Saturday, April 30, 2011

Cerita Di Sebalik Istana Billah Dan Filem Penunggu Istana

Ini adalah petikan pendapat dari rakan kita mr q di salah sebuah laman forum. Bacalah sampai habis ye...
___________________________________________________________________________________

Tlg,tlg,tlg lah.....Bila korang baca apa yg ak tulis ni tlg lah amik perhatian especially pd bdk2 "u" yg kt luar sn yg sibuk nk cari menda2 halus ni utk projek class korang. Korang rentikan aje lah. carilah menda lain.....
Ak ckp cmni sbb ak xnk ap yg dh jdk pd bdk2 yg sibuk nk cari hantu/setan kt Istana Bilah tu jdk kt korang jgk. Korang akn phm ap yg ak ckp ni kalau korang tgk muvie Penunggu Istana.Ak bkn nk review sgt psl muvie ni tp tujuan ak ialh utk peringatan korang smua.

Terus terang ak ckp yg cter Penunggu Istana tu adlh muvie real tnpa ad sebarang penambahan pape video lain. [ak tau sbb member ak journalis,dia smpt g pra-tonton cter ni aritu+wakil2 pelakon dlm cter tu pn ad dtg gak tp xnk bg komen cuma diorg kta harap dpt bg lesson kt org lain].

Mubahalah Atau Sumpah Laknat Menurut Pandangan Ilmuan Islam

Sejak akhir-akhir ini kita disajikan dengan perkataan Mubahalah ataupun Sumpah Laknat. Apa maksudnya? Mungkin ramai diantara kita menganggap sumpah ini perkara biasa. Tetapi sebab dan akibatnya sangat buruk sekiranya individu yang bersumpah laknat berbohong.


Sama-sama kita baca petikan pendapat dari Prof. Madya Dr Mohd Radzi mengenai sumpah laknat atau mubahalah ini.

___________________________________________________________________________________

PROF. MADYA DR. MOHD. RADZI OTHMAN, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam (USM).

Kalau kedua-dua yang menuduh dan dituduh bersumpah laknat, apa pula kedudukannya?

DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sumpah laknat, kita akan dapat lihat petanda-petanda awal yang boleh membawa kepada kebatilan. Sumber-sumber agama tidak menyebut secara jelas tentang petanda-petanda yang berkenaan kerana perkara seumpama itu jarang berlaku di kalangan kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah dan ia tidak diperbesar-besarkan.

Bagaimanapun, ulama-ulama Syiah mencatatkan bahawa tidak lama selepas mubahalah berlaku kejadian seperti orang yang berdusta tidak boleh bercakap, cakapnya tidak lancar, tergamam, terjatuh dan bermacam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui.

Monday, April 25, 2011

Maklumbalas Penonton Mengenai Filem Penunggu Istana

Ini adalah sebahagian daripada maklumbalas yang saya dapat selepas sekian lama mencari. Mungkin kita boleh berkongsi sama-sama apa kata rakan-rakan kita yang telah menonton filem ini.


Saya petik dari sebuah laman blog rakan kita.

"Citer Penunggu Istana pulak buat filem style filem hollywood The Blair Witch Project (1999) (click sini). 12 tahun dulu orang akan kata best. Sebab first time tengok citer tuh.... rasa mcm real. Rumours plak kata, mmg video tuh real. Police jumpa kat hutan. Perghhh... seram siot ! (Itu strategy pemasaran Grand Brilliance dan Primeworks lah tuh)

Sejarah Keturunan Dan Adat Mandailing Malaysia

Kalau anda berminat boleh klik di sini.

Sebahagian keratan dari laman web tersebut

Gambar dari laman web tersebut

Dan terdapat katalog dari National Library Of Australia



Semua informasi saya perolehi dari laman web ini. Saya cuba menjejak saudara Muhammad Salihin untuk ucapkan terima kasih tetapi tiada maklumat blog yang boleh saya perolehi. Jika saudara membaca blog saya ini, terima kasih kerana serba sedikit maklumat dari saudara boleh dikongsi oleh pembaca saya di sini.

