Pelbagai ikhtiar telah keluarga kami buat, namum belum menampakkan hasil yang positif. Saya amat bersimpati dengan nasibnya dan ingin memohon sekiranya ada diantara pembaca-pembaca di sini yang boleh membantu atau memberi cadangan.
Saya ada menghantar email kepada seorang Ustaz yang biasa keluar di kaca tv, iaitu Ustaz Shahran Shafie. Dan masih menunggu maklumbalas. Namum mungkin ada diantara rakan-rakan di sini yang boleh membantu, Alhamdulillah.
Email di bawah serba sedikit saya ceritakan pengalaman untuk dikongsi bersama:
Salam Ustaz
Saya ingin sangat memohon pendapat dan bantuan dari ustaz mengenai masalah kakak ipar saya. Kakak ipar saya telah mengalami gangguan ganjil ini sejak dia mendapat anak yang pertama 5 tahun lepas. Pada permulaan gangguan tidak sangat melibatkan dirinya, cuma masa anak beliau yang pertama dalam lingkungan 4 tahun, dia selalu boleh melihat makhluk-makhluk halus yang merupa dalam pelbagai bentuk terutama harimau.
Keluarga kami telah berikhtiar dengan pelbagai cara, bertemu pengamal purubatan islam di kawasan negeri Kedah, tetapi makhluk tersebut ataupun jin tidak dapat keluar dengan mudah dari tubuhnya. Ada diantara pengamal perubatan yang mengatakan ianya buatan sihir dari seseorang yang mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya sehinggakan hendak bersama dengan suami pun makhluk tersebut mengganggu dengan darah haid yang berpanjangan.
Kakak ipar saya cuma melawan dengan sembahyang sunat dan mengamal membaca al-quran setiap hari namum tetap diganggu dengan pelbagai cara. Ada diantaranya semasa sembahyang, kakak saya melihat rupa yang hodoh di atas kain sejadah sehinggakan bapa mertua saya terpaksa membakar sejadah tersebut. Ada kalanya jin tersebut merasuk anak perempuan beliau dengan mengugut untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba mengganggu dia.
Baru-baru ini kakak ipar saya melawat biras saya yang baru bersalin di hospital, semasa di sana tidak ada apa-apa reaksi dari jin tersebut, tetapi bila sampai sahaja di rumah jin tersebut telah mengawal tubuh kakak ipar saya dan memberitahu dia sangat dahaga dengan darah yang dia nampak di hospital, bila ibu mertua saya menyuruh kakak saya mengucap, dia menjawap yang dia tak boleh mengucap sebab dia kafir.
Keluarga saya menelefon seorang ustaz yang pernah mengubatinya dan terus datang ke rumah. Jin tersebut mengajak untuk pergi semual ke hospital untuk minum darah katanya. BIla ditanya kenapa tak minum air masak sahaja untuk hilangkan dahaga, dia kata dia perlukan darah juga. Ibu mertua saya yang tinggal bersama kakak ipar selalu berada di dalam ketakutan, ditambah pula dia mempunyai penyakit jantung. Situasi ini sangat merisaukan saya.
Saya rasa jin tersebut telah lama berada di dalam jasad kakak ipar saya, dan agak sukar untuk keluar dan dihapuskan. Di harap ustaz dapat membantu.
Wassalam
Baru balik dari Solat Jumaat tadi wife cerita, lepas kes nak minum darah kat hospital tu, diaorang bawa kakak ipar aku ke rumah ustaz yang dekat kawasan Teluk Nipah, Kota Kuala Muda Kedah. Nak tahu tak apa jin tu kata??
Dia gelak siap kata ustaz ni tak power. Dia suruh cari yang lagi power. Dia nak kena ada buku bertemu ruas ni...
Lagi satu, lepas kes tu diaorang acah-acah je nak bawa dia pi hospital, dia siap kata minta tunggu nak ajak kawan dia pi sekali. Kawasan kampung aku tu ada paya pokok nipah dan bakau. Sebelum ni geng-geng dia dah kena halau ke hutan nipah tu, yang kena halau tu dah tak berani datang balik. Cuma tinggal dia je yang degil.
Keluarga aku pun tunggu la. Lepas tu dia cakap "ok jom member dia dah masuk kereta". Pergh.... meremang bulu roma kalau aku ada sekali.
Kat sini kalau ada yang berkebolehan dan boleh membantu, saya sertakan alamat rumah di kampung. Kakak ipar saya selalu ada di rumah, cuma no telefon saya akan beri kemudian sebab keluarga saya kat sana nak kena comfirmkan dulu nombor telefon siapa nak letakkan kat sini.
Ataupun boleh email kat saya hafeezan74@gmail.com ataupun klik di bahagian CONTACT ME sebelah kanan blog ini supaya saya boleh beri contact nombor. Kalau nak letak kat sini, faham jelah ye...
