Wednesday, September 11, 2013

Penantian Satu Penyiksaan

Sebelum meeting aku start, aku cerita la serba sedikit pengalaman menunggu kelahiran anak aku yang no 3 ni. Wife aku dah mula rasa sakit-sakit pada petang tu, tapi dia kata boleh tunggu sampai lepas Maqrib. Aku ok je. Beg dan barang-barang persiapan memang dah siap dari awal lagi. Anak-anak aku bagi mandi semua siap-siap sebelum kami bertolak ke Hospital Slim River.

Dah sampai malam tu terus naik tingkat 3 masuk bilik bersalin untuk periksa bukaan. Baru 2 cm. So isteri aku kena tahan wad malam tu. Sebenarnya tak ada masalah apa pun, maybe nurse nak monitor kot sebab isteri aku kena kawal pemakanan sebab ada kencing manis masa mengandung.

Tunggu-tunggu punya tunggu sampai la hampir tengah malam dengan anak-anak aku yang 2 orang tu. Aktif bebenor diaorang malam tu, tingkat 3 hospital tu ada lif. Berebut nak tekan button lif. Jenuh tegur, biasa la budak-budak umur 6 tahun dan 3 tahun, dengar la sekejap lepas tu buat balik. mmmmm

Aku paksa juga diaorang tidur dalam kereta. Jenuh la juga.... yang abang senang tidur, yang adik tu macam-macam permintaan...

Malam tu aku bersyukur sebab ada kawan mak aku teman. Kawan baik mak, puan sharipah. Kalau dia tak ada agak susah juga aku malam tu.

Dah tidur dalam kereta mr dan mrs nyamuk pulak menyerang anak anak aku. Kesian la pulak. Last sekali aku terpaksa hantar anak aku balik ke rumah dulu. Minta tolong makcik Pah temankan diaorang kat rumah.

Aku teruskan misi aku meneman isteri aku di hospital selepas pekena roti canai sekeping kat kedai mamak tanjung malim. Tengok jam dah dekat pukul 3 pagi. Kat tempat menunggu di luar tinggal aku sorang je dengan security.

Tunggu punya tunggu aku dah tak tahan mengantuk. Dekat 4.30 pagi aku turun ke surau, tidur-tidur ayam je. Dapat la lelap satu jam. Lepas subuh aku keluar ke pekan Slim River untuk breakfast. Pekena nasi lemak.

Sambung kembali bertapa di tempat yang sama. Tunggu la sampai tengah hari. Seorang demi seorang keluar dari dewan bersalin dengan baby masing-masing.

Wife aku keluar dari wad menunggu untuk ke dewan bersalin. Dia beritahu doktor akan pecahkan ketuban. Dah salam cium tangan masuklah wife aku dalam dewan.

Tunggu punya tunggu tak ada lagi nurse panggil aku masuk dalam. Lagi aku risau hari tersebut ramai pula yang terpaksa bersalin melalui operation.

Duduk tak kena, berdiri tak kena. Dah sampai waktu zohor aku turun la solat. Bila selesai, tunggu sekejap kat kerusi tiba-tiba wife aku diusung keluar. Apa lagi berderau darah aku. Terus aku ikut sambil tanya pada nurse kenapa dengan wife saya.

Dia kata kena tanya doktor. Rupanya masa saya solat zohor tadi doktor cari saya untuk beritahu yang wife terpaksa bersalin melalui pembedahan.

Kata doktor, air ketuban yang keluar ada sedikit kekotoran dan disyaki bayi buang najis. Bukaan masih belum cukup untuk bersalin secara normal tambah pula kepala bayi taknak turun.

Nurse ajak aku masuk sekali di bahagian luar dewan bedah. Doktor cerita la. Apa yang aku boleh buat berdoa la untuk kebaikan isteri dan anak aku.

Aku duduk la di luar menunggu dengan sabar dan kerisauan tahap maksima. Sempat juga aku telefon mak, ayah dan mertua untuk beritahu wife aku kena operate.

Tunggu dengan bermacam-macam perkara bermain di fikiran memikirkan kenapa Allah menduga aku kali ini. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Tiba masanya doktor yang jumpa aku tadi beritahu wife dan anak aku selamat. Alhamdulillah. Tunggu wife aku keluar pun lambat juga.. mmmm...

Mana anak aku tak keluar lagi ni? Rupanya dia dah keluar tanpa aku sedar. Bila wife aku keluar aku tanya nurse mana anak aku? Dia kata dah keluar.. aik... sepanjang aku tunggu tadi tak nampak anak aku keluar. Takpalah maybe masa dia keluar tadi aku tak perasan kot.

Aku follow wife aku ke wad. Minta nurse tunjukkan anak untuk aku azankan. Alhamdulillah selesai aku azankan.

Makcik Pah tanya nak bawa anak anak aku yang 2 orang tu datang wad tak? Aku kata bawa la. Lagi pun dah masa waktu melawat. Aku pun kena balik mandi.

Dah selesai bab tu.

Sekarang wife dengan anak dah balik rumah. Sekarang ni bab anak aku pula masih kuning sampai hari ni.

Aku ikhtiarkan susu kambing, sengkuang cina dan mandikan dengan air kucai. Buat masa ni masih belum stabil. Dugaan lagi bagiku. Setakat 13 sept dah masuk 12 hari umur Aliff. Nama penuh dia Muhammad Alif Najmi. Kuning masih agak tinggi. Masih monitor kat rumah je alhamdulillah.

Hati bapa mana yang tak risau anak masih belum sihat. Esok kena bawa semula ke Hospital Slim River. Moga anak aku tak ditahan di wad. Muhammad Alif Najmi kena cepat sembuh, risau ibu dengan ayah.

Aku sepatutnya ke Korea minggu ni, tetapi terpaksa membatalkannya sebab anak aku masih tak sihat. Terpaksa berulang alik ke klinik ambil darah. Kesian Alif, nak buat macam mana. Terpaksa ambil juga untuk tujuan pemantauan.

Esok lusa Alif sembuh la ye...

aku kembali

Salam sejahtera rakan-rakan blogger sekalian. Lama betul aku tak buat entry kat blog. Hari ini terasa balik nak buat 'come back' konon... hehehe Macam retis pulak rasa. Aku nak menulis balik ni bukan apa, salah satunya aku rasa macam ingin tulis apa yang aku rasa, lihat dan alami. Tambah-tambah pula aku ada pengalaman yang baru semasa menunggu kelahiran anak aku yang ke-3. Akhirnya tanggal 1 Sept 2013, lahirlah puteraku.

Muhammad Alif Najmi berumur 1 hari

Seronok abang dan kakak dapat adik baru
Aku rasa macam nak tukar tajuk blog aku dan alamat web sekali.

Sekarang tajuk dah jadi AKU DIRIKU DAN DUNIAKU. Alamat blog baru http://norhafizan2013@blogspot.com
Saja tukar selera. Nanti ada masa lapang lagi saya sambung. Nak mengadap projek pulak ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...