Klik untuk cerita-cerita saya mengenai Penunggu Istana dan Istana Billah.

Sunday, April 24, 2011

"Penunggu Istana" Bakal Di Haramkan Tayangan?

Petang-petang ini teringat pula pasal cerita Penunggu Istana yang telah mendapat maklumbalas dari keturunan Raja Billah sendiri. Pihak penerbit Penunggu Istana telah mendapat kenyataan rasmi dari pewaris Raja Billah sendiri. Saya petik petikan surat tersebut dari laman blog UncleSeekers.



___________________________________________________________________________

KEPADA: PRIMEWORKS STUDIO SDN BHD
(FORMERLY KNOWN AS GRAND BRILLIANCE SDN BHD)
3RD FLOOR NORTH WING, SRI PENTAS
NO 3 PERSIARAN BANDAR UTAMA, BANDAR UTAMA
Tel: 03 7726 6333
Fax: 03 7726 7324

Dan ALTERNATE STUDIOS

Buat perhatian:

1. Teuku Iskandar Teuku Alaudin – Penerbit Eksekutif

2. Ahmad Puad Onah – Penerbit Eksekutif

3. Rosihan Zain – Penerbit Eksekutif

4. Wan Hasliza – Pengarah & Lakon Layar

5. Intan Syafina Hassan – Film Support Executive intan.syafina@primeworks.com.my


FILEM “PENUNGGU ISTANA” TERBITAN PRIMEWORKS STUDIOS, GB & ALTERNATE STUDIOS

BismillahirRahmanirRahim.

Saya yang bernama diatas mewakili generasi ke-3 dan ke-4 keturunan Raja Bilah bin Raja Asal, ingin menyatakan hasrat dukacita atas penerbitan filem terbaru “PENUNGGU ISTANA” yang sedang hangat dipromosikan di media tempatan. Perkara ini hanya kami sedari baru baru ini apabila kami melihat trailer dan juga keratan akhbar yang merujuk kepada filem anda.

Header Terkini Hasil Sentuhan FahmiMahat

Terima kasih kepada saudara FahmiMahat. Hasil sentuhan yang kreatif.


Sesiapa yang berminat untuk mempunyai header macam saya, klik je kat blog FahmiMahat. Bayaran yang amat berbaloi-baloi.

Friday, April 22, 2011

Proton Persona Mendapat Pengikhtirafan Dari Frost & Sullivan Lagi

Tahniah kepada Proton, terutama kepada semua warga Proton Tanjung Malim. Kereta Persona yang di pasang di sini telah mendapat pengikhtirafan buat kali kedua dari Frost & Sullivan. Maklumat lengkap mengenai semua penerima anugerah dari Frost & Sullivan boleh klik di sini.

  
Proton Persona mendapat anugerah "Value-for-Money Car of the Year (1.3l and Above)"

En Aris Anuar (kanan), Pengurus Besar Manufacturing Proton menerima anugerah dari wakil Frost & Sullivan

"The model is available in 3 variants – Base Line, Medium Line and High Line with on-the-road pricing of between RM45,000 to RM59,000. 

Since the introduction of the model into the market back in 2007, more than 140,000 units have been sold.
Fuelled by unique selling points such as excellent ride and handling, high-integrity body structure and dynamic contemporary styling, the model offers a good overall package within the given price-points, ease of maintenance and value for money cost of ownership. 

We present the Value-for-Money Car of the Year Above 1.3 Liter to the Proton Persona."

TAHNIAH UNTUK PROTON DAN WARGA PROTON TANJUNG MALIM KHASNYA.

Produk Pure Oil Series 01 Dari Secretleaf Di Dalam Slot Selamat Pagi Malaysia RTM

Khas untuk tontonan saudara dan saudari mengenai informasi terkini dari Produk Secretleaf.


Untuk maklumat lebih lanjut saudara dan saudari boleh klik di sini.


