Amalan sebegini, syaitanlah yang menjadi penasihat utama. Ingin mendapat jualan dah keuntungan yang cepat akidah digadai. Perbuatan syirik yang mesti dijauhi. Bila kita berniaga, gunakanlah kaedah yang dituntut dalam islam. Jangan ada sifat hasad dengki bila melihat perniagaan orang lain berjaya.
Bukannya sekali dua kita mendengar mengenai hasad dengki di dalam perniagaan ini. Dan yang paling dikesali, kebanyakan cerita hasad dengki dalam perniagaan ini datangnya dari kita umat islam. Kadang-kadang ada terdengar cerita restoren, gerai atau warung yang ramai pelanggan tiba-tiba tutup sebab mengalami kerugian. Kan pelik bunyinyer.
Berniagalah dengan cara yang beretika dan jujur. Rezeki Allah di muka bumi ini banyak, semuanya untuk umatnya yang rajin berusaha.
Lokasi:
Bandar Baru Bangi (berdekatan Maybank, berdepan dengan Shell)
Pengajaran yang perlu kita renung dan ambil kisah. Jangan terlepas pandang lagi sebelum membeli di mana-mana lokasi warung atau gerai di tepi jalan. Perlu tanya kepada diri sendiri.
- Adakah pakaian peniaga menutup aurat atau tidak
- Adakah lokasi perniagaan ada ruang untuk peniaga bersolat
- Adakah lokasi perniagaannya sesuai untuk menjaga taharah kebersihan
Terima kasih kepada yang upload video ini di Youtube PenerangSalah1
ee.. geli gelaman nak minum
ReplyDeletebukan setakat geli je cik su. meremang bulu satu badan.
ReplyDeleteyucks!!!
ReplyDeletehanya mampu membaca tanpa melihat tayangan video
ReplyDeletesebagai ikhtibar. jaga-jaga kalau nak beli air tepi jalan yang dah siap dibungkus.
ReplyDeleteeeee...tkotnye nk li air kt tpi2 jln agy... loye tekak....
ReplyDelete