Tugasan pertama aku kat kampung, mengait buah kelapa untuk isteri aku buat lempeng kelapa ataupun orang utara panggil 'pek nge' petang ini. Anak perempuan aku suka makan.
Inilah rupa 'pek nge' |
Pokok buah manggis masih putik lagi, comel je buahnyer. Tak lama lagi boleh le kami sekeluarga makan.
Putik manggis |
Pembaca semua pernah tengok dan merasa buah Rokam. Rasanya tak ramai yang tahu. Sedap dicicah dengan kuah rojak ataupun orang utara panggil 'garam belacan'. Kalau warna merah tu kira memang kaw-kaw punya masam, tapi bile mencicah memang 'power', menitik air peluh masuk mulut pun tak sedar.
Buah Rokam |
Buah sawa pun dah banyak. Cuma ada le si tupai kecil yang menumpang rezeki juga.
Kat kampung aku sekarang ni tengah musim hujan. Aku sekarang tengah duduk di depan anjung rumah sambil mematuk keyboard. Ada la teringat nak berkongsi dengan pambaca semasa aku di kampung.
Nampak tak air hujan kat depan tu. Tak nampak ke? Kalau tak nampak boleh dimaafkan. Hehehe.. Memang betul tengah hujan lebat sekarang kat kampung.
Cantik blog ini.. penuh informasi..
ReplyDeleteterima kasih bagi info2 menarik ni.. :-)
Visit Pokok Manggis Depan Rumah
sama-sama. blog ni pun dah lama saya tak update. maklumlah saya terlalu sibuk di tempat kerja. Anyway terima kasih kerana singgah di blog saya.
ReplyDelete