Thursday, April 21, 2011

Bila Waris Keturunan Raja Billah Bersuara Mengenai Filem Penunggu Istana

Terkejut saya malam ini bila saya balik sahaja ke rumah dah buka laman blog saya. Terdapat update dari blog Uncleseekers yang amat mengejutkan. Uncle Seekers menerima email dari saudara Luqman Ahmad Rangkuti, iaitu waris dari keturunan Raja Billah. Iaitu hari yang sama tayangan filem Penunggu Istana mula ditayangkan di pawagam.

Saya petik sebahagian dari email yang Uncleseekers terima.

"Assalammualaikum. Nama saya Luqman Ahmad Rangkuti,saya salah seorang pewaris Istana Raja Bilah.Saya email ni tuk meluahkan rasa tidak puas hati.Saya di fahamkan filem ni pasal jumpa paranormal dekat istana ni?

Mintak maaf la,nak buat cerita macam ni tak fikir ke waris-waris istana ni masih hidup dan bersepah je dalam malaysia ni?Saya marah sebab filem ni tayang benda bodoh dan tak boleh terima.Istana ni sejarah dunia,Sultan Perak pun penah datang melawat istana ni.Jadi jangan suka-suka hati buat jalan cerita filem macam ni.

Darah Haid Untuk Jamu Makhluk Halus Di Istana Billah??

Begitulah cerita yang digambarkan di dalam filem Penunggu Istana. Filem berdasarkan pengalaman sebenar penyiasatan 5 orang pelajar di Istana Billah telahpun menemui peminatnya pada 21 April 2011 (hari ini).



KETIKA dan saat ini, peminat filem tempatan sudah pun mula berasa berderau menantikan detik bersejarah pada 21 April, 2011 (hari ini).

Ini kerana buat julung-julung kalinya berlaku dalam industri perfileman Malaysia, satu fenomena yang bakal mengheret mereka ke satu alam yang sememangnya sukar diterima akal fikiran manusia biasa.

Lupakan sahaja cerita-cerita hantu yang pernah didengar selama ini. Jangan hiraukan juga kisah-kisah seram yang pernah dipaparkan menerusi drama mahupun filem.

Itu semua adalah sekadar cerita dan lakonan semula. Mulai hari ini, peluang untuk menyaksikan sendiri dengan mata dan mendengar dengan telinga penemuan-penemuan misteri yang mungkin menyebabkan lidah kelu seribu bahasa, mata terbeliak tidak terbendung, malah mungkin kaki tidak terasa berpijak di atas lantai.

Ia sememangnya satu kenyataan. Pengalaman menonton sebuah filem realiti seram genre paranormal pertama di Malaysia itu tidak akan sama dengan pengalaman menonton filem-filem seram sebelum ini.

Tuesday, April 19, 2011

Lagi Misteri Istana Billah Disingkap Satu Persatu...

Maklumat terkini dari saudara Luckman. Untuk makluman semua, beliau adalah salah seorang dari keturunan Mandailing, cicit kepada Raja Mahmud. Di mana makam Raja Mahmud terdapat di dalam istana tersebut. Beginilah cerita dari beliau yang saya petik dari laman forum.


"Pada pendapat aku la, kalau korang x percaya dengan Uncle Seekers tu ok la..tapi aku cadangkan korang gi tempat tu sendiri. Dari Batu Gajah nak ke Ipoh akan melalui pekan Pusing, lepas pekan Pusing tu, korang akan nampak signboard PAPAN. Masuk jalan tu..korang akan lalui 2 Jirat Cina di sebelah kanan, pastu akan lalui deret kedai-kedai fesyen lama..Istana ni terletak di belakang deretan kedai- kedai cina.  

Jom Relak Sekejap Sambil Menari Dengan Pocoyo



Monday, April 18, 2011

Transaksi Haram Dari Facebook

Lanjutan dari cerita saya yang sebelum ini.

Ini adalah rekod transaksi yang saya copy dan paste di Maybank2u.


Cuba anda tengok kekerapan transaksi. Nasib baik pegawai bank tersebut dapat kesan dari awal. Kalau tidak USD200 setiap hari sehingga habis kredit limit saya, bayangkanlah berapa yang saya kena bayar untuk urusan haram tersebut.

