KETIKA dan saat ini, peminat filem tempatan sudah pun mula berasa berderau menantikan detik bersejarah pada 21 April, 2011 (hari ini).
Ini kerana buat julung-julung kalinya berlaku dalam industri perfileman Malaysia, satu fenomena yang bakal mengheret mereka ke satu alam yang sememangnya sukar diterima akal fikiran manusia biasa.
Lupakan sahaja cerita-cerita hantu yang pernah didengar selama ini. Jangan hiraukan juga kisah-kisah seram yang pernah dipaparkan menerusi drama mahupun filem.
Itu semua adalah sekadar cerita dan lakonan semula. Mulai hari ini, peluang untuk menyaksikan sendiri dengan mata dan mendengar dengan telinga penemuan-penemuan misteri yang mungkin menyebabkan lidah kelu seribu bahasa, mata terbeliak tidak terbendung, malah mungkin kaki tidak terasa berpijak di atas lantai.
Ia sememangnya satu kenyataan. Pengalaman menonton sebuah filem realiti seram genre paranormal pertama di Malaysia itu tidak akan sama dengan pengalaman menonton filem-filem seram sebelum ini.
Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios membawakan naskhah terbaru, Penunggu Istana. Ia membawa keseraman realiti hasil cantuman video yang dirakamkan oleh lima pelajar universiti (terdiri daripada Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf) sewaktu berada di sebuah lokasi misteri di daerah Papan, Perak, dikenali sebagai Istana Billah.
Pengalaman sepanjang 15 hari mereka di sana dengan bantuan kumpulan pengkaji aktiviti paranormal yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Kumpulan Seekers (diketuai oleh Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau Uncle Seekers), disampaikan secara langsung buat penonton untuk sama-sama berkongsi menyaksikan beberapa penemuan aneh yang mampu meremangkan bulu roma!
Persoalannya kini, beranikah anda untuk mengetahui kebenaran itu?
Istana Billah merupakan sebuah kediaman dua tingkat yang telah ditinggalkan beratus tahun dahulu. Dipercayai telah dibina oleh seorang bangsawan dari suku Maidailing, Sumatera, rumah tersebut pernah menjadi lambang senibina yang gah pada tahun 1890-an.
Namun, tidak pernah diketahui apa puncanya ia ditinggalkan begitu sahaja. Hanya buah mulut penduduk setempat yang mengatakan rumah itu berpenunggu membuatkan ramai yang ingin mengetahui kesahihannya.
Bukti Istana Billah suatu tempat yang menyeramkan adalah apabila krew produksi drama Warkah Terakhir yang menjalani penggambaran di situ telah 'diusik' oleh sesuatu.
Kes itu lalu telah mengheret lima pelajar tadi untuk memburu entiti paranormal tersebut. Mereka telah dibekalkan dengan peralatan canggih Kumpulan Seekers bagi merakam bukti menunjukkan Istana Billah benar-benar mempunyai penunggu!
Mengulas lanjut mengenai penemuan kelima-lima pelajar itu menerusi rakaman yang difilemkan sebagai Penunggu Istana, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios selaku Penerbit Eksekutif, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata: "Perkara yang melibatkan aktiviti paranormal seperti ini adalah subjektif. Ada yang mempercayainya, tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai karut.
"Namun, kita semua akui yang benda halus memang wujud cuma kita tidak dapat melihatnya dengan pandangan mata kasar. Mungkin ada orang yang bercerita mereka pernah melihat lembaga atau entiti halus tetapi sukar untuk menunjukkan buktinya.
"Apa yang pasti, sedar atau tidak kita dapat merasai 'kehadiran' mereka melalui pelbagai perasaan dan situasi. Tujuan kami membongkar kembali rakaman pelajar-pelajar berkenaan semasa mereka melakukan aktiviti paranoramal setahun yang lepas di Istana Billah melalui filem adalah untuk masyarakat menilai sendiri kesahihan penemuan aneh dan misteri yang berjaya dirakamkan itu.
"Tiada sebarang tokok tambah, hanya rakaman sebenar yang dipamerkan. Sama ada mempercayainya atau tidak, terpulang kepada anda kerana inilah sebenarnya berlaku sewaktu mereka di sana."
Menurutnya lagi, keberanian kelima-lima pelajar itu harus diberi pujian kerana jarang ada remaja yang berminat untuk melakukan aktiviti sebegitu.
Namun, mungkinkah ada sesuatu yang memanggil mereka untuk ke sana? Difahamkan pada awalnya mereka bercadang untuk membuat kajian paranormal itu sebagai satu projek universiti mereka.
Setelah mereka berjaya mengesan sesuatu yang aneh semasa berada di Istana Billah, perasaan ingin tahu mereka semakin membuak-buak untuk meneroka lebih jauh. Seperti ada perasaan ketidakpuasan mula menular dalam diri mereka.
Mereka akhirnya bertindak melampaui batas dan mula melanggar pantang larang yang telah dipesan oleh Uncle Seekers.
Mereka mula membakar kemenyan untuk upacara memuja 'penunggu' di situ agar memunculkan diri. Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah menggunakan darah haid salah seorang pelajar perempuan di kalangan mereka, dipercayai untuk menjamu makhluk halus tersebut.
