Friday, April 15, 2011

Kad Kredit : Panggilan Yang Buat Aku Termenung

Petang semalam on the way drive balik ke Tanjung Malim selepas balik meeting dari Kelang aku menerima panggilan dari Maybank. Ingatkan nak offer kad kredit lagi. Rupa-rupanya berita lain yang aku dapat. Nasib baik pegawai bank tersebut cekap dan menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan jujur. Terima kasih kepada pegawai bank tersebut.

Pegawai bank tersebut mengesyaki sesuatu tidak kena kepada transaksi internet yang menggunakan kad kredit aku. Ada 3 transaksi yang meragukan dari Facebook. Aku tanya berapa, dia kata lebih kurang RM400 untuk setiap transaksi, fuuhhh... bayangkanlah 3 transaksi sebanyak itu, ribuan ringgit tu.


Selepas panggilan tersebut satu malam aku termenung dan dok picit kepala. Wife aku perasan, dia tolong picitkan. Yelah mahu tak termenung, jenuh aku memikir kot-kot aku ada bagi maklumat kad kredit di internet secara tak sengaja. Setahu aku semua transaksi internet aku semuanya melalui saluran yang mempunyai keselamatan yang dijamin contohnya Paypal.

Bila pegawai bank tu kata transaksi tersebut melalui urusan di Facebook, macam-macam perkara dok berpusing dalam kepala. First sekali aku nak delete semua maklumat peribadi yang penting di dalam Facebook yang berpotensi untuk disalahgunakan. Lepas ini bila kad kredit baru aku sampai. No more urusan pembayaran melalui kad kredit di internet, kecuali melalui Paypal.

Lepas ini satu lagi urusan aku kena selesaikan dengan pihak bank. Aku kena isi borang report yang disediakan oleh pihak bank, dan pihak bank akan membuat siasatan. Sekiranya pihak bank berjaya, duit tersebut akan dipulangkan kembali.

Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah aku nak seluruh ahli keluarga dari segala kesusahan, murahkanlah rezeki kami dan permudahkanlah segala urusan kami. Amin.

Nasihat saya kepada semua rakan-rakan blogger, berhati-hatilah sekiranya anda berurusan di internet, terutamanya yang melibatkan kad kredit.

Satu lagi pesanan yang amat penting dari pegawai bank semalam.

JANGAN SESEKALI MENERIMA ATAU SETUJU DENGAN SEBARANG PANGGILAN YANG MEMBUAT TAWARAN ATAU PAKEJ YANG MEMERLUKAN KITA MEMBERI MAKLUMAT KAD KREDIT KEPADA MEREKA.

DENGAN HANYA MEMBERIKAN MAKLUMAT KAD DAN TARIKH LUPUT PUN SUDAH MEMADAI UNTUK MEREKA MENGGUNAKAN KAD KREDIT KITA. DAN YANG TERAMAT PENTING IALAH NO SIRI 3 ANGKA DI BELAKANG KAD, JANGAN SESEKALI DIDEDAHKAN.


Hati-hatilah. Yang mempunyai Facebook, jangan dedahkan maklumat peribadi yang sulit di dalam profile. Kalau boleh selepas anda baca pengalaman saya ini, terus check Facebook, dan buat sesuatu.

6 comments:

  1. boleh buat peringatan pada masa depan sebab buat masa ni tak pakai kad kredit pun..

    ReplyDelete
  2. elok la. jangan mula pakai kad kredit. Punca segala hutang.

    ReplyDelete
  3. tak payah guna kredit kad , uhuhu, bahya lah cam nie, hekhekhek!

    :D

    ReplyDelete
  4. kesiannya...teruk betul manusia skrng.senang2 je nk gunakn kesenangn orng lain.Cmne YB,da settle x?

    ReplyDelete
  5. saya tengah tunggu surat official dari pihak bank. saya nak semak jumlah transaksi dan isi borang report. Insyaallah kalau tak ada masalah, pihak bank akan return balik duit. Termenung saya petang semalam selepas bank telefon.

    ReplyDelete
  6. senangnya..ambil duit orang dah tak ingat dosa agaknya..sabar yea..Allah maha berkuasa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...