Ini alamatnya:
Ahmad Bin Hashim (Bapa mertua saya)
F 473B Kampung Bukit Kechil, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah.
Mungkin ada yang tidak percaya dengan cerita saya, itu terpulanglah kepada persepsi masing-masing. Tak ada faedahnya saya nak mereka cerita-cerita yang macam ni. Tetapi inilah hakikat yang terpaksa kakak ipar saya tempuhi setiap hari. Nampak pelik kan? Tidak mustahil perkara-perkara yang melibatkan alam ghaib boleh jadi macam susah untuk diterima akal.
Inilah salah satu ikhtiar untuk membantu kakak ipar saya menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Semoga dia cepat sembuh. Jin atau syaitan adalah makhluk Allah. Tiada siapa yang boleh menghalang kehendakNya.
buat appointment, jumpe ngan Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.... Insya-Allah, he can help...
ReplyDeleteJumpe dgn Nik Aziz je...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum... saya dapat tahu kisah ni dari blog Abang Ben Ashaari...
ReplyDeleteDi sini saya nak cadangkan supaya keluarga saudara bawa kakak ipar saudara bertemu dengan pangamal perubatan Darul Syifa' (jika belum pernah dibawa berjumpa)...
Gangguan-gangguan jin memang dah selalu ada dalam kalangan keluarga saya termasuk diri saya sendiri. Sehinggakan saya mengambil inisiatif sendiri untuk mengelak daripada jin tersebut berterusan menganggu diri saya...
Saudara mungkin juga boleh sentiasa memasang bacaan ayat-ayat Ruqyah di rumah kakak ipar saudara... Tapi perlu dipantau kerana waktu saya masih bersekolah dulu, apabila ayah pasang bacaan ayat ruqyah pada player dvd setiap malam dgn setting repeat, tengah2 mlm sound player tersebut berubah-ubah kecil dan besar serta ter-off sendiri... sehinggakan akhirnya cd tersebut hilang dan dijumpai pada tempat simpan buku setelah beberapa tahun kemudian.
ketika saya kerap diganggu tengah2 malam dulu, saya cuba melawan kembali dgn memasang bacaan surah yaasin. Terus terang saya sendiri dapat merasakan bagaimana aura jin tersebut yang mula naik melalui kaki saya sehingga ke badan saya... namun satu aura dari bacaan surah yaasin yg dimainkan menggunakan player (yg dipasang dari usb pendrive) datang dari kepala saya dan bertembung dgn aura jin tersebut. agak berat juga menanggung perlawanan kedua2 aura tersebut.. tetapi alhamdulillah apabila dilakukan setiap kali diganggu, gangguan tersebut kurang...
sekarang pun ketika di kolej apabila diganggu, saya akan memasang bacaan ruqyah pada laptop... tetapi adakalanya sy mmbiarkan sahaja gangguan tu apabila merasakan aura gangguan tu lemah...
assalamualaikum. saya baca link ni dr blog ben ashaari.
ReplyDeletememang saya ada pengalaman sendiri & sedikit sebanyak saya ingin berkongsi. teruskan usaha untuk berubat dgn perawat2 perubatan Islam. Boleh cuba berjumpa Hj Lokman di Syifa Al Hidayah di Setiawangsa KL.
Boleh mengamalkan ayat2 ruqyah, membaca Manzil. Ada juga ayat2 khas menentang sihir. Seperti surah yunus ayat 81-82, surah al a'raf ayat 118-122 dan surah Taha ayat 69. selepas baca boleh berdoa & niatkan ayat2 tersebut kepada sesiapa yg berniat jahat kepada kita.. manusia atau jin dan memohon perlindungan dari Allah. bykkan membaca al-quran dan berzikir. jgn biarkan jiwa & fikiran kosong. sentiasa ingatkan Allah.
dari segi pemakanan, boleh mengamalkan makan kurma ajwa atau kurma yg lain, 7 biji pagi & 7 biji ptg. makan madu dan 7 biji habatussauda pg & ptg. minum air zamzam. kesemua kurma, madu, habatussauda dan air zamzam bolehlah diruqyah dahulu dgn membaca ayat2 penyembuhan dr al-quran. baca selawat & berdoa dan bertawakkal pada Allah.
teruskan berusaha & menentang gangguan tersebut. memang memakan masa. semuanya atas keizinan Allah. sabar & mohon semoga Allah beri kekuatan. Insya Allah beroleh kesembuhan. Hanya Allah shj penyembuh segala penyakit dan hanya Allah shj sebaik2 pelindung.
alhamdulillah, setakat ini sudah ada saudara dan saudari yang berkongsi masalah, cadangan serta nasihat untuk saya jadikan panduan. Saya akan terus berusaha untuk membantu dengan izinNya. Syukur
ReplyDelete