Untuk mengetahui seterusnya apakah yang terjadi kepada kelima-lima pelajar tersebut, segalanya bakal dirungkaikan melalui Penunggu Istana.
Setahun perkara yang menakutkan itu telah berlalu. Hanya mereka yang terlibat sahaja mengerti mengenainya.
Namun, tahun ini giliran anda pula untuk mengalami sendiri rakaman misteri tersebut.
Petikan dari Kosmo Online
sy da tgk ctew ny tp rse cm xbrape cye.. sbb bkn ke mnunjukkn footage kematian 3 org remaja yg trlibat adlh m'aibkn arwah?? lgpown hnye sorang je yg hidup mnakala sorang hilang..
ReplyDeletesaya belum berkesempatan lagi menonton.bermacam-macam andaian dan pendapat yg boleh kita kemukakan. tepuk dada tanya selera.
ReplyDeletebila baca sinopsis cerita ni menarik jugak pasti meyeramkan...nk tengok tp takut...
ReplyDeletecerite penunggu istana tuh real kew???
ReplyDeletemember polis bagitau takde pun repot pasal pembunuhan di istana billah....
ReplyDeleteCite ni seram...ok la..
ReplyDeletetp cam tipu jek...cam edit jek..taw pulak hantu zaman lame sentuh camera bg nampak jalur..
pastu leh pulak betulkan camera tersenget.
da tengok da cerita tu,tol ke der orang mati kat situ?? penunggu istana tu realiti atau lakonan semula???????????? nak taw lebih jelas la....
ReplyDelete2 a...serius nk thu lbh lg..
ReplyDeleteadoi...kalo sesiape pasan la time fira n mus tu tgh dengar sore org mengerang tu..ada kelibat org tgh merangkak...kantoi ke ape tu
ReplyDeletesaya dgn suami baru tgk cite ni semalam....tp kitorg pun tertanya² betul ke ni...betul ke ni...kalo betul apa kata ada group lain lak yg selidik kisah² ini melalui keluarga² pelajar yg hilang dan meninggal tu.
ReplyDeleteCERITA INI ADALAH RAKAMAN YANG ASAL DARI TAHUN 2009....KISAH MUKTAMAD..!
ReplyDeleteTension ah pk pasal kebenaran cite nih (T_T)
ReplyDeletetak usah tension. tonton dan enjoy je.
ReplyDeletemcm tipu jer.....
ReplyDeletesaya baru tgk citer ni @ astro smpena tyangan syawal, ok la boleh terima crita ni cuma yg JADI PERSOALAN TENTANG KEMATIAN 2 ORG PELAJAR yg terlibat dlm pncarian mkhluk paranormal ni. kalo kisah benar dn rakaman sbenar, mcmana pulak dengan 2 kematian pelajar brkenaan????? BENAR jugak ke atau tmbahan crita nk bagi "seram" ?
ReplyDeleteBest siot cite ni ? . but , ADE LAGI KE HANTU ZAMAN SKRG ? rsenye . hantu zmn skrng da xbrani kcau org sbb ?ORG PON PRngai cm hantu jgk . Trololo.
ReplyDeletemakhluk halus tetap ada. cuma mereka semua di alam lain. Cuma kita je jangan jadi hantu. hehehe...
ReplyDeleteSaya agak kecewa dengan pelbagai kisah 'misteri' di sebalik rumah Raja Bilah. Ini kerana saya sering ke situ menziarahi makcik Sakdiah (penjaga rumah Raja Bilah) memandangkan kami bersaudara. Saya masuk ke rumah tersebut berkali-kali, siang mahupun malam, tetapi tidak pernah pula sekalipun menemui sebarang keganjilan. Malah saya rasa saudara-mara keturunan Mandailing yang sering mengadakan majlis tahlil dan sebagainya di situ juga tidak selesa dengan beberapa cerita yang kononnya tempat tersebut berpenunggu. Jadi saya harap janganlah kita taksub dengan cerita-cerita tahyul dan khurafat ini. Rumah kita sendiri pun sebenarnya boleh didiami syaitan kalau kita tidak bersolat! Wallahu'alam.
ReplyDeleteAssalamualaikum...sy adalah salah seorang dr ratusan ribu dr suku mandailing bermarga Nasution yg berada di Malaysia...sy percaya dgn perkara ghaib...krn ada sejarahnya di antara Nabi Allah Sulaiman dan juga Puteri Jin Balqis...Berbalik kpd perihal istana,Setiap kejadian atau barang antik ada khadam penjaganya...baik tingkahlaku semasa masuk istana org,maka baiklah endingnya...Raja Nusantara ni ada daulahnya...Berkenaan dgn filem penunggu istana sy ingin melahirkan rasa terkilan sbb filem istana tersebut x sesuai diselitkan dlm babak misteri...ini akan mencalarkan maruah org2 mandailing jika pihak di luar sana akan mengklasifikasikan perkara yg fitnah intipatinya...Tapi apakandaya beras sudahpon ditanak menjadi nasi..lembut atau keras nasinya, perlu dikemam dan ditelan org2 mandailing...tp sy berharap perkara ini x berulang sama sekali pd masa akan dtg...dgn adanya monumen Warisan itu tanda lahirnya bukti Melayu Mandailing sudah lama beratapkan langit di kwsn Tanah Melayu...
ReplyDelete