntah la, dalam dunia perniagaan makanan ini boleh dikatakan kebanyakan menggunakan pelaris. Cuma bezanya, samada diaorang menggunakan pelaris yang elok ataupun tak elok.



Saya ingin menceritakan mengenai salah satu pelaris yang agak tidak menyedapkan tekak. Pelaris menggunakan air "kencing monyet". Bukan monyet yang kita tengok hari-hari kat tepi jalan tu, ini monyet yang kita tak nampak.

Menurut dari sumber, monyet-monyet ini akan kencing ke atas makanan yang telah siap sebelum ianya dihantar. Betul atau tidak wallahuallam. Mungkin ada dikalangan pembaca yang mempunyai pengalaman yang tersendiri, boleh la berkongsi di sini.

Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua cara untuk kita mengenali samada kedai atau restoran tersebuat menggunakan pelaris ataupun monyet ini.

"Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he
Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut."

Read more: http://syayassir.com/?p=5049#ixzz1M0QOufHM
Under Creative Commons License: Attribution

Satu lagi cara ialah:

"Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada….
Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit."

Read more: http://syayassir.com/?p=5049#ixzz1M0QhRIyq
Under Creative Commons License: Attribution

Jadi sama-samalah kita mengambil ikhtibar.

1 comment:

  1. Sy x pernah nampak tapi seringkali kalau kat kedai makan atau gerai yg guna pelaris..dia mcm monyet kecik2 ada ramai2. Mcm toyol kecik2 tapi seakan2 monyet2 dia bukan se ekor tapi byk ekor menjilat makanan2 pada tetamu dan makanan yg blm dihidangkan. Ada setengah org cakap ia kencing2 di tray2 makanan2 yg terdedah tu tapi isteri sy cakap selalu ia menjilat2..walau anda tgh makan pn arau sblm anda makan. Byk kedai melayu atau mamak gunakan tapi bukan semua. Ada juga yg tak guna apa2 sekadar fitnah aje.. Biasa sy nk malan tnya isteri ada apa2 tak.hahaha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...