Perkara yang sama pernah saya dengar dari kawan-kawan di hadapan bank CIMB Tanjung Malim. Seorang ibu meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin yang masih hidup untuk masuk ke bank, di hadapan matanya sendiri kereta dilarikan bersama dengan anaknya. Apa lagi si ibu terus jatuh pengsan. Tapi alhamdulillah khabarnya anaknya selamat.
Ceritanya begini:
Assalamualaikum
wbt & Salam sejahtera
Sekadar
berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini. Seperti
biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang
ke kampong sendiri di Perak akan
mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri). Lebih
kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri
lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.
Di dalam
kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu
menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala
anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali) Disebabkan
mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit
sebentar di R&R Simpang Renggam untuk
membeli
minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.
Sejurus
perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami
pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang
nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta
yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup
kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang
terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang
ditinggalkan buat seketika.
Pada ketika
ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……
Semasa si
suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke
dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang
tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.
Kereta
terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta
anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala
isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang
duduk di depan menangis ketakutan. Suspek yang
berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan
sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru
mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.
Si suami
yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera
mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang
lain.
Apabila
menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan
petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak
dijawab.
Beberapa
ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk
belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil
telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami
melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya
dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui
menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.
Mujur ketua
stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk
mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung
dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.
Apabila
sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol
tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap
kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi
malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol.
Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya
Sejurus
melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan
melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama
kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada
si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.
Maka
berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba
dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang
diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan
jalan yang sedikit curam.
Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak
dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru
mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan
isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.
Ini
hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli
keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
- Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
- Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
- Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan
- Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan (boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
- Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan
- Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”
- Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
- Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code
- Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
- Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)
Semoga kita
dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….
Untuk
makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam :
R&R Simpang Renggam)
No comments:
Post a Comment