Sunday, April 17, 2011

Maklumat Tambahan Mengenai Istana Billah

Maklumat saya dapat dari saudara Luckman di forum CariGold. Terima kasih saudara.

" Istana Raja Bilah terletak diantara Jalan Batu Gajah - Ipoh. Kawasn ni terletak selepas pekan Pusing, di Perak. Ni bukanlah Istana tetapi Rumah Besar untuk keturunan Mendailing. Di dalam kawasan ini ada sebuah surau lama dan rumah waris-waris keturunannya. Tapi dah lama ditinggalkan. Didalam bahagian depan kawasan Istana ni ada 3 buah makam dan salah satunya adalah Makam Raja Mahmud. Istana nie ada 2 tingkat jer. Bahagian bawah untuk tetamu dan bahagian atas ada bahagian umpama balairong, bilik beradu diraja, serta bilik simpanan barang peralatan diraja.

Friday, April 15, 2011

Mandailing Mansion Adalah Istana Billah Di Papan Perak

Saya baru terjumpa bila search di Google petang ni, satu informasi yang boleh dikongsikan di sini. terima kasih kepada jellymerah. Dari sana saya mendapat link informasi di laman ini. Rupa-rupanya istana ini dibina menggunakan konsep binaan Mandailing atau lebih dikenali sebagai Mandailing Mansion. Gambar-gambar di bawah dipetik dari laman ini.


Kad Kredit : Panggilan Yang Buat Aku Termenung

Petang semalam on the way drive balik ke Tanjung Malim selepas balik meeting dari Kelang aku menerima panggilan dari Maybank. Ingatkan nak offer kad kredit lagi. Rupa-rupanya berita lain yang aku dapat. Nasib baik pegawai bank tersebut cekap dan menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan jujur. Terima kasih kepada pegawai bank tersebut.

Pegawai bank tersebut mengesyaki sesuatu tidak kena kepada transaksi internet yang menggunakan kad kredit aku. Ada 3 transaksi yang meragukan dari Facebook. Aku tanya berapa, dia kata lebih kurang RM400 untuk setiap transaksi, fuuhhh... bayangkanlah 3 transaksi sebanyak itu, ribuan ringgit tu.

Thursday, April 14, 2011

Istana Billah Serba Sedikit Untuk Dikongsi

Memandangkan ramai di antara pembaca yang berminat untuk mengetahui apa cerita di sebalik Misteri Istana Billah. Rumah ini telah ditinggalkan lebih daripada 100 tahun. Lokasi di Papan, Batu Gajah, Perak. Istana ini mengikut sejarahnya dipunyai oleh Raja Billah dan dibina sejak 1896 seperti yang tertulis di gerbang.
Ikhsan Kosmo Online
Lagi sedutan video boleh di tonton di sini. Saya berusaha juga untuk mendapatkan maklumat mengenai sejarah Istana Billah melalui carian internet. Setakat ini belum ada maklumat lengkap yang boleh dikongsi. Cuma terdapat blog mengenai keturunan Raja Billah yang saya jumpa.



Wednesday, April 13, 2011

18SX : Ishhh... Nak Buat Love Bite Pun Kena Hati-Hati Ke?

Hari ini buat pertama kalinya aku dapat maklumat mengenai kesan love bite ke atas pasangan kita sekiranya kena pada lokasi yang tertentu. Susah juga ye, nak buat geram-geram kat pasangan kita pun susah. Seram juga bila mendapat informasi berkenaan dengan aktiviti dalam kelambu ni.
ehsan pakcik Google

Tapi bagi saya la. mungkin mangsa love bite tersebut mempunyai penyakit kot, sebab itu dia kena stroke. Umurnya pun dah 44 tahun. Saya rasa pasangannya geram terlebih kot, sedut kuat sangat.

Macam-macam penyakit zaman moden ini. Kalau berminat nak baca cerita lebih lanjut, boleh le melawat rakan kita di sini.


Tuesday, April 12, 2011

Air Soya Bercampur Ludah Peniaga Di Bandar Baru Bangi

Penemuan yang paling menjijikkan. Penjual itu dilihat meludah setiap bungkus soyanya sebelum diikat. Rasanya ini adalah salah satu contoh amalan pelaris yang kotor. Ini yang kita boleh nampak secara fizikal. Amalan pelaris yang kita tidak boleh nampak dengan mata kasar macam mana la agaknya ye.

Amalan sebegini, syaitanlah yang menjadi penasihat utama. Ingin mendapat jualan dah keuntungan yang cepat akidah digadai. Perbuatan syirik yang mesti dijauhi. Bila kita berniaga, gunakanlah kaedah yang dituntut dalam islam. Jangan ada sifat hasad dengki bila melihat perniagaan orang lain berjaya.

Bukannya sekali dua kita mendengar mengenai hasad dengki di dalam perniagaan ini. Dan yang paling dikesali, kebanyakan cerita hasad dengki dalam perniagaan ini datangnya dari kita umat islam. Kadang-kadang ada terdengar cerita  restoren, gerai atau warung yang ramai pelanggan tiba-tiba tutup sebab mengalami kerugian. Kan pelik bunyinyer.

Berniagalah dengan cara yang beretika dan jujur. Rezeki Allah di muka bumi ini banyak, semuanya untuk umatnya yang rajin berusaha.

Lokasi: 

Bandar Baru Bangi (berdekatan Maybank, berdepan dengan Shell)


Pengajaran yang perlu kita renung dan ambil kisah. Jangan terlepas pandang lagi sebelum membeli di mana-mana lokasi warung atau gerai di tepi jalan. Perlu tanya kepada diri sendiri.
  • Adakah pakaian peniaga menutup aurat atau tidak
  • Adakah lokasi perniagaan ada ruang untuk peniaga bersolat
  • Adakah lokasi perniagaannya sesuai untuk menjaga taharah kebersihan

Terima kasih kepada yang upload video ini di Youtube PenerangSalah1



Monday, April 11, 2011

Misteri Istana Billah Difilemkan

Kepada yang berminat dengan kisah realiti paranormal. Anda boleh saksikan di panggung pada 21 April 2011. Kisah benar sekumpulan pelajar yang membuat kajian paranormal di istana ini dibantu oleh uncle Seekers. Ini merupakan pengalaman benar dan klip yang ditayangkan merupakan klip yang sebenar. Enjoy the thriller


Lagi cerita mengenai Istana Billah dan gambar.
Himpunan cerita

Bayangan Hitam Di Bangalow Shah Alam

Video tersebut di ambil di salah sebuah bangalow di Shah Alam. Yang mana satu saya tak berapa pasti. Kelihatan kelibat bayang-bayang hitam yang terhoyong hayang seperti orang mabuk. Sukarelawan membaca doa dan tiba-tiba bayangan seolah-olah terbakar.


Friday, April 8, 2011

Iklan Proton Persona Di Australia


Wednesday, April 6, 2011

Tolong Profesional Jangan Emosional Bila Bekerja

Salam sejahtera semua. Petang ini saya terfikir mengenai sikap sesetengah rakan sekerja kita yang terlalu emosi bila bekerja. Bukan apa, ada sesetengah dari kita bekerja mengikut jadual ataupun 'schedule'. Kita bekerja secara berpasukan, setiap jabatan mempunyai 'rule' dan tanggungjawap yang telah diamanahkan.

Friday, April 1, 2011

All About Lotus Ride And Handling For Proton

Mengenai Persona, video lengkap tidak seperti yang diiklan di tv.



Terkini Dari Proton: TV Commercial For Lotus Handling In All Proton Cars

Jadilah penonton pertama mengetahui betapa hebatnya kereta buatan Malaysia.



Akan menemui anda di kaca tv (Media Prima, RTM dan Astro Starsport) mulai 1 April 2011 sehingga 10 April 2011 sempena F1 Lotus-Renault Grand Prix (LRGP).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...